Bab 6

Other Completed 19189

“Hello Pak Abu, ini Semporna ni..” kataku.

“Ya Semporna, cubalah bagi salam..” Marah Pak Abu.

“Kamu okay ke kat sana, bila nak balik..?” Tanya Pak Abu.

“Pak Abu cakap ibu saya ada dapat kerja restoran, bos die sediakan rumah semua, saya nak kerja simpan duit sikit untuk sambung belajar nantilah Pak Abu, lagi pon keputusan SPM lambat lagi keluar, nanti dapat cuti saya balik ye. Nanti saya kirimkan duit. Pak Abu tolong sampaikan kat ibu ye?” Bilangku.

“Ya,ya insyaallah, kerja elokelok asalkan kerja yang halal ye nak..” kata Pak Abu, aku tergamam, lidah terkelu.

Kenapa Pak Abu seolah-olah boleh meramal apa yang aku lakukan disini.

“Hello..hello..? Semporna?”

“ya,ya Pak Abu, saya kena pergi ni, nanti bila-bila saya telifon.” Terus aku memutuskankan perbualan.

Seingatku dari kecil, Pak Abu adalah seperti bapa angkat kami sekeluarga. Dia memang banyak membantu keluarga. Walaupun Pak Abu telah lama kematian isterinya dan tidak mempunyai anak, dia telah menganggap aku seperti anak kandungnya sendiri.

Dialah yang membantu membawa ayah ke klinik ketika ayah jatuh motor, dialah yang membantu ayah membaiki atap rumah kami yang bocor, dia jugalah yang membantu adik ketika adik dipatuk ular.

Terlalu tinggi jasa Pak Abu. Mana mungkin Pak Abu paham kerja aku di K.L. Lebih baik aku merahsiakan segalanya sahaja.

“Sally, nanti temankan I beli handphone yea, I malulah asyik pinjam you punya handphone jer” Sally hanya mengangguk dengan senyuman.

“Hey you dengan siapa semalam..banyak ker tips you dapat..?” Sally tanya dengan nada sindiran dan senyuman. Aku tidak menjawab dan terus buka rancangan tv, tiba-tiba aku berasa terkejut amat sekali kerana lelaki yang bersama aku malam tadi keluar terpampang di kaca tv.

“Yang Berhormat?!” Kataku dengan suara yang agak kuat.

“You taktau meh? You so lucky..” Kata Sally.

“But remember girl, only sex, no love..if not they will all go away..!” Pesan Ramona kepadaku.

Hati aku terus terpaut. Dia jejaka lewat 40-an tapi masih bergaya dan tampan. Tinggi, segak sambil bersuara lantang di kaca tv. Walaupun aku tahu aku tidak bermakna apa-apa padanya, tetapi dihati kecilku, aku merasa terharu dan istimewa. Aku pasti akan bertemu dengan dia lagi.

Tiba-tiba aku rasakan hidupku indah. Aku mampu tersenyum lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience