MFL 7

Romance Series 8807

Pak Mail yang sudah tercegat di depan pagar hanya mampu menguntum senyuman saat pelajar-pelajar sekolah itu keluar.Sedetik matanya meliar mencari kelibat Erin.Pak Mail dah menganggap Erin macam anak dia sendiri kerana dari kecil Erin membesar disisi dia.

"Pak Mail !" Suara gadis itu sudah tidak asing di telinga Pak Mail.

"Kenapa lambat ? Ada masalah ke ?" Tanya Pak Mail saat Erin mendekatinya.

"Tak ada lah,tadi cikgu tengah bagi nota.And then Erin salin kejap,tu yang lambat ! Sorry Pak Mail ." Erin mencantumkan kedua belah tapak tangannya lalu membuat mimik muka yang comel.

"Ermm ! Pak Mail tak ada masalah nak tunggu Erin,tapi Pak Mail risau kalau Erin ada masalah dekat sekolah !" Jawab Pak Mail.

"Ermm,Pak Mail nak makan aiskrim !" Erin mengatakan itu dengan nada yang manja.Memang jarang kalau dia tak bermanja dengan Pak Mail.Pak Mail hanya menuruti anak kepada bosnya itu.

Erin melangkah masuk ke dalam kereta mewah.Saat kaki kanan dia masuk ke dalam,tangannya ditarik kasar oleh seseorang.Pak Mail terus keluar dari kereta.Takut ada apa-apa yang terjadi.

"Apa ni Rayyan !" Erin membentak.

"Erin,okey tak ni ?" Tanya Pak Mail risau.

"Hah okey,Pak Mail boleh masuk dalam kereta dulu ! Erin ada benda nak cakap dengan kawan Erin." Tipu Erin.Rayyan kawan Erin ? Hah memang tak ah !

"Awak nak apa ?" Tanya Erin dengan lemah lembut.

"Aku dah cakap kan yang aku tak suka bila kau rapat dengan Faiq ! Kau sengaja nak test kesabaran aku ke hah ?" Tegas Rayyan.Kalau dah cemburu tu cakap je lah.Tak payah nak marah macam orang gila.

"Saya rapat dengan Faiq tu bukan urusan awak ! Itu life saya sendiri !" Balas Erin seraya membuka pintu kereta dan masuk ke dalam perut kereta itu.

Rayyan meretap gigi menahan geram.Kepalan tangannya yang cukup besar itu berubah menjadi merah pendam.Terlalu geram dengan sikap Erin.

"Kenapa aku perlu ada rasa macam ni ?" Benak Rayyan berfikir.Hati dah tak keruan.

"Rayyan !" Nama dia dipanggil dari jarak jauh.Rayyan menoleh lalu menguntumkan senyuman indah.Meskipun hati dia panas tapi di depan orang tuanya mana boleh dia bermasam muka.

"I'm coming mom !" Sahut Rayyan.

_________________________

Rayyan tekun melihat skrin telefonnya.Jari terasa berat ingin menekan kontak yang bernama 'Budak Bodoh'.

"Rayyan !" Panggil seseorang yang merangkap kepada ibu Rayyan.

"Yes ?" Rayyan menutup semula telefon dan memandang ke arah bondanya.Bola mata hazellnya bertentang dengan bola mata bondanya.

"Bonda dengar kamu buat hal kat sekolah ? Betul ke ?" Tanya Puan Sri Maznah.

"No bonda,siapa yang adu ni ? Rayyan dah tak buat kerja dulu !" Rayyan menegakkan kebenaran.Mungkin dulu dia nakal,suka membuli.Waktu itu dia masih teman sebangkunya iaitu Faiq.

"Jangan nak tipu bonda Rayyan ! Kalau bonda tangkap kamu buat masalah,siap lah !" Ketegasan Puan Sri Maznah membuatkan Rayyan membentak.Bonda dia sendiri tidak percaya akan kata-katanya.Sedetik terguris juga hati ini.

"Why bonda tak percayakan Rayyan ? Rayyan dah cakap yang Rayyan tak buat ! Tak buat lah !" Kebetulan mereka sampai ke rumah.Rayyan membentak lalu menghempas kuat pintu kereta.Kemarahan dia makin menonjol.

"Aih budam zaman sekarang.Sama naik suara ibu dengan anak !" Puan Sri Maznah menggeleng kepala.Kakinya melangkah keluar dan terus masuk ke dalam rumah agam yang tersergam indah itu.

Tak cukup menghempas pintu kereta,pintu bilik pula yang dihempas.Rayyan melempar beg sekolahnya di atas katil.Tubuhnya yang sudah kejang itu dibaringkan atas katil yang empuk.

"Kenapa bonda tak percaya aku ? Manusia lain pun pernah buat silap bukan aku seorang je !" Rayyan mengeluh panjang.Wajahnya diraup perlahan.

"Ni mesti budak Erin dengan Faiq ! Diorang nak dengki dengan aku kenapa ? Faiq !" Nama itu disebut dengan nada yang geram.Tangannya yang berurat dikepal ganas.

"Hello ?" Suara lembut itu menembusi skrin telefon Rayyan.

"Kau mengadu apa dekat bonda aku ? Kau ni memang cari pasal dengan aku kan bodoh !" Teriak Rayyan.Tidak memberi kesempatan untuk Erin memperjelaskan.

"Kau dengar sini ! Kalau lagi sekali aku dapat tahu yang kau dengan kekasih kau buat cerita dekat bonda aku,kau memang cari nahas !" Ugut Rayyan sebelum meletak panggilan.Rayyan melempar telefonnya ke atas katil.Tuala yang sudah tersidai diambil untuk mengeringkan tubuhnya nanti.

"Rayyan ?" Panggil Puan Sri Maznah.Tiada sahutan dari bilik Rayyan.Puan Sri Maznah melangkah naik untuk menuju ke bilik Rayyan.

"Rayyan !" Pintu bilik diketuk namun masih tiada balasan.Ye lah orang duk mandi mana nak dengar kan.

Puan Sri Maznah putus asa.Dia turun semula dan terus ke dapur untuk menyediakan makan malam.Rayyan yang baru siap mandi terus menuju ke meja.Cermin besar itu memantulkan wajah kacak Rayyan.

"Potong mood aku je !" Hanya kata-kata itu yang keluar dari mulut Rayyan selepas menatap lama wajahnya di cermin.

Baju putih bersama jaket coklat dipadankan lagi dengan seluar jeans hitam menampakkan kesegakkan Rayyan.Nafas ditarik panjang sebelum dihembus.Rambut disikat rapi.Minyak wangi disembur pada seluruh tubuh.

Seusai bersiap,Rayyan menuruni anak tangga.Sedetik matanya melirik ke arah bondanya yang sedang menyiapkan makan malam untuk keluarga dia.

"Rayyan nak pergi mana tu ?" Tanya Bondanya.

"Keluar,jumpa kawan !" Jawab Rayyan acuh tak acuh.Rayyan menggapai kunci superbike milik dia.

"Habistu makanan yang banyak ni siapa nak makan ?" Tanya Puan Sri Maznah.

Pertanyaan itu tidak dijawab oleh Rayyan.Melihat anak lelaki dia berlalu pergi membuatkan Maznah terkilan.Mungkin anak dia kekurangan didikan kerana kesibukkan yang dilalui oleh dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience