MFL 5

Romance Series 8807

"Woi !" Bahu Erin dicuit kasar.

"Awak nak apa ?" Erin memegang bahunya.

"Asal kau macam rapat sangat dengan mamat tu ?" Rayyan melabuhkan punggungnya.

"Kenapa ? Salah ke ?" Erin memusingkan kepalanya dan memandang lama Rayyan.

"Kau asal pandang aku macam tu ? Ni aku nak cakap dekat kau,jangan sesekali kau berjalan or keluar dengan mamat tu ! Kau budak aku bukan budak dia !" Erin mengecilkan matanya selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Rayyan.

"Kenapa saya tak boleh rapat dengan dia ? Dia pun classmate saya !" Erin bertegas.

"Kalau aku cakap tak boleh ! Tak boleh lah !" Dagu Erin diangkat sehingga membuatkan mukanya menghadap ke atas.

Eherm !

Laju Rayyan melepaskan Erin selepas melihat orang yang berdehem.Pantas bola matanya berpusing.

"Kau nak apa ?" Tanya Rayyan acuh tak acuh.

"Aku tak nak bercakap dengan kau ! Aku nak bercakap dengan perempuan yang ada di depan mata aku ni !"

"Ada apa Faiq ?" Tanya Erin.

"Tak ada apa-apa cuma nak cakap rindu !" Faiq tersenyum nakal.

Muka Erin dah merah membara kerana malu.Rayyan pula bagaikan cacing yang kepanasan.Tak senang duduk !

"Kau semua perempuan kau rindu kan !" Jeling Rayyan.

"Kau asal ? Jealous ? Haha !" Faiq ketawa.

Bola mata Erin beralih ke arah Rayyan selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Faiq.

"Buat apa aku nak jealous ! Kau asal pandang aku ?!" Rayyan bingkas bangun lalu meninggalkan kelas.

"Kenapa dengan dia tu ?" Tanya Erin.

"Entah lah,jangan peduli dengan orang macam tu !" Selamba Faiq.

"Ha korang buat apa tu ? Tak reti nak duduk tempat awak sendiri ke Faiq ?" Terkejut Faiq mendengar suara Cikgu Fatimah.

Cikgu Fatimah siapa yang tak kenal ? Dia dikenali sebagai cikgu yang paling garang di sekolah itu.

Sesiapa yang tak bawa buku atau kerja sekolah tak disiapkan memang menempah maut jawabnya.

"Ada cikgu !" Jawab Faiq lalu pergi ke tempatnya.

"Hah kawan kamu pergi mana ?" Pertanyaan itu dilempar tepat pada Erin.

"Dia keluar pergi tandas cikgu !" Jawab Erin dengan nada yang sopan.

Tok ! Tok !

Semua berpaling ke arah pintu kelas.Bunyi ketukkan itu membuatkan Cikgu Fatimah tersenyum.

"Hah Rayyan ! Awak pergi mana tadi ?" Tanya Cikgu Fatimah.

"Aku nak keluar ada hubungan ke dengan kau !" Berani betul Rayyan.

Semua takut akan Cikgu Fatimah kecuali Rayyan.Semua dah masak dengan perangai Rayyan bila bertembung dengan singa depan mereka ni.

Cikgu Fatimah pula tak berani nak lawan sebab tak nak gaji bulanan dia terhapus.Maklum lah keluarga Rayyan yang tubuh sekolah ni.

"Berani betul mamat ni !" Bisik hati kecil Erin.

Rayyan menghampiri Erin.Jelingan maut dilempar kepada Erin.Erin meraup wajahnya.

"Apa salah aku dengan dia ni ?" Erin bermonolog sendiri.

"Kau bisik apa ? Mengata aku ke ?" Suara itu mengejutkan lagi Erin.

"Ma...mana ada !" Gugup Erin.

"Okey semua keluarkan buku dan buka muka surat 67 !" Laung Cikgu Fatimah.

Erin mencari bukunya di dalam beg.Tidak cukup di dalam beg,lokar bawah meja diperiksanya.

"Siapa yang tak bawa buku sila kedepan !" Erin memandang tepat muka Cikgu Fatimah.

Air liurnya ditelan kelat.Kepala yang tidak gatal digaru tanpa henti.

"Nah !" Rayyan melempar kuat bukunya.

"Habistu awak macam mana ?" Tanya Erin.

"Aku nak tidur ! Kau jangan buat bising !" Rayyan menempatkan kepalanya di atas meja.

"Ish mamat ni ! Geram pula hati aku ! Tapi baik juga dia ni !" Dalam diam Erin tersenyum sambil melihat Rayyan.

"Aku tahu lah muka aku handsome ! Tak payah nak tunjuk sangat muka kau yang terpukau dengan kekacakan aku ni !" Rayyan bercakap sedang matanya masih tertutup.

"Eiu perasan betul lah awak ni !" Balas Erin.

"Dah terlanjur tak nak mengaku !" Rayyan berpaling ke arah lain.

"Hah Erin ada masalah ke ?" Tanya cikgu yang sudah menatap tepat pada wajah Erin.

"Nothing cikgu ! Maafkan saya !" Gagap Erin.

Disebabkan Rayyan Erin malu kerana namanya disebut oleh cikgu di depan khalayak ramai.Dia tak apa lah sebab anak tuan sekolah ni !

"Hah asal ? Nak mengumpat aku lah tu !" Celah suara itu lagi.

"Eh mamat ni tadi kata nak tidur tapi dari tadi aku dengar suara katak dia ni ! Buat sakit hati aku je !" Bebel Erin dalam hati.

Sepanjang pembelajaran,Rayyan tidak berganjak dari tempat duduknya.Selalu ada sahaja kaki dia nak berjalan.Tak boleh duduk diam.Dia sering keluar kelas walaupun cikgu tengah mengajar !

"Okey kelas ! Apa yang saya ajar tu kamu tolong buat nota ringkas ya !" Kata Cikgu Fatimah.

"Baik cikgu...!" Gempa suara murid kelas itu.

"Nah !" Erin menolak lembut buku Rayyan.

"Ah kau ni ! Kacau betullah !" Marah Rayyan seraya membuka kelopak matanya.

"Maaf ! Nah buku awak ! Saya nak pergi makan,awak nak kirim ke ?" Soal Erin.

Kenapa dia pula yang tanya Rayyan.Terambil berat lah pula.Tak apa boleh buat alasan sebab dah bagi pinjam buku kan ?

"Eh asal kau ni ?" Rayyan bingkas bangun.

"Kalau tak nak tak apa !" Erin menjeling.

"Erin !" Panggil seseorang.

Erin berpaling ke arah suara itu.Dia mengukirkan senyum.Bukan senyuman kelat tapi senyuman manis.

"Nak pergi makan ?" Tanya Faiq.

"Haah !" Ringkas Erin.

"Jom sekali dengan saya !" Tawar Faiq sambil mengangkat kening kanannya.

"Tak boleh,dia budak aku bukan budak kau !" Jawab Rayyan dengan nada yang agak marah.

"Ada aku kesah ?" Berani Faiq.

Hanya Faiq yang berani melawan kehendak Rayyan.Ada sesetengah murid bercerita tentang Rayyan dengan Faiq.Mereka sebenarnya kawan baik suatu ketika dulu.Tapi entah kenapa hubungan mereka renggang.

"Kau nak cari gaduh dengan aku !" Rayyan menolak meja.

"Eh aku tak berlawan lah dengan pengecut macam kau ni ! Lari dari masalah !" Lawan Faiq yang tak nak mengalah.

Erin dah bengang dengan mereka berdua.Suara-suara itu bergempa di telinga Erin.

"STOPPPPP !!!" Jerit Erin.Nasib tak ada pelajar lain dalam kelas.

Mata dua lelaki yang kurang siuman itu tertumpu dalam pada mata Erin.

"Saya akan rehat sorang-sorang !" Kata Erin lalu melangkah pergi.

"Kau lah ni !" Marah Faiq.

"Dah dia memang tak nak dekat kau terima lah hakikat bro ! Jangan jadi bodoh !" Balas Rayyan.

"Yang masih tercegat tu kenapa ? Tak nak rehat ke ?" Laung Erin yang ternyata masih ada di depan kelas.

Mereka berdua bukan boleh tinggal bersama,kan gaduh satu hal pula Erin nak menjawab.Dah lah budak baru !

- Comments sayang,nanti achik teruskan update eh ! Kalau korang comments banyak-banyak !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience