Bab 4

Other Completed 19189

“Pak Abu tolong bilang ibu saya dah selamat sampai KL ye, sini semua okay, nanti bila-bila saya telifon lagi” pesan aku pada Pak Abu. Memandangkan rumah di kampung tiada telifon, aku hanya mengharapkan Pak Abu menyampaikan pesanan.

“Iyerlah Semporna, jaga diri bebaik ye nak..” Balas Pak Abu.

“Terima kasih Sally bagi pinjam handphone awak..” Aku duduk di atas sofa dengan perasaan yang berdebar-debar, rasa nak menangis pun ada, rasa sayu pun ada.

“Jangan risau, tak sakit punya, I dah buat banyak kali” kata Sally yang menemani aku ke klinik. Setelah namaku dipanggil oleh nurse, aku masuk ke bilik bedah, bilik yang agak kecil tapi lengkap dengan peralatan-peralatan. Aku berasa amat takut dan sayu. Aku hanya menurut apa yang dikatakan oleh nurse dan doktor. Aku baring lalu hanya mampu lelapkan mata.

Tiba-tiba kenangan pahit aku kembali, hati aku terasa amat pedih, seperti anak panah yang teramat tajam menusuk dihati. Aku tekad, aku harus gugurkan kandungan ini.

“Semporna, Semporna, bangun, sudah, awak boleh balik” nurse kejutkan aku. Aku bangun dengan perlahan-lahan dan terus ke Sally yang menunggu di luar. Sally memegang tangan aku dengan erat dan pimpin ke kereta. Aku ingin mengucapkan Alhamdulillah, kerana semuanya telah selesai tapi, disudut hati ini aku berasa amat berdosa, aku berasa malu dengan perbuatan hinaku ini, Allah terimakah insan seperti aku? Persoalan dihati.

Setibanya ku di rumah apartment yang disediakan, aku disapa oleh Mr.Henry

“tak apa you kasi rehat dulu, nanti minggu depan masuk kerja” katanya dengan suara yang lembut, seperti seolah-olah memujuk. Apartment mewah itu didiami oleh aku, Sally dan dua lagi orang gadis yang bernama Ramona dari Rusia dan Yasmeen dari Filipina. Mereka adalah pelajar dari Negara asing yang belajar di kolej tempatan.

“You have such nice name, Semporna. You also got beautiful body, Im sure you can make loads of money: kata Ramona.

“We only do this for fun, for the extra money,you know” kata Yasmeen.

Pada mulanya aku amat hairan, kerana mereka bertiga adalah antara gadis yang paling cantik pernah aku jumpa, Ramona tinggi lampai seolah-olah model seperti di majalah, rambut panjang keemasan, kulitnya putih, hidungnya mancung terletak. Yasmeen pula putih gebu, rambutnya hitam paras bahu, matanya bulat besar seperti patung.
Manakala Sally, amoi seksi rambut perang dengan senyuman yang amat manis sekali.

“Muka cantik-cantik jadi tukang urut” aku berbisik.

Mungkin bayarannya teramat lumayan, kerna itu mereka sanggup menjadi tukang urut, pada pikiranku.

Ternyata aku hanyalah gadis bodoh yang datang dari kampung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience