Bab 2

Other Completed 19189

Aku pulang ke rumah seperti biasa..”Semporna, tolong ibu sidaikan baju-baju adik”..hanya itu yang dapat diucapkan oleh ibuku..Sambil aku heret beg sekolah, aku melangkah anak tangga satu-persatu. Aku bayangkan hidupku seperti anak-anak tangga yang satu ada, satu rapuh dan satu lagi pecah.

“Mana kasut kakak lagi sebelah..?” Tanya adikku. Aku hanya berpaling padanya dan menjawab “ini kan hari terakhir sekolah, kak dah tak perlu kasut sekolah yang koyak tu..” seperti mana aku dah tak perlukan kehidupan seperti ini.

Mimpi ngeri ku datang lagi, aku terjaga, sambil aku buka mata, baru aku sedar air mata membasahi pipi. Sudah pagi rupanya, aku bangun buka tingkap bilik, buka pintu bilik, adik-adik masih tidur bergelimpangan di luar. Ayah membasuh motor buruknya, ibu membungkus nasi lemak didapur untuk dijual. Sambil aku susun satu-persatu nasi lemak kedalam bakul, tiba-tiba perutku rasa sakit teramat sangat.

Aku berasa amat loya, kepalaku rasa berpusing dan aku terjatuh terduduk di depan ayah. Ayah lari mengangkatku. Semporna tidak sihat kah? Sambil merenung jauh kedalam mata. Sampaikah hati ini untuk memberitahu kedua ibubapa apa yang telah terjadi pada diriku ini.

Ayah aku sudah beruban, berkaca mata retak, kedut di dahi jelas kelihatan. ibu pula mukanya ayu, senantiasa dengan senyuman dan kesabaran. Seberat manapun dugaan yang telah aku lalui, takkan sekali ingin aku hancurkan hati mereka. Cukuplah dengan beban yang mereka tanggung sekarang.

“Semporna pening sikitlah ayah, mungkin kerna tidak cukup tidur malam tadi..” Terus aku bangun, sambil membawa bakul nasi lemak keluar rumah. “Kesian anak kita, aku amat berharap dia akan hidup senang kelak, ini sahaja yang mampu aku berikan padanya, dan tidak pernah sekali dia hinakan aku” ayah berbisik pada ibu.

Sambil aku berjalan ke warong Pak Abu yang berada di tepi jalan besar, aku amat yakin yang aku telah mengandung. Sambil aku leka menyusun nasi lemak di atas meja warong, Pak Abu bertanya,”Semporna nak buat apa lepas sekolah ni? Nak ke Universiti ker..?”

“Tak tahu lagilah Pak Abu, mungkin tolong emak saja la kot” jawab aku.

“Kite kalau nak tolong orang tua kite, kite kena pandang kedepan, kite kena lagi berjaya dari mereka, barulah boleh membantu, kalau ibu Semporna jual nasi lemak, Semporna jual nasi lemak, macam-mana nak hidup lagi senang..” kata Pak Abu.

Tiba-tiba aku terpikir, mana mungkin aku membantu ibu jika perutku makin membesar, mana pulak ayah dan ibu nak letakkan muka di kampung ini.

“Pak Abu, pinjam surat khabar!” Terus aku sambar suratkhabardan berlari ke tepi kolam. Aku perlu keluar dari kampung ini, perlu ada kehidupan baru. Aku baca di surat khabar ada memerlukan pekerja di restoran dan juga di tempat-tempat urut di KL.

Aku terus ke telifon awam di tepi jalan dan menelifon salah satu nombor yang tertera, mereka suruh aku datang seawal yang boleh, dan aku bersetuju.

“Ibu, Semporna kena ke KL sekejap, nak lihat Universiti mana nak mohon, dorang bagi buat lawatan sebelum keputusan SPM keluar, boleh ya ibu?” Malam itu juga aku kemaskan baju-bajuku, esok bermulah perjalanan baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience