MFL 1

Romance Series 8807

Kring ! Kring ! Kring !

Jam berbunyi tepat pada pukul 7.Harini adalah hari pertama Erin akan ke sekolah barunya.

"Alamak aku dah lambat ni ! dah lah first day !" Erin bingkas bangun dari tempat tidurnya.

Tanpa membuang masa Erin pergi ke bilik airnya.Pancuran air hujan di dalam bilik air itu mula membasahi badan Erin.

Seusai mandi,Erin mengambil baju sekolahnya yang sudah dia sediakan pada malam tadi.Erin menyisir rambutnya dan mentoncangkannya.

"Erin ! Bangun lah kamu dah lambat ni !" Suara Puan Maria bergema.

"I'm coming mama !" Jawab Erin lantas menuruni anak tangga rumahnya.

"Papa ! Jom lah Erin dah lambat ni !" Ajak Erin seraya mengambil sekeping roti yang belum disaluti jem.

"Takkan makan roti je sayang ? Marilah makan nasi goreng yang mama masak ni !" Ujar Puan Maria.

"Tak sempat ni mama ! Papa jom lah !" Erin menyuapkan roti ke dalam mulutnya.

"Kalau ye pun lambat,minum lah susu ni sikit !" Puan Maria menghulurkan segelas susu segar kepada Erin.

Erin mengambil susu itu dari tangan Puan Maria.Dia minum susu itu sampai tidak terlihat sisanya.

"Okey lah mama,Erin pergi dulu !" Erin mengucup tangan mamanya dan mencium pipi mamanya.

Disebabkan hari ini hari pertama Erin di sekolah baru,dia membuat permintaan agar papanya yang hantar.Selalu dia akan berangkat dengan pemandu keluarganya.

Dato' Mahmood papa kepada Erin hanya mampu memenuhi hasrat anak tunggalnya itu.Mahmood mengambil kunci kereta di atas meja seraya mencium dahi milik isterinya.

"Wuwuuwuw !" Perli Erin.

"Ish kamu ni Erin !" Maria hanya sengih melihat teletah anak tunggalnya.

"Dah jom pergi ! Kamu kata lewat tadi kan !" Mahmood terus pergi ke arah kereta mewahnya.

"Haah lah papa !" Erin melihat jam ditangannya seraya membuat muka terkejut.

Erin tergopoh gopoh keluar dari rumah besar itu.Kasut sekolahnya diambil lalu dipakai.

"Nanti dekat sekolah baru jangan nak buat perangai lak ! Papa dengar dari anak kawan papa yang sekolah baru Erin tu ada seorang yang suka buli ! Erin jangan libatkan diri eh !" Kata Mahmood sambil fokus dengan pemanduannya.

"Papa ingat Erin macam diorang ke yang suka buli buli ni ? Anak tunggal papa ni baik orangnya,so papa tak payah nak risau sangat !" Erin sengih.

Sesampainya di sekolah,Erin keluar dengan pantas dari keretanya.

"Bye papa,see you soon !" Kata Erin seraya menutup pintu kereta papanya.

"Hari ini hari pertama kau,jangan buat perangai Erin !" Bisik hati Erin.

Kaki Erin melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah.Erin berlari lari sambil matanya melirik ke arah jam tanganya.
Disebabkan dia mengejar masa,dia terlanggar dengan seorang budak lelaki.

"Maafkan saya ! Saya tak sengaja !" Erin tertunduk.

"Kau ni dah kenapa berlari lari ? Kau ingat ni padang sekolah ?" Kasar suara lelaki itu berteriak kepada Erin.

"Maafkan saya ! Saya dah lewat sangat ni tu yang tergesa-gesa !" Erin mengangkat kepalanya.

Erin terkaku melihat lelaki itu.Tubuhna yang tinggi lampai sampai membuatkan ketinggian Erin hanya pada paras dada lelaki tersebut.

"Hello ! Kau dengar tak ni ?!" Marah lelaki itu seraya menolak dahi Erin.

"Hah apa awak cakap ?" Kata Erin sambil mengusap usap dahinya.

"Kau budak baru kan ? So aku nak engkau...." Ayat lelaki itu tergantung kerana bunyi loceng yang bergema.

Kring ! Kring !

"Alamak dah lambat ! Maafkan saya tapi saya terpaksa pergi sekarang !" Erin berlari laju meninggalkan lelaki itu dibelakang.

"Woii !" Lelaki itu menjerit tetapi tidak diendahkan oleh Erin.

Erin berjalan mencari kelasnya.Matanya meliar-liar melihat kawasan sekolahnya.Langkah dia terhenti apabila melihat seoranh cikgu yang berjalan menuju ke arahnya.

"Hah cikgu ! Boleh saya bertanya tak ?" Tegur Erin.

"Yes awak nak tanya apa ?" Tanya cikgu itu.

"Saya pelajar baru sekolah ni,so saya tak tahu mana kelas saya." Erin sengih.Perasaan malu dia membuak buak.

"Awam duduk kelas mana ? Nama kelas apa ?" Cikgu itu kembali menyoal.

"Saya duduk dekat kelas ni !" Erin menunjukkan nama kelasnya kepada cikgu tersebut.

"Eh ni kelas cikgu mengajar,jom ikut cikgu !" Ajak cikgu itu.

Erin mengikuti setiap langkah cikgu itu.Dia berjalan perlahan dan penuh sopan didepan cikgu itu.

"Bangun !!! Assalammualaikum cikgu !" Salah seorang daripada pelajar dalam kelas itu memberi salam setelah cikgu yang bersama Erin itu masuk.Mungkin ketua kelas.

"Waalaikummussalam ! Kamu semua boleh duduk !" Jawab cikgu itu.

Erin berdiri disamping guru itu.Matanya sempat melirik ke arah tag nama yang dipakai oleh cikgu itu.Cikgu itu diberi nama cikgu Aqilah.

"Okey harini kamu semua ada pelajar baru ! Boleh awak perkenalkan diri awak ?" Cikgu Aqilah memandang Erin.

Erin mengangguk tanda setuju.

"Assalammualaikum ! Nama saya Syaherin binti Dato' Mahmood ! Kamu semua boleh panggil saya Erin.Tolong beri tunjuk ajar !" Erin senyum seraya menundukkan sedikit tanda sopan.

"Baiklah Erin,kamu boleh duduk dekat tepi Rayyan !" Ujar Cikgu Aqilah.

"Asal macam pernah tengok je mamat ni ? Dekat mana eh ?" Fikir Erin.

"Are you okay Erin ?" Soal Cikgu Aqilah.

"Yes,i'm okay !" Erin senyum manis.

Erin membuka langkah untuk segera ke meja dia.Langkah demi langkah dia bersama denga perasaan berdebar di dada.Entah kenapa perasaan itu tiba-tiba muncul ?

Dalam Erin melangkah,dia tiba-tiba terjatuh.Dia merasakan seperti ada seseorang yang sengaja menyebabkan dia tersadung lalu terjatuh.

Semua pelajar termasuk cikgu melihat Erin yang sudah tersungkur itu.Perasaan malu mula menyelimuti dirinya.

"Kamu kenapa Erin ?" Tanya Cikgu Aqilah.

"Hah tak ada apa-apa cikgu !" Erin melihat ke arah perempuan yang telah sengaja membuat dia terjatuh.

Erin melihat orang disekelilingnya yang sudah ketawa angin.Erin menarik nafas seraya mencuba untuk berdiri.

Erin cuba menggagahkan dirinya.Dengan sekali percubaan dia berhasil untuk bangun meskipun itu mengambil masa dan memalukan.

"Argh ! " Perkataan itu keluar dari mulut Erin tapi dengan nada yang rendah.

Erin menghampiri meja seraya melabuhkan punggungnya.Sesaat pun dia tidak mengerling sebelah.

"Hai Erin !" Tegur pelajar didepan Erin.

"Hai !" Balas Erin.

Lelaki yang berada di depan Erin kelihatan polos dan comel.Kaca mata bulat sesuai dengan mukanya yang putih gebu itu.

"Ingat aku lagi tak ?" Satu suara kasar yang hampir dengan telinga Erin.

Erin menelan air liur.Kepala dia menoleh ke sebelah dengan perlahannya.Sejenak dia memandang lelaki itu,baru benak fikirannya berjalan.

"Oh awak !" Ujar Erin.

"Awak apa awak ? Kau ni kan memang menyusahkan aku kan ! Nasib ni ada cikgu kalau tak memang nahas kau aku kerjakan !" Ugutan itu cukup menggugatkan Erin.

"Apa maksud awak ?" Tanya Erin.Nada dia masih perlahan kerena guru masih mengajar didepan.

"Tak payah nak awak awak sangat ! Kan aku tibai baru tahu kau ni !" Garang Rayyan.

"Nanti aku nak kau pergi belikan aku makanan !" Suruh Rayyan seraya melenakan dirinya.

"What dia tidur ? Cikgu tengg mengajar kot ?" Bisik hati Erin.

"Nak beli apa ?" Erin mencuit bahu Rayyan sedikit.

"Jangan kacau aku tidur boleh tak !" Nada Rayyan meninggi sampai semua orang beralih pandangan kepada mereka berdua.

"Erin jangan kacau dia !" Bisik lelaki didepan Erin.

"Dia yang suruh aku beli makanan ! Bila tanya makanan apa marah aku pulak !" Erin menjeling.

Erin senyum indah kepada lelaki didepannya.Pandangan semua orang cukup menunjukkan seperti orang yang tidak berpuas hati.Lebih lebih lagi perempuan yang kenakan Erin tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience