Bab 2

Romance Completed 4594

Awan yang mendung menandakan cuaca yang suram. Mungkin juga kerana angin yang bertiup perlahan menyebabkan sang awan bergerak terlalu perlahan di kaki langit, lantas menghalang matahari daripada memancarkan surianya. Desir-desir halus angin, memupuk daun-daun untuk melayang-layang ke muka bumi. Namun belum sempat dedaun itu menghempas bumi, ia terlebih dahulu menyentuh lembut muka Ikram. Ikram mencapai daun itu lantas menyeka air matanya yang mengalir.

Memori lalu masih tersimpan dalam kotak ingatannya. Peristiwa ketika Walid melemparkan buku rekod peperiksaannya keluar tingkap rumah menjadi titik tolaknya. Mengapa ketika dia bertekad untuk berubah dan membuktikan keupayaan diri, Walid tiba-tiba pergi menghadap Ilahi?

” Ikram..” Bahunya disentuh lembut. ” Umi..” ” Ikram, jom balik nak. Hari dah mendung, sekejap lagi hujan nak turun rasanya.” ” Takpe Umi, Umi baliklah dulu. Ikram nak baca surah Yasin lagi.”

Ikram terus berteleku di pusara Walid. Diselaknya semula surah Yasin di tangan, lalu dilagukan surah tersebut buat kali kedua. Tanah di pusara tersebut masih memerah. Sudah dua hari Walid dikebumikan, sedangkan baru hari ini Ikram berpeluang untuk menziarahinya, itupun setelah hampir dua hari dia terlantar di hospital.

Semuanya berlaku terlalu pantas. Ikram sendiri tidak dapat lari dari menyalahkan dirinya sendiri. Ikram masih ingat, bagaimana pada hari tersebut dia bersama-sama Walid turun ke laut untuk menangkap ikan. Disangkakan cuaca yang elok di pagi hari, berlarutan hingga ke malam hari, rupanya badai yang datang melanda di tengah hari. Dalam keadaan petir memanah dan laut yang bergelora maha dahsyat, tiba-tiba bot yang dinaiki oleh mereka dan dua orang nelayan yang lain hilang imbangan lalu terbalik menghempap laut. Walid sempat mencapai Ikram lalu menyuruh dirinya untuk berpaut pada bot yang terbalik. Namun laut yang bergelora kuat menyebabkan bot tersebut melambung tinggi hingga Ikram hampir terlepas pautannya pada bot tersebut. Malangnya, Walid yang seketika tadi berada di sisi, hilang di bawa arus.

‘ Ingat pesan Walid, kalau jadi apa-apa dekat Walid, jaga Umi, jaga adik-adik. Dengar cakap Umi dan jangan jadi anak derhaka.’

Air mata diseka kesekian kalinya. Pesanan arwah Walid ketika mereka berpaut pada bot sebelum Walid tiba-tiba hilang di bawa arus tersemat dalam kotak ingatannya.

‘ InsyaAllah Walid, Along tak akan lupa pesanan Walid.’ Tukas Ikram perlahan sebelum meninggalkan kawasan perkuburan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience