Amboi-amboi bukan main kau nak tunjuk power kau kat aku, apa kau ingat kau jantan jadi senang-senang kau nak buli aku? Itu diskriminasi, eksplotasi namanya! Boleh-bolehnya kau nak tunjuk dominan kau pada wanita lemah dan jelita seperti aku! Sabar je rasa! Sabar ayang, sabar…
“Ayang!”
Aku menoleh sekilas.
“Pekak ke?”
Aku jeling dia lagi.
“Aku cakap dengan kau ni!”
Kasar suaranya. Aku buat tidak dengar. Tak ada gunanya aku mahu menjawab, lagi aku menjawab, lagi banyaklah dia salahkan aku.
“Ayanggggggg!”
Jerit dia di tepi telinga aku.
Aku mendegus kuat.
“Kau nak apa?”
Jawab aku kasar. Tak cukup kasar lagi sebenarnya!
“Lukisan Auto-CAD kau buat ni salah, faham!”
“Faham.”
Jawab aku pendek.
“Habis tu tak faham nak betulkan?”
“Kejap lagilah, aku tengah draw circuit lain ni.”
Balas aku tak ambil tahu.
“Buatlah yang ini dulu, ni aku nak observe dengan Advisor kejap lagi. Bukan banyak pun!”
Kuat suaranya. Aku sudah mengetap bibir. Geram!
“Kalau dah tahu tak banyak, kenapa tak re-draw sendiri? Dari kau membebel dekat aku, baik kau lukis dulu!”
Suara aku sudah naik satu oktaf. Laptop yang tadinya terbuka, aku terus tutup. Buku-buku aku yang bersepah di atas meja itu aku kutip cepat-cepat. Sakit telinga aku mendengarkan suaranya. Pening!
“Kau ni membebel macam perempuan, kalah tok wan aku!”
Ucap aku sambil mengemas.
“Untunglah tu, kau ingat senang nak dapat lelaki macam aku? Limited Edition tau!”
Balas dia. Limited Edition sangatlah!
“Aku nak balik!”
Tambah aku sambil memasukkan semua barang ke dalam beg sandang. Selesai semua barang aku kutip, aku sudah bergerak meninggalkan lab itu.
“Ayang!”
Jerit dia. Aku buat tidak tahu. Suka-suka hati dia sahaja mahu mengarah itu dan ini. Ingat aku robot? Bagi flaying kick nanti baru tahu!
Share this novel