Bab 7

Other Completed 19189

Tanpa aku sedari, sudah hampir dua bulan aku melakukan kerja ini. Tidak sekali pun terdetik di hati untuk berhenti. Setiap kali aku dapat tips dan duit dari Mr.Henry, akan aku kirimkan juga pada keluarga di kampung. Aku pasti, ayah dan ibu pasti amat gembira. Sedikit sebanyak aku dapat juga meringankan beban mereka.

“Semporna, bangun nak..tolong ibu bungkus nasi lemak cepat, lepas itu kamu masakkan sarapan untuk adik-adik, ibu nak siapkan mereka”

Setiap pagi, itulah tugasku, selain menghantar nasi lemak ke warong Pak Abu, aku juga perlu memasak, mengemas rumah, membasuh baju, mengajar adik-adik aku di sebelah malam sambil mengulang-kaji pelajaran. Suara ibu masih terngiang-ngiang di telingaku. Aku teramatlah rindu padanya.

“Bukan senang nak hidup senang Semporna..tapi kita mesti selalu bersyukur..” Kata ibu memujuk aku setiap kali aku bersungut kata penat. Ternyata sekali ibu silap.

“Bukan susah nak senang,you kalau bukak lebih..you dapat lebih lor..” Nasihat Mr.Henry padaku. Aku setuju.

Aku sanggup. Asalkan hidup aku tak susah seperti dulu. Satu istilah hidup yang tersalah erti.

Kenapa dia masih tidak datang, dia mungkin sibuk. Maklumlah YB.. Aku memujuk hatiku ini.

“Semporna,ada special guest malam ini ok” Mr.Henry bisik kepadaku.

Seperti malam-malam biasa aku naik ke tingkat dua, mataku terus terpaut padanya, yang sedang sibuk duduk berborak. Aku terpaku, aku tidak terdaya menggerakkan kakiku ke arahnya. Hatiku berdegup kencang. Aku dapat rasakan degupan jantungku terlalu kuat membuatkan dia menoleh ke arahku. Dia lontarkan senyuman manja sambil mengenyitkan sebelah mata.

Aku tidak toleh kiri, aku tidak toleh kanan. Mataku hanya tertumpu padanya yang sedang menungguku ke dakapan. Aduhai, apakah yang aku rasakan ini, perasaan ini terlalu kuat untuk aku abaikan.

“Lama tak datang..awak sibuk ye?” Dia hanya tersenyum. Tanganku dipegang dengan lembut dan dikucup. Dia tetap tidak berkata apa-apa.

Aduhai, siapakah jejaka ini yang melayan aku seperti bidadari. Orangnya sopan, bicara dengan lembut dan selalu lontarkan senyuman. Aku berasa amat bahagia disisinya, walaupun hanya untuk sementara.

Malam itu aku bersamanya. Aku tidak mabuk jadi aku sedar setiap saat bersamanya. Dan aku juga sedar aku menitiskan air mata. Mungkin kerana aku terasa diri ini amat dihargai. Dia buatku rasa terlalu istimewa. Setelah hampir subuh, dia memberiku segulung duit tetapi disertakan dengan handphone. Aku terkejut.

“ Ni handphone saya bagi awak..awak pakailah..nanti senang saya nak contact awak..? Akumerasa terlalu gembira kerana sudah jelas dia masih mahukanku. Aku senyum tanda setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience