Bab 4

Romance Completed 4594

Lima belas tahun kemudian…

” Kenapa ni bro?” Soal Leman, kawan sekampung Ikram setelah terlihat Ikram memejamkan matanya sambil memicit-micit kepalanya. ” Takde pape, kepala aku pening sikit.” ” Kau okey ke? Nampak acam teruk ja?” ” Aku okey. Tak payah risau. Lepas telan Panadol dua biji okeylah tu. Jomlah, dah waktu rehat kan?” ” Yelah.”

Keadaan di kantin di kilang elektronik di kawasan perindusdtrian Bakar Arang itu kelihatan begitu hiruk pikuk. Maklum saja, hanya satu kantin yang disediakan oleh pihak pengurusan kilang, maka tak dapat tidak para pekerja akan berebut-rebut untuk mendapatkan makanan dari situ. Tetapi tidak bagi Ikram. Dia membawa bekal sendiri. Bagi Ikram, biarlah dia berjimat untuk menyara keluarganya.

” Kau sampai bila nak macam ni?” Soal Leman setelah mereka melabuhkan punggung di atas kerusi kantin.

” Macam mana?” Soal Ikram kembali. ” Sampai bila kau nak kerja macam ni?” ” Kenapa?” ” Yelah, hidup kau macam mana, impian kau macam mana?” ” Orang macam aku ni Leman, mana ada impian.”

Leman menggeleng-gelengkan kepalanya. Dah diagaknya jawapan yang akan keluar dari mulut Ikram.

” Kau tak teringinke nak ada isteri, ada anak-anak sendiri?” Duga Leman. Ikram hanya menyambut soalan itu dengan sebuah senyuman jelek. ” Kau tengok Saerah anak Pak Husin tu. Aku rasa dia dah lama syok dekat kau.” Leman masih belum berputus asa.

Ikram mengerling sekilas ke arah Saerah yang berada selang dua meja daripadanya. Bukan dia tidak tahu bahawa gadis itu meminatinya, dan begitu juga dirinya, tapi..

” Tapi kau tahu kan macam mana keadaan aku. Aku ada ibu yang kena jaga dekat rumah, adik-adik aku pun masih belum habis belajar.” Ikram memberi alasan. ” Izham kan dah start kerja. Tak kan dia tak boleh bantu sikit?” ” Dia kan baru kahwin Leman. Bukan senang nak mulakan sebuah family kalau tak ada duit. Aku tak nak dia susah.” ” Itulah kau, suka sangat berkorban untuk kebahagian orang lain, kebahagiaan kau macam mana?” Tempelak Leman. ” Aku tak ada sesiapa lagi dekat dunia ini melainkan Umi dan adik-adik aku. Ini tanggungjawab aku Leman.”

Leman ketap bibir bawah. Dah mati modal sebenarnya. Kalau bercakap dengan Ikram tentang hal macam ni, tak pernahnya dia akan menang. Ah, lantak kaulah Ikram ! Tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit lantang. Cepat- cepat Leman menjawab panggilan tersebut.

” Kenapa Leman, nampak cemas je?” ” Mak aku call tadi. Mak aku cakap, Umi kau pengsan dekat rumah Mak Som.” ” Astaghfirullahhalazim, Umi.” Ikram memekup mulutnya. ” Tolong aku Leman, aku pinjam motor kau sekejap.” ” Orait, hati-hati”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience