HARI yang ditunggu-tunggu tiba juga. Hari ini aku hanya mengenakan baju kurung berwarna ungu dengan bunga timbul berwarna biru. Sekali pandang, dah macam baju bertunang pula! Ini ibulah punya kerja, aku ikutkan sahaja.
Semasa ibu dan ayah berbincang dengan uncle Rizal dan aunty Rose, aku hanya duduk di dapur bermain game angry bird di handfone aku. Terasa lain pula apabila diri aku menjadi topik perbualan.
Game Angry Bird aku log out bila satu sms terpapar di skrin. Nombor yang tertera aku tengok, tak pernah nampak pula nombor ni!
Ayang! Abang dah sampai KL, rindu sangat ayang! – Rayyan
Gulp!
Rayyan dah balik? Maknanya Rayyan akan mengkotakan janjinya. Tapi? Dari hujung pintu dapur, aku terdengar gelak tawa ayah, ibu, uncle Rizal dan aunty Rose. Minta-minta janganlah ibu terima pinangan mereka.
Ayang? Ayang okey tak ni? – Rayyan
Sms kedua? Nak tak nak, aku kena reply juga ni.
Okey je, Rayyan dekat mana ni? – Ann
Baru sampai, tengah tunggu mama dan papa. Ni nombor baru abang, baru beli tadi – Rayyan
Patut tak biasa tengok nombor ni – Ann
Risau abang, ingat ayang tukar nombor dah, nasiblah! – Rayyan
Tak adalah, aku masih pakai nombor ni juga – Ann
Bila boleh jumpa ayang? Rindulah! – Rayyan
Nanti-nantilah, bila jetlag kau dah okey, kita jumpa ye – Ann
Agak-agak bila Abang boleh masuk meminang Ayang? – Rayyan
Aku menelan lagi air liur yang terasa berpasir. Nak jawab apa ni? Beriya-iya sungguh Rayyan ni, tak bertanya langsung aku ni dah bertunang ke, dah kahwin ke, Haila…
“Ayang.”
Panggil ibu. Pandangan aku berkalih dari muka handfone kepada muka ibu. Ibu menghulurkan sebuah kotak kecil berwarna merah kepada aku. Aku telan liur lagi. Kelu.
“Bukalah tengok.”
Arah ibu.
Kotak kecil itu aku buka. Ada sebentuk cincin belah rotan di dalamnya.
“Ayang kena kahwin paksa ke ni ibu?”
Soal aku.
Ibu sudah mengerutkan kening. Pelik!
“Ayang, ini bukan kahwin paksa, mereka cuma bertanya sahaja, tapi kalau boleh, ayah nak ayang terima anak uncle Rizal tu.”
Ucap ayah yang sedang berdiri di belakang ibu.
“Nah, ni gambar lelaki tu.”
Ayah menghulurkan satu sampul surat kepada aku. Aku menggeleng, tak berminat untuk melihat.
“Nanti ayang fikirkan.”
Balas aku.
“Kalau ayang nak tengok gambar dia, ayang minta pada ayah, ayah simpan gambar ni ye!”
Aku mengangguk perlahan mendengar kata-kata ayah. Nasiblah uncle Rizal bersama isterinya sudah pulang, kalau tak mesti mereka kecil hati melihatkan wajah mencuka aku saat ini.
Alahai Rayyan, kenapalah kau tak balik semalam ke? Minggu lepas ke? Kalau kau balik awal, tak adalah aku dalam dilema macam sekarang ni!
Ibu dan ayah berlalu ke ruang tamu, meninggalkan aku yang terkebil-kebil di meja dapur. Perasaan apakah sekarang ni?
Orang cakap, kalau nak berkat terima jodoh yang ditentukan keluarga. Kita kenal keluarganya, kenal hati budinya. Tapi kalau hati tak berkenan, macam mana? Kahwin bukannya boleh sehari dua. Kenal gitu-gitu je terus kahwin. Mana boleh!
Banyak je aku dengar sekarang ni, bercinta dengan orang lain lepas tu kahwin dengan orang lain. Lepas tu menyesal tak sudah. Bila nasihat, katanya jodoh itu kerja Allah tapi, otakkan ada, kenapa tak fikir sendiri? Kalau dah tahu lelaki tu Playboy antarabangsa, kenapa nak serahkan diri untuk dikecewakan? Itulah manusia ni, suka sangat dengar cakap orang.
Erm…boleh percaya ke bercinta selepas nikah ni? Memanglah cinta lepas nikah tu mengelakkan dari maksiat. Tapi banyak cerita yang aku baca, menyesal je yang banyak sebab lepas kahwin baru tahu lelaki tu rupanya hidung belang. Nauzubillah, minta disimpangkan lelaki macam tu.
Tapi, situasi aku lain, aku tak bercinta dengan Rayyan. Makanya, tak adalah instiah bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain tu. Erm…bengong!
Ayang, okey tak ni… abang tersalah cakap ke? – Rayyan
SMS Rayyan aku biarkan lagi. Kena buat pilihan ke ni? Pening!
Share this novel