BAB 5

Romance Completed 8489

Aku membetulkan hujung tudung yang sedikit senget. Hari ini, di PICC ini aku akan menerima diploma. Teringat pada Rayyan, betul kata Rayyan, dua bulan je aku akan bergaduh, terasa hati dan sakit jiwa pada dia. Lepas tu dah tak ada! Hari terakhir aku jumpa dia adalah petang semasa hari presentation. Teringat lagi masa tu, lepas habis je presentation, dia senyap. Masa aku nak keluar dari dewan, dia panggil aku, beriya dia minta maaf sebab dia rasa bersalah dera aku selama dua bulan.

Oh, aku ingatkan dia tak pandai minta maaf!

Aku pandang satu persatu wajah di luar dewan itu, mencari wajah Rayyan di antara ribuan graduan yang berada di situ.

Aku menoleh apabila terasa bahu aku ditepuk oleh seseorang.

“Rayyan!”

Ucap aku hampir terjerit. Senyuman aku ukirkan. Rasa rindu pula dekat mamat perfect seorang ni!

“Ayang rindu abang ye!”

Ucap dia. Aku sudah mengerutkan dahi. Tak berubah!

“Enam bulan aku tak nampak kau, makin cantik pulak aku tengok!”

Ucap dia. Aku hanya senyap. Malu sebenarnya.

“Ayang sihat? Ayang buat apa sekarang?”

Tambah dia.

“Aku kerja sementara dekat KFC, Kau?”

Ucap aku. Dia angguk kepala.

“Aku duduk-duduk dekat rumah sekarang ni, rindulah dekat ayang, lama dah tak sakitkan hati ayang, lama tak tengok ayang marah. Ayang tak rindu dekat abang ke?”

Tanya Rayyan. Aku hanya menjuihkan bibir. Bukan main lagi dia, makin kuat menyakat.

“Ayang? Abang? Awek kau ye Along!”

Aku dan Rayyan memandang kepada seorang gadis lingkungan lapan belas tahun. Aku mengukir senyuman pada gadis itu.

“Awek kau ke Along?”

Ulang gadis itu.

“Diamlah kau! Kalau iya pun kenapa?”

Soal Rayyan pula.

“Tak ada apa, cantik!”

Aku hanya mengukir senyuman. Terasa pipi aku merona merah mendengarkan kata-kata gadis itu.

“Saya Ryana, adik Rayyan, nama kakak apa?”

Gadis itu sudah menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Ramah sungguh adik Rayyan ni!

“Nama akak Raihana, panggil kak Ann je.”

Ucap aku sambil bersalaman dengannya.

“Dah, dah! Along panggil kau suruh kau tanggap gambar along dengan ayang.”

Arah Rayyan. Aku jadi serba-salah bila Ryana sudah pandang aku pelik.

“Kenapa Along panggil kak Ann ayang?”

Soal Ryana. Sudah aku jangka, mesti itu akan menjadi persoalan kepada Ryana.

Aku berpandangan dengan Rayyan.

“Nama kak Ann, Sayangku Raihana! Sebab tu along panggil Ayang, sesuaikan Ayang dengan Abang? Sayangku Raihana dan Abang Mohd Rayyan, sesuaikan?”

Ucap Rayyan pada Ryana. Ryana angguk laju. Aku senyap. Malu sebenarnya.

“Okey, rapat sikit! Yana tangkap gambar paling cantik ni.”

Rayyan sudah mendekatkan sedikit dirinya pada aku, aku mengukir senyuman. Kelu, tak tahu nak cakap macammana dah.

“Maaf ye menganggu.”

Sampuk seorang urusetia majlis konvokesyen, kami semua mengangguk.

“Puan Najwa panggil abang Rayyan, urgent!”

Perkataan urgent itu sengaja di tekannya. Aku sudah sedia maklum kenapa nama Rayyan di panggil. Biasalah, kalau bukan anugerah dekan, tak lain mesti anugerah inovasi. Albert Einstein katanya, haruslah dapat anugerah!

“Tak sangka Kak Ann boleh tahan melayan kerenah Along, along tu cerewet macam mak nenek tau! Semua benda nak perfect, selagi tak perfect, selagi tu dia bising!”

Bukan main Ryana mengutuk abangnya. Tapi… itu bukan mengutuk! Itu kenyataan.

Haila Yana, Kalaulah kau tahu berapa kali kami berperang, mesti kau pun akan geleng kepala! Tapi kalau dengan berperang dengan Rayyan boleh buat aku grad cepat, aku tak kisah, aku redha. Aku senyum sendiri apabila teringat kenangan lama.

“Kenapa senyum-senyum ni kak Ann? Akak suka dengan along ye?”

“Eh, mana ada!”

Aku cuba membela diri.

“Ye ke? Along tu mana pernah nak tangkap gambar dengan mana-mana perempuan tau, dengan Yana pun susah nak tangkap gambar, ini pulak dengan perempuan lain, ini mesti ada apa-apa ni…”

Duga Ryana lagi.

“Haih! Mana ada, kalau Rayyan suka akak, mesti dia tak akan marah-marah akak. Ini tak, sepanjang akak buat final project dengan dia, kerja dia asyik nak marah-marah akak je.”

Aku sengaja minta simpati dari Ryanna.

“Really?”

Ucap Ryana. Aku angguk. Benda kenyataan, tak akan nak buat main, kan? kan?

“Akak tak ada apa-apa perasaan pada along?”

Soal Ryana dah macam polis pencen.

“Tak ada apa-apa Yana.”

“Along cuma akan marahkan seseorang tu kalau dia rasa orang tu rapat dengan dia tau. Yana syak, Along ada hati dengan kak Ann lah!”

Aku senyum lagi. Apa-apa je lah Ryana! Bukan main dia membuat hipotesis awal.

“Pandai je Yana ni, entah-entah Rayyan dah memang ada kekasih, malu kak Ann dengan Rayyan nanti. Tak pasal-pasal Kak Ann segan nak jumpa Rayyan!”

Ucap aku.

Kata-kata Ryana itu sungguh buat pipi aku merona merah! Malunya…

Haih! Kenapa dalam hati aku ni tiba-tiba ada taman ni? Aku jatuh cinta pada Rayyan ke? Tak mungkin! Tak boleh diterima akal dengan perasaan aku sekarang ni.

Tapi, aku asa, aku rindu dia sahaja, bukan cinta!

“Kak Ann? Fikir apa ni? Jauh termenung!”

“Tak ada apa-apa.”

“Oh, lupa nak bagitahu akak. Next week along terbang ke London, along sambung degree dan master dekat sana. Along ada bagitahu kak Ann tak?”

Aku terpaku.

“Tak ada pun.”

Ucap aku lambat-lambat.

“Along lupa nak bagitahu agaknya.”

“Mungkin agaknya.”

Sengaja aku menyedapkan hati sendiri. Sebenarnya, aku rasa terkilan sedikit sebab Rayyan tak sebut langsung dia nak sambung belajar. Siap nak terbang ke oversea pula tu!

“Kak Ann tak sambung belajar ke?”

Itu dia, mulut Ryana pun dah sama macam Rayyan. Kalau boleh, sbenda dia nak tanya. Snggah ramah ahli kelaurga Rayyan ni!

“Akak ingat nak cari kerja, lepas tu belajar separuh masa.”

Balas aku.

“Ohh… okey jugak tu kak, Yana pun ingat nak buat macam tu bila Yana dah habis diploma nanti. Yana suka idea akak, brilliant dari otak along!”

Ucap Yana dalam tawa. Kalaulah Rayyan dengar apa yang adik dia cakap sekarang ni, haruslah Rayyan berangin je. Siapalah yang mampu nak lawan kebijaksanaan Rayyan yang dah macam Albert Einstain tu!

“Yana, akak masuk dulu ye, semua orang dah beratur tu!”

Aku menunjukkan ke arah orang ramai yang sedang beratur di depan pintu masuk utama dewan.

“Okey, nanti kita jumpa lagi ye! Anyway, congrats ye kak!”

Ucap Ryana.

“Thanks Yana.”

Jawab aku.

Aku terus berjalan mendekati kelompok graduan lain yang sedang beratur untuk masuk ke dalam dewan. Dari jauh, aku memandang wajah Rayyan. Hari ini sahajalah masa yang aku ada untuk mentap wajahnya. Esok lusa, dia dah terbang ke London, entah dia ingat entahkan tidak pada aku. Orang bijak, mesti ramai perempuan nak mengayat. Petik je jari beratur perempuan berbaris. Untunglah, siap boleh pilih nak mata biru atau mata coklat!

Aku terkedu apabila pandangan kami bertemu. Rayyan mengukir senyuman. Aku membalas senyumannya kembali. Alahai, kenapa hati aku berdebar-debar ni?

Aku jatuh cinta dengan dia ke? Erm…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience