Bab 10

Other Completed 19189

Aku ingin sekali menceritakan kisah hidupku. Aku ingin sekali kongsi. Moga-moga dengan kisah perjalanan hidup ini dapat membantu sesiapa yang senasib denganku. Tapi aku tidak punyai sesiapa. Maksudnya, sesiapa yang memahami.

Dibalik kulitku yang lembut licin, dibalik rambut panjangku yang ikal, tersirat seribu rahsia, tersirat seribu duka. Jadi, aku ambil jalan mudah dengan menceritakan semuanya kepada diari aku. Cara ini lebih selamat.

Tapi, pada suatu hari, setelah balik dari shooting, aku teringin membaca diari lamaku yang aku bawa kehulur-hilir malangnya ia tiada di dalam bag. Aku pun tidah sedar sudah berapa lama diariku hilang. Ketika photoshoot kah?, ketika waktu penggambaran kah? Kerana aku tinggal di kondo seorang diri dan sesekali hanya YB yang datang ziarah.

Tiada siapa yang tahu mengenai diari walaupun kekasihku. Malam itu aku tidak dapat tidur memikirkan bagaimana jika seseorang telah ambil, dan membaca semua rahsia hidup aku.

Aku terlalu takut terutama sekali mengenai hubungan sulit aku bersama dia. Aduhai, hancurlah hidup.

Dua hari selepas itu, aku terima panggilan dari seorang perempuan. Suaranya agak sayu tapi lembut.

“Semporna, saya isteri YB” “Saya kenal you, dan taknak cakap banyak, saya cuma nak awak tinggalkan suami saya, sebab saya tahu, suami saya takkan tinggalkan awak”

“awak nak duit saya bagi” “That is all I want to say”. Terus dia putuskan talian.

Apa aku nak buat ni..kata hatiku. Sudahlah diari aku hilang, ini isterinya pulak telifon! Apa aku nak beritahu YB?! Aku mengeluh seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience