BAB 10

Romance Completed 8489

Sampai di pejabat, aku masih berfikir mengenai anak uncle Rizal. Pandai sangat aku ni, sikitpun aku tak tanya ayah nama lelaki tu. Nampak sangat aku tak berminat. Aku memang tak minat, tapi ayah dan ibu suka!

Biarlah, bukan ayah dan ibu yang nak kahwin, aku yang nak kahwin.

“Aku ada hak!”

Ucap aku.

“Hak? Ni hak kau! Tak pasal-pasal aku kena maki dengan boss, ini semua salah kau! Aku dah suruh kau cek dulu baru pass dekat aku. Ini tak pasal-pasal aku kena tadah telinga tadi!”

Bebel Nawa, kawan sepejabat aku merangkap setiausaha boss.

Aku senyum menyenget. Terasa bersalah pula.

“Sorry Nawa!”

Ucap aku pendek.

“Sorrylah sangat! Betulkan balik drawing auto-CAD tu! Tak pasal je aku yang kena sound, itulah…lain kali buat kerja fokus! Kalau boleh, biar perfect 150 juta kali!”

Bebel Nawa. Aku sudah menelan liur. Kata-kata Nawa mengingatkan aku kepada Rayyan.

Mamat perfect 150 juta kali tu!

Aku mendekati meja Nawa.

“Rilekslah, jom aku belanja kau minum dekat bawah, dah dekat pukul 1.00 ni!”

Aku mula memujuk Nawa.

“Belanja makan sekali!”

Ucap Nawa dalam jelingan. Tu dia, demand!

“Erm… okey! Okey!”

Nawa mengukir senyuman. Aku ikut tersenyum, sengaja mengambil hati Nawa.

Aku berjalan beriringan dengan Nawa ke café di tingkat 1, sambil turun tangga, sambil dengar dia membebel. Tapi, sungguh aku tak faham apa yang dia bebelkan. Ingatan aku jauh melayang mengingati Rayyan. Sebenarnya, aku cinta atau aku benci Rayyan ye? Rayyan tu baik, cuma perangai dia tu buat aku menyampah. Sepanjang masa nak perfect saja!

“Hoi!”

Bahu aku terasa pedih.

“Mengelamun apa kau ni? Dari tadi aku cakap, kau buat tak tahu je!”

Nawa membebel lagi. Aku geleng kepala.

“Kau belanjakan?”

Tanya Nawa lagi. Aku angguk kepala. Tengahari itu aku hanya memilih nasi ayam dan sirap laici, Nawa pula memilih nasi campur dan limau Ais. Selesai membayar harga makanan, aku bergerak ke meja yang agak tersorok. Ada benda yang perlu aku beritahu Nawa dan minta pendapat bernasnya.

“Jauhnya kita duduk.”

Nawa menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

“Ala, bukan selalu.”

Aku memangkah kata-katanya. Aku pandang lama wajah Nawa yang sedang khusyuk menyuap makanan ke mulut. Kena cari masa yang sesuai, takut nanti tak pasal-pasal aku makan nasi sembur! Nawa ni, keterujaan dia terlampau, siap boleh tersembur makanan atau minuman bila dia terkejut!

“Aku nak tanya ni.”

Ucap aku bila melihat suapan pertama tadi sudah selamat masuk ke perutnya.

“Apa dia?”

Bulat mata Nawa memandang aku.

“Mana kau prefer, kahwin dengan pilihan keluarga ataupun menunggu lelaki yang berjanji mahu berkahwin dengan kau?”

Soal Aku pada Nawa.

Nawa berhenti menyuap. Pandangannya tajam kepada aku.

“Kau kena paksa kahwin ke?”

Soal Nawa.

Haila… aku tanya dia, dia tanya aku balik!

“Aku minta pandangan kaulah!”

Ucap aku.

“Pilihan keluarga rasanya, kenapa?”

Balas Nawa.

“Kenapa?”

“Sebab pilihan keluarga tu berkat. Lagipun adventure sikit sebab kita tak kenal siapa pasangan kita!”

Aku sudah menepuk dahi mendengar pengakuan ikhlas Nawa. Boleh pula macam tu!

“Kalau pilihan sendiri?”

“Pilihan sendiri pun okey juga, tapi kalau macam soalan kau tadi, lelaki tu suruh kau tunggukan?”

Aku angguk kepala mendengarkan persoalan Nawa.

“Dia suruh tunggu sampai bila? Kau yakin dia setia? Kau yakin nak tunggu dia? Sanggup nak gadaikan masa depan dengan hanya menunggu benda yang tidak pasti?”

Banyak sungguh persoalan yang Nawa ketengahkan. Saja nak buat aku rasa serba-salah.

“Konklusinya?”

Tanya aku.

“Konklusinya, terima je cadangan ayah dan ibu kau! Mereka senang hati, kau pun bahagia…”

Yakin sungguh Nawa bercakap. Macamlah selama ini dia duduk satu rumah dengan mak ayah aku!

“Kau tunggu siapa sebenarnya ni?”

Kini giliran aku pula menjawab soalan Nawa.

“Kawan satu group dengan aku masa dekat Uni, nama dia Rayyan, Dia pernah janji nak kahwin dengan aku.”

“Habis tu?”

“Semalam ada orang datang merisik. Ayah dan ibu macam dah berkenan. Aku je tak pasti!”

“Kau tunggu Rayyan?”

Nawa sudah serkap jarang. Aku angguk laju-laju.

“Aku rasa baik kau kenal dulu dengan calon pilihan ayah kau, manalah tahu dia lagi kacak dari Rayyan!”

Ucap Nawa. Cehhhh…kacak pula Nawa buat kayu pengukurnya.

“Dah pernah jumpa pilihan keluarga kau tu?”

Aku geleng kepala.

“Nama dia apa?”

Aku sudah angkat bahu. Nawa mengeluh. Geram dengan aku agaknya.

“Hidup ini kena ada pilihan, bila ada pilihan baru kita boleh tengok perbezaannya. Kita harus memilih untuk bahagia!”

Itu dia, bukan main Nawa, dah macam pakar motivasi aku tengok. Sudah tiga tahun aku kenal Nawa ni, walaupun mulut dia kecoh, dia seorang yang pandai menyimpan rahsia, seorang kawan yang baik dan pengkritik yang hebat. Sebab tu lah aku sayang sangat pada Nawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience