Loceng berbunyi menandakan sudah tamat waktu belajar dan bermulanya waktu rehat.Erin memandang orang disebelahnya yang masih sedap tidur.
"Aih mamat ni !" Bisik hati Erin.
"Kau asal pandang aku macam nak makan ? Aku tahu lah aku handsome tak payah lah nak pandang aku macam tu !" Rayyan menggeliat.
"Kau dah beli makanan aku ?" Ujar Rayyan.
Erin memberi jelingan maut.
"Belum lagi sebab saya tak tahu awak nak makan apa ?" Ujar Erin.
"Aduh kau ni ! Kau beli lah apa-apa pun !" Suara Rayyan sedikit meninggi.
"Kau tahu tak aku lapar ni !" Meja yang rapat dengannya ditendang.
Ternganga mulut Erin melihat kelakuan Rayyan.Kelihatan mata-mata semua pelajar yang memandang aneh ke arah mereka berdua.
"Okey saya pergi sekarang !" Jawab Erin yang tergopoh-gopoh keluar dari kelas itu.
Erin berjalan menuju ke kantin untuk membeli sebungkus roti bersama dua kotak air.Dalam perjalanan dia ke kantin,dia bertembung dengan pelajar lelaki yang sekelas dengan dia.
"Awak nak pergi mana ni ? Tergesa gesa saya tengok !" Soal pelajar itu.
"Saya nak pergi beli makanan ! Saya tak ada masa ni nanti Hulk dalam kelas mengamuk !" Erin terus beredar.
Lelaki itu senyum seorang diri setelah melihat telatah Erin.
"Ni confirm kena buli !" Lelaki itu ketawa dalam hati.
Seusai membeli,Erin segera pergi ke kelas kembali.Setiap langkahnya pasti ditemani dengan debaran hati.
"Please jangan marah aku nanti !" Bisik hati Erin.
Erin melihat kelibat Rayyan yang sudah menunggu di mejanya.Rayyan mengerling bola matanya ke arah Erin.
"Haa sudah !" Erin mendekati Rayyan.
"Nah !" Erin menghulurkan roti yang sudah dia beli kepada Rayyan.
"What roti je ?" keluh Rayyan.
"Tadi awak cakap beli je apa-apa !" Penat Erin dibuatnya.
"Hrmm...roti pun roti lah ! Air aku mana ?" Rayyan membuka bungkusan roti ditangannya.
"Ni !" Erin hulur kasar seraya melabuhkan punggungnya.
Rayyan mengambil air kotak itu dan menyedut air tersebut.Mulut Rayyan tidak henti mengunyah roti itu.
"Kau tak makan ke ?" Tanya Rayyan yang melihat Erin yang hanya minum air kotak sahaja.
"Tak ingat nak beli tadi,tak apa lah air ni boleh isikan perut saya !" Erin melemparkan senyuman manis.
Terkaku Rayyan bila melihat senyuman yang dilempar oleh Erin.Sungguh tergugat imannya.
"Saya tahu saya cantik !" Erin membetulkan toncang rambutnya itu.
"Puih ! Tak ada selera aku !" Rayyan melempar roti yang masih tersisa itu ke arah Erin.
Erin meretap gigi menahan geram dengan tindakan Rayyan.Erin mengecilkan matanya dan memandang Rayyan dengan penuh amarah.
"Asal tak puas hati dengan aku ke ?" Wajah Erin ditenung lama.
"Menyampah !" Ucap Erin dengan nada yang perlahan seraya memandang ke arah lain.
"Apa kau cakap ?" Tanya Rayyan yang tidak dengar apa yang dikatakan oleh Erin.
"Tak ada apa apa pun !" Erin memasukkan sisa roti ke dalam mulutnya.
"Ish perempuan ni ! Nasib kau budak baru !" Rayyan bingkas bangun lalu berganjak pergi.
Erin memandang Rayyan atas bawah.Perasaan benci dia makin membuak dalam jiwa dia.
"Hai Erin !" Tegur seseorang.
"Hai,saya lupa nak tanya nama awak siapa !" Erin menggaru kepalanya.
"Awak panggil saya Faiq !" Faiq mengeyitkan matanya.
"Sorry saya tak tergoda !" Erin ketawa.
Pelajar perempuan yang melihat aksi Faiq kepada Erin semua menjeling.Faiq juga salah satu pelajar yang kedua terkenal.Yang pertama semestinya Rayyan.
"Saya rasa awak patut berikan kenyitan tu dekat perempuan kat sana !" Erin berbisik di telinga Faiq sambil menunjuk ke arah pelajar perempuan yang berada dihujung.
"Amboi sedap kau borak dengan anak buah aku !" Sampuk Rayyan.
"Sejak bila perempuan ni jadi anak buah kau ? Ceh !" Faiq senyum sinis.
"Erin saya pergi dulu eh,nanti balik kita jalan sama-sama !" Faiq mengenyitkan mata sekali lagi.
"Kau borak apa dengan dia ? Kau dengar sini eh,aku tak suka bila kau rapat dengan dia ! Kau orang suruhan aku dan selamanya menjadi orang suruhan aku !" Dahi Erin ditolak.
"Aduh !" Erin mengusap dahinya.
"Sejak bila saya jadi orang suruhan awak ni ?" Marah Erin.
"Sejak kau sekolah dekat sini ! Student dekat sini takkan ada yang berani nak lawan cakap aku ! So kau kena buat apa yang aku suruh kalau kau nak hidup tenang !" Ugut Rayyan.
"Gila ke mamat ni !" Bisik Erin.
"Kau mengata aku ke ?" Rapat muka Rayyan dengan Erin.
"Hah mana ada !" Erin mengalihkan wajahnya.
"Kau faham tak apa yang aku cakap tadi ?!" Soal Rayyan kembali.
"Faham !" Jawab Erin acuh tak acuh.
Sepanjang pembelajaran berjalan,Erin lansung tidak memandang Rayyan.Sesaat pun tidak.Dia hanya fokus dan memandang ke depan sahaja.
Kring ! Kring ! Kring !
Loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran sudah tamat.Semua pelajar sibuk mengemas beg masing-masing.Lain pula dengan Rayyan.
Sepanjang pembelajaran tadi dia hanya tidur.Lena pula tu.Erin berniat nak gerak tapi perasaan takut dia menggunung.
"Nak gerak tak ni ?" Bisik hati Erin.
Tangan Erin terketar-ketar pabila ingin menyentuh Rayyan.Semua sudah pergi dan kini hanya tinggal mereka berdua.
"Rayyan !" Panggil Erin.
Rayyan menggeliat sedikit namun disambung lenanya kembali.
"Awak !" Erin mengoncangkan lengan Rayyan.
Tiba-tiba tangan Erin ditarik oleh Rayyan.Rayyan mengenggam kuat tangan Erin.Erin cuba untuk melepaskan tangannya dari genggaman itu namun tidak berjaya.
"Rayyan apa ni ?" Erin menarik kuat tangannya.
"Arghh !" Rayyan menguap seraya membuka kelopak matanya.
"Kenapa kau bising sangat ni ?" Ujar Rayyan.
"Eh mana semua orang ? Dah balik ke ?" Tambahnya lagi.
"Semua dah balik,awak ni kan boleh tak jangan nak tidur je dalam kelas ! Menyusahkan orang je !" Bebel Erin seraya keluar dari kelas itu.
"Eh kejap !" Sekat Rayyan.
"Awak nak apa lagi ? Papa saya dah tunggu tu !" Balas Erin.
"Aku nak nombor telefon kau ! Nanti senang aku nak bagi arahan dekat kau !" Rayyan mengeluarkan iphone dia.
"Awak bagi dekat sekolah tak boleh ke ?" Jawab Erin.
"Hshhh...Kan aku dah cakap ! Apa yang aku suruh jangan kau nak bantah !" Tegas Rayyan.
Tanpa membuang masa Erin merampas iphone di tangan Rayyan.Dia mendail nombornya terus di kembalikan semula kepada tuannya.
"Awak jangan nak call saya kalau tak penting !" Amaran itu ditutur pantas oleh mulut Erin.
"Kau ingat aku tak ada kerja ke nak call kau malam-malam ? Lagipun kau bukan awek aku !" Ucap Rayyan seraya berganjak pergi.
"Errr..Dasar Mr.Hulk !" Sakit hati Erin.
Erin membuka langkah menuju ke pintu keluar sekolah.Dia sudah melihat kereta mewah ayahnya dari jauh.
"Papa !" Erin membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam kereta.
"Kenapa lambat sangat ?" Soal Mahmood.
"Sorry pa,tadi cikgu minta tolong Erin !" Erin menipu sunat.
"Ish kamu ni macam-macam lah ! Jom lah,harini kita makan dekat luar eh ! Mama tak larat nak masak katanya !" Kata Mahmood.
"Tak larat ? Erin nak dapat adik ke ?" Fikiran Erin melayang sampai ke situ.
"Ish kamu ni !" Mahmood menggeleng kepala.
Erin ketawa melihat muka papanya yang sudah merah.Acah acah malu.
"Malu malu tapi mahu ~~ " Sengaja Erin menyanyikan lagu tersebut.
Mahmood ketawa terbahak bahak melihat perangai anak tunggalnya ini.Cukup untuk menjadi penghibur hati buatnya.
Share this novel