Aku nekad. Sepanjang perjalanan untuk sampai ke rumah tadi, aku sudah berfikir panjang. Rasanya, aku tak bersedia nak berkahwin dengan pilihan keluarga. Aku takut nak tanggung risiko. Aku tak kenal dia, dia pun tak kenal aku. Seram bila fikirkan kena hidup dengan orang yang kita tak pernah kenal. Haih!
“Ibu!”
Jerit aku dari muka pintu. Ibu masih membisu.
“Ibu…”
Jerit aku lagi. Aku tak berani nak masuk ke ruang tamu, tak berani nak bertentang mata dengan ayah. Nanti ayah kecewa. Tapi, bila fikir balik, biar Ayah kecewa sekarang, jangan Ayah kecewa lepas aku kahwin. Masa tu mesti ayah lagi kecewa bila tengok aku tak bahagia.
“Ye, ibu datang ni, apa jerit-jerit macam budak sekolah rendah ni?”
Balas ibu sambil mendekati aku. Aku duduk di kerusi batu di taman. Ibu ikut duduk di sebelah aku.
“Kenapa?”
Soal Ibu.
Aku mengeluh. Mencari ayat terbaik untuk menolak calon pilihan Ayah.
“Ayang tak nak kahwin dengan anak uncle Rizal!”
Laju kata-kata itu keluar dari mulut aku.
“Kenapa?”
Ibu senyum. Tiada langsung riak terkejut di wajah ibu. Macam dah tahu je keputusan aku.
“Sebab ayang ada jatuh hati pada seseorang, ayang nak tunggu dia, dia janji nak kahwin dengan ayang.”
Ucap aku jujur.
“Siapa?”
Ibu seakan berminat mahu tahu.
“Rayyan.”
“Rayyan mana?”
Ibu sudah angkat kening sebelah. Alahai…segan pula nak cakap!
“Rayyan yang ayah dan ibu jumpa masa majlis konvokesyen tu, tak akan ibu tak ingat?”
Aku pula menyoal ibu.
Ibu bangun dari kerusi.
“Kejap, ibu bagitahu ayah.”
Ibu terus berlalu ke dalam rumah.
Apabila kelibat ibu hilang di sebalik pintu, aku mengalihkan pandangan pada sekawan ikan di dalam kolam mini milik ayah. Ibu selalu macam tu, kalau hal itu antara aku dah ayah, ibu hanya bertindak menjadi orang tengah. Tak nak langsung berada di pihak aku.
Hati aku nekad. Aku nak Rayyan. Aku tak nak pilihan ayah. Nak tak nak, ayah kena restu juga hubungan aku dan Rayyan! Rayyan tu gentle apa, main terjah je jumpa ayah. Calon pilihan ayah mampu ke nak gentle macam Rayyan?
Aku senyum sendiri bila teringat wajah ayah dan ibu saat Rayyan memanggil nama aku ‘ayang’ pada hari konvokesyen dulu, sumpah aku terkejut!
Share this novel