Bab 3

Other Completed 19189

Tangan aku terasa kebas, memegang beg yang berisi baju di perhentian bas tepi jalan, sudah setengah jam aku berdiri, bas tidak kelihatan. Kaki aku mula berasa lenguh, awan mendung di pagi hari, seperti hendak hujan. Seperti tidak mengizinkan aku pergi. Walaupun hati ini berat, tapi demi menjaga nama baik orang tuaku, demi menginginkan kehidupan baru, aku bertekad untuk ke KL, walaupun untuk pertama kali.

Aku berpikir yang hidup aku disini susah, mana mungkin hidup di KL lebih susah dari sekarang. Rupanya aku silap.

“Semporna jaga diri baik-baik, duit tak banyak yang boleh ayah beri, dah sampai sana jangan lupa telifon Mak Ngah kamu ya”, pesan ayah. Aku hanya menganguk.

Sambil aku melangkah kaki ke dalam bas, aku toleh kampung halaman buat kali terakhir. Mata aku bergenang, air mata membasahi pipi, aku bertekad bila pulang ke kampung nanti, aku bukanlah Semporna budak kampung yang miskin yang mereka kenali dulu. Ini adalah tekadku. Ini adalah janjiku. Terus aku meneruskan langkah ke Kuala Lumpur.

“Okay,dah sampai..” Tiba-tiba bas berhenti. Aku di tengah-tengah KL dan waktu sudah senja. Pinggangku sakit duduk lama di atas kerusi bas yang hanya aku rasakan seperti papan.

Aku tanyakan orang ramai arah menuju rumah urut dari keratan akhbar yang aku bawa bersama. Tidaklah berapa jauh dari tempat perhentian bas tadi, aku hanya berjalan kaki, masuk ke lorong kiri, masuk ke lorong kanan, rumah-rumah kedai di tepi jalan, jalan yang hanya diterangi oleh lampu yang agak malap dan kelam. Aku tiba di destinasi.

“Cik, boleh tanya, inikah pusat urut Serenity?” Sambil aku lihat keliling pusat urut yang agak besar dan tampak seperti tempat yang mahal, aku berasa amat teruja, terutama sekali yang masuk keluar dari pusat urut itu semuanya muka gembira.

“Ya, betul la tu, you ni sapa? Apa mau?” jawab seorang gadis amoi yang berada depan kawasan pintu.

“Saya nak mintak kerja kosong, ada lagi tak?” Saya bertanya..

”Lai,lai..ikut saya..”

Aku berasa amat hairan kerana amoi itu membawaku ke kedai bertentangan dengan pusat urut dan apabila aku masuk, ramai gadisgadis muda dan cantik duduk di sofa, terus aku di sapa oleh seorang lelaki yang dipanggil Mr.Henry. Orangnya muda, segak dan tampan. Pada pikiran aku dia adalah tauke di pusat urut itu.

“Kerja sini senang, tiada paksaan, awak buat lebih, awak dapat lebih..itu saja. Awak maukah, tapi awak kena tukar lu punya style sikitlaa, kasi lawa-lawa macam ini semua amoi..Saya tau awak dari kampung, jangan susah-hati, rumah, baju-baju, makan semua duit saya kasi..Awak mau?”

Terus aku mengangguk tanda setuju.

“Tapi Mr.Henry, saya..mengandung..saya rasa-lah..” Aku berkata dengan keadaan yang berdebar dan tak pasti.

“Oh, takpa itu biasa, pasai tu you mari sini kan..kasi buang saja, saya kasi settle, don’t worry” Jawab Mr.Henry dengan mudah, seolah-olah itu hanyalah benda kecil sahaja. Walaupun hatiku berdebar-debar, aku merasakan seperti Mr.Henry telah menyelamatkan aku dari kehidupan sedihku yang lepas. Aku merasa lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience