Bab 1

Other Completed 19189

APA KATA-KATA PUJANGGA
KU BERADA DI TITIK PENGAKHIRAN
SETIAP KASIH KU PASAKKAN DI HATI
DERITA BATIN KU BAWA KE MATI

Hidup tak semuanya indah. Kadang-kadang luka, kadang-kadang bahagia.

Tapi aku cuba menempuh segalanya dengan redha. Apalah guna hidup tanpa usaha.

Hidupku susah. Bapaku bekerja sebagai polis, ibuku suri rumah yang menjaga kami dua belas adik-beradik.

Aku anak sulung. Setiap kali sebelum ke sekolah, aku harus memasak, membasuh baju adik-adik di awal pagi, dan membantu ibuku membungkus nak menjual nasi lemak.
Memandangkan aku seorang sahaja anak perempuan dari dua belas adik-beradik, sudah menjadi kebiasaan bahawa perempuanlah yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan segala kerja rumah.

Dengan baju sekolah yang tidak pernah bertukar, kasut sekolah yang terkoyak, aku berjalan kaki setiap hari ke sekolah. SPM tahun ini, aku mesti rajin belajar. Aku perlu bantu kedua ibubapa ku.

Walaupun aku tahu ayah dan ibu tidak pernah mengharapkan apa-apa dariku, tapi dihati aku sendiri ingin sangat keluar dari rumah yang usang, dari kampung. Di sekolah, ramai lelaki yang ingin mengenaliku, ramai juga yang datang menyapa aku.

Tapi apakan daya, aku tidak sempurna seperti namaku, Semporna. Aku tiada baju cantik, aku tiada handphone, bapaku tiada kereta, aku malu aku hidup miskin.

Berdosakah aku berasa seperti ini..? Segala kesusahan hidupku tiada siapa yang tahu.

Hari-hariku ke sekolah dengan hanya merenung ke bawah, dengan melihat kasut sekolahku yang koyak rabak. Aku ada kawan, aku senyum, tapi aku sunyi..

Pada hari terakhir di sekolah, hari terakhir SPM, aku pulang lalu jalan biasa, budak-budak lain tertawa gembira, merancang kehidupan mereka ke Universiti. Aku seperti biasa, hanya jalan tunduk, melihat kasutku..

Mataku bergenang, hatiku rasa berat, teramat berat seperti dihimpap batu.. Sambil aku menarik nafas panjang, aku lap air mataku yang mencurah-curah jatuh ke kasutku..mengapa tidak henti-henti air mataku ini..?

Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil, Semporna! Semporna! Aku toleh belakang tiada siapa, aku toleh kedepan, aku ditampar hingga jatuh rebah ke tanah..Ya Allah, apakah yang sudah terjadi..?

Aku diheret ke semak-samun, dikelilingi oleh lima budak sekolahku, tanganku diikat, kain sekolahku dilucut..Aku dirogol, bergilir-gilir. Aku tidak mampu melawan..Tiada siapa dengar tangisanku..

”Ini hadiah terakhir kami” kata salah seorang dari mereka sambil menarik nafas lega..

Ya Allah, hidup aku amat terseksa..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience