Bab 8

Other Completed 19189

Jikalau dalam kehidupan ini kita terpaksa mengharungi satu penderitaan, padaku hanya ada dua jalan penyelesaian.

Pertama, kita lari dari segala keperitan dan menempuhi hari-hari yang akan datang seolah-olah tiada apa yang berlaku. Ataupun, kita berdiri teguh, biarkan derita itu terbuku dihati dan biarkan hati kita membakarnya, bakar sehingga tinggallah satu parut yang dalam, parut yang berkekalan, parut yang akan sentiasa mengingatkan kita tentang masa silam, yang akan menjadikan kita lebih dewasa.

Walaupun aku baru berusia 18 tahun, aku paham apa itu maksud tanggungjawab, dan tanggungjawab adalah bukan suatu pilihan. Aku masih ingat pada keluarga di kampung.

Mana mungkin aku lupa kaca mata ayah yang retak, dan tangan kerdil ibu yang berurat. Pada hari ini aku amat merindui mereka.

Tiba-tba telifon aku berbunyi, aku berdebar-debar. Aku sempat lihat mukaku di cermin dan tersenyum,tersipu malu.

“Helo,hi..saya rindu awaklah..” Katanya. Aku membalas dengan tertawa kecil.

“Ok, nanti saya call lagi ya” terus terputus perbualan. Aduhai romantik sungguh jejaka ini, telifon semata-mata katakan rindu. Apakah perasaanku ini? Adakah ini dinamakan cinta..?

Setiap kali aku lelapkan mata, aku terbayang wajahnya. Setiap kali seseorang berbicara, aku seperti terdengarkan suaranya. Hatiku ini berdebar-debar hanya dengan memikirkannya. Hmm..kan bagus kalau aku boleh memilikinya.

Sambil aku naik anak tangga kecil ke ‘lounge’ kelab seperti selalu, aku hanya mengharapkan aku berjumpa dengan dia sahaja, malam itu aku tunggu, tetapi dia tidak datang. Aku merasa hampa.

“Dorang lelaki ma..they come and go..dahlaa don’t wait you pegi minum dulu,ok” bisik Sally.

Tiba-tiba aku disapa oleh seseorang jejaka yang diawal 50-an. Mukanya seperti pernah aku nampak di kaca tv tapi aku tidak pasti dia siapa.

“Hai, you budak baru yer, jom kita borak-borak kat sana” pujuk jejaka itu. Walaupun aku tidak berminat tapi memandangkan sudah kerjaku melayan tetamu-tetamu yang datang, aku senyum dan akur.

“You ni cantik, berminat tak nak jadi pelakon?” Tanya jejaka itu dengan gelaran Abang Sam. Aku tergamam.

“Ala abang ni main-mainlah..” Aku jawab dengan selamba.

“Eh, abang seriuslah, berminat ker tak? Abang memang tengah cari pelakon baru, kalau minat, kita sambung bincang kat hotel!” Kata Abang Sam.

“Semporna nak jadi artislah Pak Abu, tak payah belajar susah-susah, nak masuk Universiti pun bukannya Semporna mampu, jadi artis senang, ramai peminat, duit pun banyak!” Kataku.

“Sapa kata jadi artis senang? Itu pun kerja tau, mana ada kerja yang senang, Semporna..”Balas Pak Abu.

Itu perbualan aku dengan Pak Abu di warong. Nampak sangat Pak Abu tak pernah kerja ‘lounge’..Bisik hatiku sambil tertawa kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience