MFL 9

Romance Series 8807

Keesokkan harinya,Erin bangun pagi dan bersiap-siap untuk pergi bersama papa dan mamanya ke perjumpaan kawan mereka.

Baju kurung batik yang diberi oleh mamanya semalam disarung kemas.Dikenakan lagi dengan tudung warna hazelnut menyerlahkan lagi wajah Erin yang putih gebu.

"Erin dah siap ke ?" Bunyi suara itu menembusi pintu bilik Erin.

"Yes mama,Erin dah siap ! Sekejap lagi Erin turun !" Balas Erin.

Erin menggapai telefonnya dan sling bagnya disarung pada badannya.Erin menuruni anak tangga dengan ayu.Ye lah dah pakai baju kurung takkan nak lari macam cheetah kan ?

"Wah ! Is it true my daughter ?" Berbinar-binar mata Puan Maria melihat anak daranya sendiri.

"Mama !" Mulut Erin kedepan.Tanda merajuk.Dia tahu kata-kata mamanya itu bukan pujian malah ejekkan halus.

"Why ? You tak percaya ke apa yang I cakap ? Erin sumpah mama suka bila tengok Erin macam ni !" Tambah Puan Maria.

"That's you not me !" Balas Erin.

"Why not you pakai macam ni everyday ?" Cubaan pertama Puan Maria membentuk anaknya menjadi lebih ayu.

"Mom ! I'm not ready yet !" Jawab Erin.

"Lagipun hidayah Erin tak sampai lagi !" Tambahnya pula.

"Alah hidayah takkan sampai kalau awak tak berusaha ! Lain lah ajal,awak tak ada usaha pun dia tetap datang !" Penggg !!! Pedas balasan Puan Maria.

"Ma !!! Apa ni main pasal mati !" Erin merangkul lengan Puan Maria.

"Darling !!! You dah siap ke ? Ya Allah ! Anak papa ke ni ? Ini memang anak papa ke ?" Mahmood mencubit pipi perempuan yang telah membuat dirinya kaku.Seperti mimpi !

"Papa pun nak jadi macam mama ke ?" Erin melipat lengannya.

"You tengok lah anak you ni ! Orang cakap memang tak nak percaya,I cakap lah dia nampak ayu sangat bila pakai macam ni but dia kata I ejek dia !" Adu Puan Maria.

"Erin sayang,anak papa ni memang dah cantik dan lagi bertambah cantik bila Erin pakai macam ni ! Papa happy tengok anak papa pakai macam ni !" Tambah Mahmood.

"Dah lah jom,tadi kata dah lewat.Lepastu buat-buat lambat pula ! Nanti kawan papa menunggu,kesian dia." Pandai Erin mengubah topik.

Papa dan mamanya keluar dan masuk ke dalam perut kereta.Erin mengambil sandal yang berwarna pink belacan miliknya untuk dipakai.

Mereka bertiga bergerak ke destinasi yang sudah ditempah itu.Di dalam kereta,Erin leka bermain telefon.Berbalas pesanan dengan Rayyan,lelaki kepo itu.

"Erin chat dengan siapa,leka sangat tu !" Tegur Maria.

"With my classmate mom !" Jawab Erin.

"Classmate or your boyfriend ?" Cuak muka Erin mendengar perkataan itu keluar lancar dari bibir mamanya.

"Ma please,Erin tak nak ada boyfriend ni,i'm just want study for myself !" Balas Erin.

"Ceh ayat kamu Erin,okey papa dengar tu eh ! Nanti bila you nampak anak kawan i you jangan nak main mata eh !" Ujar Maria.

"Handsome sangat ke anak kawan mama tu ? Boleh lawan ke dengan Xiumin Oppa Erin ?" Jeling Erin.

"Lebih kurang Baekhyun ! Hahaha !" Terbahak-bahak Maria.

"Papa !" Adu Erin.

"Papa setuju dengan mama,anak kawan mama tu handsome ye ! Matang pula tu !" Tambah Mahmood

"Ish ! Handsome sangat ke dia tu ?" Bicara hati Erin.

Hampir setengah jam perjalan mereka bertiga,akhirnya sampai juga.Tempat pertemuan jauh sedikit dari rumah.Kaki Erin dengan sopannya menjejak jalan raya.

"Mama restoran mana ?" Tanya Erin.

"Kejap mama call." Jawab Maria seraya membuat panggilan.

"Erin dah lapar !" Erin mengeluh.

"Sabar ye anak papa !" Sampuk Mahmood sambil merangkul bahu anaknya.

"Oh,okey.Nanti saya naik !" Maria mematikan panggilan.

"Abang,Erin jom ! Eh Erin ingat ye,awak jangan nak main mata dengan anak kawan mama !" Peringatan sekali lagi.

"Ermm nanti lah Erin fikir balik ! Kalau dia handsome bukan setakat main mata,tukar nombor pun Erin sanggup ! Hahaha !" Bilang Erin sambil mulutnya ditekup oleh tangan kanannya.

"Awak tengok anak awak ni ! Gatal,tadi bukan main lagi tak nak lah...nak sambung belajar lah ! Hah sekarang dah berubah !" Maria mencuit bahu anak daranya itu.

Mereka bertiga menuju ke tempat pertemuan.Di hujung meja sana jauh terlihat oleh Maria.Erin hanya mengikut jejak dari belakang.

Sesampainya disana,mata Erin meliar-liar mencari jejaka yang dibualkan oleh ibu bapanya.Sempat dia melempar senyuman kepada orang yang sebaya dengan ibu bapanya.

"Dah besar anak dara awak Maria,cantik,sopan lagi ! Memang molek buat menantu !" Ujar Roziah merangkap kawan kepada Maria.

"Jangan cakap macam tu,anak saya ni tak nak kahwin lagi.Dia cakap nak fokus kepada study ! Fokus lah sangat !" Usik Maria seraya melabuhkan punggung.

"Mana anak lelaki awak ?" Tanya Maria.

"Dia pergi tandas tadi,nanti datang lah dia ! Hah tu dah datang !" Semua berpaling ke belakang.

"Oh dah besar anak teruna kamu Roziah ! Handsome !" Maria mencuit peha anak perempuannya.

Erin tak jenuh memandang anak lelaki kawan mamanya itu.Dah lah segak,rambut hitam,tinggi,putih dan dia pakai pula baju yang serba hitam.Memang pujaan gadis lah.

"Hai aunty !" Sapa anak teruna Roziah.

"Hai,nama kamu apa ?" Tanya Maria sebagai permulaan.

"Aunty boleh panggil Rizqi,anak aunty ni nama apa ?" Matanya tertumpu kepada gadis yang ada di hadapannya.

"Erin ! Orang tanya tu !" Panggil Maria.

"Dia tanya mama lah !" Jawab Erin.

"Maaflah,entah kenapa anak aunty ni malu pula ! Selalu tak macam ni,maybe terpana dengan kesegakkan Rizqi kot !" Ujar Maria.Merah pendam muka Erin kerana malu.

"Mama apa ni ?!" Erin mencebik bibirnya.

"Nama adik siapa ?" Tanya Rizqi.Disebabkan umur mereka berbeza jauh,Rizqi memanggil Erin dengan panggilan adik sebagai tanda hormat.

"Syaherin,panggil je Erin !" Jawab Erin dengan nada yang sopan.

"Oh.Kalau macam tu panggil je abang,Abang Rizqi or Abang ! I'm okay je !" Balas Rizqi.

Mereka semua menikmati makanan di restoran itu.Gelak tawa menambahkan lagi keceriaan suasana disitu.Seusai makan malam,keluarga Roziah bersiap untuk pergi.

"Nanti kita jumpa lagi,tak puas lagi nak bercerita !" Kata Roziah.

"Boleh,awak bagitahu masa dan tempat ! Kalau ada chance kita keluar shopping ! Hihi !" Bisik Maria.

"Erin." Nama itu disebut oleh Rizqi.

"Yes Abang Rizqi ?" Hati Erin tertanya.

"Minta nombor aku ! Minta nombor aku !" Bisik hatinya yang nakal itu.

"I wish that we will meet again !" Ujar Rizqi.

"Ala...Tak nak minta nombor ke ? Takkan aku pula yang nak minta,jatuhlah maruah aku !" Tinggi ego Erin.

"Nah,Erin tulis nombor Erin nanti abang call !" Rizqi memberikan handphone nya kepada Erin.

"Okey !" Erin menaip nombor miliknya.

"Nah abang,ermm jangan lupa belanja Erin nanti eh !" Kata Erin seraya mengembalikan handphone milik Rizqi.

"Eh budak ni ! Ye abang tak lupa,Erin cakap je Erin nak makan apa nanti abang bawa and belanja !" Jawab Rizqi dengan nada yang teruja.Wajahnya mengukirkan senyuman manis kepada Erin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience