3 Tahun 5 Bulan kemudian…
Tak sangka dah tiga tahun berlalu selepas Rayyan sambung belajar. Sebulan selepas majlis konvokesyen, aku di terima kerja di Viva Engineering. Alhamdulillah tak sangka perjalanan hidup aku mudah. Masuk bulan ni, dah genap tiga tahun empat bulan aku memegang jawatan sebagai Assistant Engineer berjawatan tetap, ada kereta dan sekarang aku sedang menyambung pengajian separuh masa aku di peringkat Ijazah dalam bidang Software Engineering.
Tapi, sejak tiga tahun ni, aku tak dengar-dengar langsung khabar dari Rayyan. Entah apa agaknya khabar Albert Einstain aku tu. Rayyan ni pelik, langsung tak ada Fac! Otak bijak, tapi tak guna teknologi. Kata dialah tak ada Fac, kata dia… reality tak tahukan?
Tahun ini, umur aku dah dua puluh lima tahun! Ibu dah mula cuba merisik-risik rahsia aku. Dah mula tanya-tanya pasal teman lelaki pada aku. Kadang-kadang aku buat tak faham, kadang-kadang aku buat tak dengar. Tapi sampai bila?
Aku mengeluh sendiri.
“Apa yang mengeluh tu?”
Soal ibu yang sedang meletakkan semangkuk cekodok pisang di atas meja ruang tamu. Aku berganjak sedikit ke tepi sofa, memberi ruang untuk ibu duduk.
“Tak ada apa-apa ibu, penat je! Letih dengan kerja, letih dengan jem.”
Ucap aku.
“Biasalah tu, tak baik merungut, nama pun kerjakan?”
Balas ibu. Aku angguk perlahan.
“Ayang dah ada teman lelaki ke?”
Soal ibu tiba-tiba. Aku sudah angkat kening. Kenapa pula ni?
“Rasanya tak ada ibu, kenapa?”
“Ada orang nak tengok ayang!”
“Ha?”
Ucap aku terkejut. Rasa macam nak gugur jantung aku. Ibu tersenyum. Aku mencebik.
“Ayang tak ada sesiapakan? Tak salah kalau ayang kenal-kenal dengan lelaki lainkan?”
Ergh, nak jawab apa ni? Tak akanlah aku nak cakap aku tengah tunggu Rayyan? Entah-entah Rayyan dah kahwin dengan si mata biru dekat London sana! Aku mula memujuk hati sendiri.
“Hish, ayang seganlah ibu.”
“Nak segan apanya? Orang yang datang nak tengok ayang tu kawan ayah, sama-sama dalam tentera dulu, kecil-kecil dulu ayang selalu jumpa dengan budak lelaki tu.”
Pulak dah! Ini dah macam kena kahwin paksa ni! Atau dengan bahasa sopannya, kahwin pilihan keluarga.
Alahai.
Nak jawab apa ni? Ye ke tak? Kalau nak jaga hati ibu, cakap ye… tapi kalau Rayyan tiba-tiba balik macam mana? Tapi, ibu cakap kawan ayah tu nak datang tengok je. Erm…
“Okey tak ni?”
“Ayang fikir dulu ibu.”
Itu je jawapan yang mampu tercerna dalam kepala aku.
“Kira okey je lah! Kawan ayah datang hujung minggu ni.”
“Ala! Seganlah ibu, Ayang tak kenal lelaki tu.”
Bantah aku.
“Hish! Kawan ayah dan isteri dia je nak tengok kamu. Dalam tak nak-tak nak tu, gatal juga ayang ni nak tengok lelaki tu ye, excited terlebih pula dia ni!”
Ucap ibu dalam senyuman.
Aku sudah mencebik. Malu je dengan ibu!
Share this novel