Aku sudah menggigit bibir sendiri. Ingatkan aku boleh minta tolong advisor aku untuk pisahkan aku dengan Rayyan. Rupanya tak. Aku lebih rela buat buat final project aku biasa-biasa je, tak payah nak tambah macam-macam system seperti yang Rayyan rancang. Aku tak lalu! Dengan assignment yang bertambah-tambah, kuiz lagi, tutorial lagi, mana nak sempat.
Pagi tadi aku jumpa advisor aku Encik Mokhtar, aku nak buat final project aku sendiri. Biarkan Rayyan dengan project mega dia. Aku ingat, Encik Mohtar nak tolong aku, rupa-rupanya tak! Encik Mokhtar bagi aku kata dua, sama ada aku drop final project semester ini, ataupun aku teruskan sahaja bersama Rayyan. Ohhh, haruslah aku nak habiskan final project aku semester ini juga. Inikan semester akhir! Tapi bila teringatkan Rayyan? Alahai rasa…
Jam di dinding perpustakaan sudah menunjukkan pukul 2.00 petang, balik dari bertemu Encik Mokhtar tadi, aku terus duduk di meja study, menyiapkan assignment yang tertangguh. Tak sangka, dah empat jam aku mengadap assignment aku hari ni. Patutlah rasa nak patah pinggang. Satu pencapaian yang hebat!
Sedang kepala aku sibuk memikirkan Rayyan. Samsung Galaxy Y aku berbunyi menandakan satu SMS menujah skrinnya.
Aku tunggu kau dekat Lab. No more excuse! – Rayyan
Aku ada hal ni – Ann
No more excuse! – Rayyan
Kau tak faham bahasa melayu ke? – Ann
I need your effort! Cepatlah! – Rayyan
Samsung Galaxy Y itu aku masukkan ke dalam beg sandang, komputer riba aku shut down dan masukkan ke dalam beg sandang juga. Tak kuasa aku mahu membalas SMS dia lagi. Aku berjalan laju ke Lab. Lelaki bernama Rayyan itu bukan boleh dibangkang, selagi aku bangkang kata-kata dia, selagi itu dia mengacau hidup aku. Tak tenteram, siap boleh termimpi-mimpi lagi!
“Apa lagi masalahnya Rayyan?”
Soal aku bila tiba di depannya.
Dia tersenyum. Aku telan liur, pertama kali aku melihat senyuman semanis itu. Selama ini, dia jarang tersenyum. Tapi hari ini, senyuman dia sungguh murah!
“Duduklah, kita bincang.”
Lembut suaranya mengarah.
“Nak bincang apa?”
Ucap aku. Tangan aku sudah memeluk tubuh.
“Duduklah.”
Aku mengeluh. Aku ambil kerusi berhadapannya. Bersedia mendengar apa sahaja kata-katanya.
“Aku dengar, kau mengadu dengan Encik Mokhtar pasal aku, betul?”
Rayyan memulakan perbualan.
Aku angguk. Hah! Kau ingat aku hadap sangat nak satu kumpulan dengan kau?
“Aku jadi garang, sebab aku nak kita sama-sama berjaya! Ayang, kalau aku berjaya, aku nak kau berjaya juga, aku nak masa depan kita lebih cerah, aku senang, kau pun senang. Tak lama pun lagi, dua bulan je ayang, lepas tu kau tak akan jumpa aku lagi.”
Ucap nya.
Aku menggaru kening perlahan. Membebel lagi. Dia ni tak ada kerja lain ke selain membebel? Aku angguk perlahan. Iyakan sahaja kata-kata dia, janji dia puas hati.
“Ayang, dengar tak?”
“Stop panggil aku Ayang! Boleh?”
“Apa salahnya?”
Ucap dia.
“Kau tak ada hak nak panggil aku macam tu. Please panggil aku Ann, nama aku Ann!”
“Kenapa?”
Dia menyoal. Hailaa.. dari masalah team work kini bertukar pula pada masalah nama aku. Dia ni memang bangsa suka cari masalah agaknya. Bila tahu jawapan A, dia tanya B pula, dah jawab B, dia tanya pasal C lagi.
“Aku tak suka!”
Balas aku.
“Masalahnya, nama kau Sayangku Raihana, jadi apa masalahnya aku nak panggil Ayang? Atau kau nak aku panggil kau Sayangku? Aku okey je, lagi aku suka!”
Hish, boleh kena sakit jiwa aku dengan dia ni!
Tekanan! Kenapalah ayah bagi aku nama secantik ni, tengok, tak pasal-pasal bagi peluang pada dia untuk mempermain-mainkan nama aku.
“Erm, lagi pun aku rasa kita ni serasi, kau dengan aku. Sayangku Raihana dan Abang Mohd Rayyan, bukan ke sesuai tu! Sweet je…”
Dia sudah senyum sendiri.
Aku menepuk dahi sendiri. Baru teringat nama lelaki di hadapan aku ini Abang Mohd Rayyan Bin Abang Razali. Patutlah bila datang gilanya, dia suka menggelarkan dirinya abang!
“Ayang, please jangan nak cari masalah dengan abang, dua bulan je lagi kita jadi partner, dua bulan tu tak lama, melainkan ayang berhajat untuk menjadi life partner abang sampai bila-bila, abang okey je, abang setuju. Kecil tapak tangan, Stadium Bukit Jalil pun abang sanggup tadahkan!”
Ucap Rayyan.
Aku sudah angkat kening sebelah. Betul ke apa aku dengar ni? Life partner? Aku dan Rayyan? Aku dengan mamat perfect ni?
Impossible!
Share this novel