Bab 9

Other Completed 19189

Hari ini hari baru, aku pakai baju kasual berseluar jeans ke studio. Hari ini ada photoshoot majalah. Seperti biasa aku disapa oleh peminat yang ingin mengambil gambar bersama aku.

“Semporna, boleh interview sikit tak?” tanya reporter selepas tamat photoshoot.

“Boleh, silakan”. Jawabku.

“Semporna boleh cerita sikit tentang diri Semporna, asal mana, macam mana boleh berkecimpung dengan dunia lakonan dan sudahkah berpunya?” Soalan-soalan lazim yang aku sudah lali dan bosan.

Setelah semuanya tamat, petang itu aku terus balik ke condominium, aku bancuh Nescafe panas dan duduk dihadapan tv. Dari satu siaran ke siaran yang lain semuanya muka aku, iklan aku, drama aku.

Alhamdulillah, aku bersyukur. Tapi, aku merasa sangat sayu. Aku termenung seketika. Ingatan ku kembali, suatu masa dulu, di warung Pak Abu.

“Saya nak jadi artislaa Pak Abu, Pak Abu rasa ayah dan ibu bagi tak?” Soalanku.

“Bagi..apa salahnya, kerja halal kan. Yang penting niat kita untuk mencari rezeki..”

Tetapi bila aku kenangkan kembali apa yang harus aku lalui untuk sampai ke tahap ini, tiada siapa yang tahu. Sudah berapa ramai lelaki sentuh ku sana sini, tidur bangunku dengan lelaki yang sering bertukarganti waktu bekerja di rumah urut, sehinggalah Mr.Henry bebaskan aku.

“You tak payah kerja dah Semporna, YB dah beli you..” Tanpa aku sedari, sudah 5 tahun aku menjadi kekasih gelap YB. Dan baru 2 minggu lepas dia selamat mendirikan rumah tangganya dengan salah seorang anak menteri. Hanya tuhan yang tahu perasaanku.

Siang malam aku menangis, aku tak lalu makan, selalu lambat ke shooting. Hati aku berasa terlalu berat seperti dihimpap batu. Tiada apa yang mampu buatku tersenyum. Tiada siapa yang memahami. Andai ada jodoh kita, tak akan kemana-mana, aku percaya. Takku sangka cintaku kepadanya ada sempadan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience