Aku mengatur langkah ke café. Melihat Aira yang sedang makan di salah satu meja di situ, aku mendekatinya.
“Weh, makan!”
Pelawa Aira.
“Tak naklah! Aku tengah panas ni.”
Ucap aku ketika meletakkan beg di atas meja.
“Hoih! Jauh sikit, aku tak nak terkena badi moody kau, kejap lagi aku nak jumpa Advisor aku ni!”
“Choyyyy..”
Cantik sungguh bahasa Aira. Buat aku rasa nak siku-siku sahaja kawan aku seorang ini.
“Kau apa hal?”
Soal Aira.
“Apa hal? Aku rasa nak bunuh je Rayyan tu. Aku buat tu salah, buat ni salah, semua salah, pening! Aku nak request tukar dengan orang lain, aku dah tak sanggup nak satu group dengan dia.”
Luah aku pada Aira.
“Rilekslah, kau patut rasa bertuah okey, dia tu budak pandai, kerja dia semua tip top, semua mantap, kau tak payah fikir sampai nak gila, kau buat kerja je, yang lain biar dia yang fikir. Setidak-tidaknya, kau boleh tumpang sikit-sikit markah final dia!”
“Ada aku hadap nak share markah dengan dia?”
Soal aku. Aira senyum menyenget.
“Dalam tak nak-tak nak tu, kau terima jugakan?”
Ucap Aira. Kening sudah di angkatnya sebelah. Bukan main Aira menambah sakit dalam hati aku. Ini boleh buat double hot dan spicy ni!
“Kau tukar dengan aku, nak?”
Pinta aku.
“Gila kau! Project aku tengah running ni. Lagipun, aku mana tau project kau apa, otak Rayyan tu pelik. Aku tak boleh in dengan dia.”
“Habis kau ingat aku boleh in dengan dia?”
Soal Aku. Aira sudah ketawa. Bertambah geram pulak rasa hati ni.
“Ann, be positive…ada hikmahnya kau satu group dengan Rayyan. Rilekslah kawan…toksah benci-benci, nanti yang kau benci tu yang kau rindu, kalau dah rindu, siapa nak jawab?”
Sengaja Aira mengenakan aku.
“Choyyy! Aku dengan mamat skema tu? Haruslah tak!”
Jawab aku yakin.
Ohoi! Mana boleh terima. Aku dengan Rayyan macam langit dan bumi. Terbalikkan macam mana pun, tetap tak boleh nak ngam.
Pening!
Share this novel