MFL 6

Romance Series 8807

"Erin,awak nak makan apa ?" Tanya Faiq yang berada disamping Erin.Rayyan hanya berdiri diam di belakang mereka.

"Hrmm,entah lah !" Erin menjenguk-jenguk makanan di kantin sekolah itu.

"Awak nak beli apa ?" Erin menoleh kebelakang.Soalan itu dituju kepada Rayyan.

"Lantak aku lah nak makan apa ? Kau kesah ke ? Tak kan ! Kau sibuk berbual dengan mamat ulat bulu ni kan !" Jawab Rayyan dengan nada yang sangat annoying.

"Orang tanya dengan baik kan,jawab lah dengan baik ! Selalu nak buat orang marah ! Lantak awak lah ! Jom Faiq !" Marah Erin.Sekilas mata dia menjeling ke arah Rayyan sebelum melangkah pergi.

"Ish !" Dengus Rayyan.

Faiq menoleh ke belakang seraya menjelirkan lidahnya yang panjang itu.Sengaja nak sakitkan hati Rayyan.Ego menggunung sangat.

"Jom saya belanja aiskrim ?" Tawar Faiq.

"Betul ke ni nak belanja saya ? Dah tak boleh tarik eh kata-kata tu !" Erin senyum selebarnya.

"Awak ingat saya tak ada duit ke ? Untuk awak saya sanggup habiskan tau !" Pandai si Faiq ini mengayat.Merinding bulu roma Erin.

"HAHAHA !" Erin ketawa.

"Eh betul lah ni ! Awak ingat main-main ke ? Saya selalu serius tau !" Faiq tersengih.

Erin duduk bersendirian di bangku sambil menunggu Faiq yang sedang membeli aiskrim.Seorang gadis yang terlihat seperti seorang yang sombong datang mendekati Erin.

"Hei !" Kasar gadis itu menolak bahu Erin.

"Auch !" Desahan keluar dari mulut Erin.

"Lemah betul,aku baru tolak sikit kau dah 'BERAUCH AUCH' !" Kata gadis itu sebelum mendekatkan wajah dia dengan Erin.

"Kau dengar sini eh,Rayyan hak aku ! Aku tak nak kau kacau dia lagi ! Kau faham tak !?" Sergah perempuan itu.

"Oi Tasya !" Sampuk Faiq yang melihat layanan Tasya kepada Erin.

"Oh sekarang kau main dengan Faiq and then Rayyan ? Wah kau ni memang perempuan MURAHAN lah perempuan !" Faiq menolak kasar Tasya.

"Kau dengar sini Tasya ! Aku memang akan berlembut dengan perempuan tapi aku akan kasar dengan perempuan yang bertopengkan syaitan macam kau ni !" Kata-kata itu menyengat telinga Tasya.Erin hanya berdiri diam.

"Faiq,dah lah tu !" Pujuk Erin.

"Erin ! Kenapa awak ni baik sangat ? Saya tahu lah awak budak baru but awak tak boleh diam bila seseorang pandang rendah dan hina awak macam perempuan ni buat ! Kau dengar ni Tasya sekali lagi aku dengar or tahu kau buat benda keji dekat Erin siap kau aku kerjakan !" Ugut Faiq lalu menarik lengan baju Erin untuk pergi dari situ.Sengaja dia melagakan bahunya dengan Tasya.

"Auch !" Tasya memegang bahunya.

Faiq menghentikan langkahnya lalu dia berpaling ke arah Tasya.Erin turut melakukan hal yang sama.

"Ni baru sikit !" Kata Faiq seraya berganjak pergi.

Tasya ditinggalkan disitu bersendirian.Banyak mata-mata yang memandang pelik ke arah Tasya.Sebilangan dari mereka mula membuat muka menyampah.

Tasya siapa yang tak kenal ? Pelajar perempuan yang paling sombong,bongkak dan kuat perasan.Tasya bekas kekasih Rayyan.Dulu dia yang tinggalkan Rayyan sebab seorang lelaki yang pindah dari luar negara.

Tasya dan Rayyan pernah menjalinkan hubungan yang istimewa namun tidak berjalan lancar apabila Rayyan mendapat tahu yang Tasya main kayu tiga dengan pelajar luar negara itu.

Tasya juga anak dari seorang usahawan yang turut terkenal.Ibu bapa dia juga turut berhubungan rapat dengan keluarga Rayyan.

Dah lah stop cerita pasal Tasya,sekarang kita sambung dengan Erin dan Faiq.

"Faiq !" Lembut suara itu menyebut nama Faiq.

"Ye !" Gumam Faiq yang sedang kusyuk makan aiskrim.

"Tak kasar ke apa yang awak buat dekat Tasya tu ?" Tanya Erin yang masih ada rasa bersalah meskipun gadis durjana itu sudah memalukan diri dia.

"Erin ! Awak tahu kan yang dia dah malukan awak and hina awak,fitnah awak macam-macam ! Awak ada lagi belas kasihan dekat dia ?" Tak senang duduk Faiq bila Erin berbicara sedemikian.

"Tapi...!" Baru sahaja hendak bercakap loceng sudah berbunyi yang menandakan waktu rehat dah habis.

"Jom masuk kelas,nanti Cikgu Raihan masuk and tak nampak kelibat kita tak pasal-pasal kena duduk luar !" Balas Faiq lalu bingkas bangun.

Erin hanya menurut apa yang Faiq cakap.Betul kata Faiq,Cikgu Raihan ? Cikgu yang betul-betul tak boleh nak dengar penjelasan orang dulu.Selalu nak bentak ikut suka dia.

Erin dan Faiq sama-sama melangkah masuk.Sepasang mata sudah menatap tajam ke arah mereka berdua.Erin berjalan ke arah mejanya.Sekilas matanya melirik ke arah Tasya yang sudah menatap dia dengan tidak puas hati.

"Sedap kau rehat dengan mamat tu !" Celah satu suara yang cukup Erin kenal.

"Dah awak yang buat perangai kan ! Dah lah saya malas nak gaduh dengan awak !" Erin mengambil buku di dalam beg galasnya.

"Rayyan !" Panggil Faiq.

Rayyan mendongak dengan sinis.

"Kau nak apa ? Tak puas kau ambil masa aku dengan budak aku ?" Jawab Rayyan.

"Budak kau ? HAHA ! Sampai bila-bila lah perempuan ni takkan jadi budak kau ! Kau ni kan suka anggap semua budak lepas kau dipermainkan ?" Faiq gelak jahat.

Erin mengecilkan mata dia.Dalam kotak fikiran dia sudah ada banyak pertanyaan.Dia melihat muka Rayyan yang sudah merah pendam menahan geram.

"Faiq !" Erin mahu elakkan mereka berdua daripada terus bergaduh.

"Yes !" Terus lain suara Faiq bila berdepan dengan Erin.Biasalah lelaki romantik dan buaya darat kan.

"Macam sial aku tengok muka korang ni !" Rayyan bingkas bangun lalu menendang mejanya.

Terbeliak biji mata semua orang yang ada dalam kelas itu.Erin tak payah nak kata lah memang terkejut beruk.Tasya pula pergi buat adegan hindustan.

"Rayyan ? Are you okay ?" Tanya Tasya yang berpura-pura risau.

Rayyan membentak tangan munggil Tasya.Sudah tawar hati dengan gadis yang bernama Tasya dan entah kenapa sekarang ada satu perasaan yang singgah di hatinya sejak dia bertemu dengan Erin.

- Teruskan comments dan support achik ! Sayang korang !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience