MFL 8

Romance Series 8807

Erin bermundar-mandir dalam biliknya sendiri.Kuku yang berkilat digigit.Setiap detik matanya melirik ke arah skrin telefonnya.Perasaan takut,gementar,resah mula mempengaruhi hati dia.

"Apa yang kau takutkan Erin ? Kau tak perlu takut sebab kau tak ada buat salah kan ?" Erin bermonolog sendiri.Dia merebahkan punggung di atas katil.

Tak lama kemudian,telefonnya berdering.Terkejut Erin kerana dari suasana yang hening,tiba-tiba terbunyi suara.

"Alamak ! Kenapa dia call aku ? Aku nak buat apa ni ?" Kelam kabut Erin pabila melihat nama yang tertampil pada skrin telefonnya.Kepala yang tidak gatal digaru tanpa henti.

Erin menarik nafas panjang sebelum menghelanya.Debaran masih terasa.Kalau boleh dengar memang dah bising dalam bilik tu.

"Hello ?" Erin menjawab panggilan itu.Bunyi bising menyebabkan telinga Erin hampir pekak dibuatnya.

"Woi slow sikit !" Teriak lelaki yang menelefon dia.Erin menelan air liur.Helaan nafas jelas kedengaran.

"Asal lambat sangat kau nak angkat ?" Tanya Rayyan.

"Saya buat kerja lah,ni awak kenapa call saya ? Ada benda penting ke ?" Tanya Erin yang sudah cuak mendengar suara Rayyan.Biarpun perasaan takut tu masih hadir.

"Amboi ! Kau jangan lupa sebab kau lah aku kena marah dengan bonda aku ! And sekarang kau dah tak boleh nak lari dari aku ye sayang !" Terasa seperti duri tercucuk dalam hati Erin setelah Rayyan melafazkan perkataan 'SAYANG'.

"Awak ni dah kenapa ? Mabuk ketum ke ?" Tanya Erin.

"Esok kau ada pergi mana-mana ?" Terlintas soalan itu dalam kotak fikiran Rayyan.Erin mendiamkan diri.

"Hoi !" Panggil Rayyan dengan kasar.Dah lah suara macam suara katak,boleh pula memekik.Nasib tak pekak telinga.

"Ye ! Kenapa awak tanya ?" Tanya Erin sengaja melengahkan masa.

"Esok teman aku,aku nak pergi beli barang seni !" Ringkas Rayyan lalu meletak panggilan.

"Eh eh ...!" Tidak sempat Erin memberi respon sudah terputus.

"Esok aku kena ikut reunion mama papa lah ! Aduh macam mana ni ?" Tangan Erin mula mengetik sesuatu.Terketar juga lah tangan dia nak taip tu.Aura Rayyan kan.

' Saya tak boleh teman awak besok,saya kena ikut reunion mama dan papa ! ' Pesanan dihantar.Selepas naik bluetick pada mesej dia,Erin menjauhkan diri dari telefon.Entah kenapa takut sangat dengan Rayyan.

' Okey ! ' Seringkas itu jawapan Rayyan.Tanda tanya mula terkumpul dalam kotak fikiran Erin.

"Eh dia tak marah ke ? Betul ke ni ? Cepat sangat dia balas ?" Bermacam-macam soalan yang keluar dari mulut dia sendiri.

"Nasib lah dia tak marah kau Erin ! Jangan sampai lampu merah sudah !" Umpat Erin sejenak.Ketawa sendiri dia bila membayangkan Rayyan si mamat garang tu.

Tok ! Tok ! Tok !

Erin menghampiri pintu biliknya.Tombol diputar dari dalam.Tercegat satu tubuh yang sangat dikenalinya.Di tangan kanan orang itu seperti memegang sehelai baju yang seakan baju kurung batik.

"Mama cantiknya baju ni !" Terbeliak biji mata dia melihat baju kurung batik yang bewarna coklat perang.Terukir senyuman gembira pada wajah orang tua itu.

"Ni kamu pakai esok ya,masa reunion mama dan papa ! Biar nampak sopan sikit,kalau boleh pakai lah tudung !" Puan Maria menyerahkan baju kurung itu kepada anak daranya.Erin mengambil baju itu dari tangan mamanya.

"Hrmm,kenapa nak pakai semua ni mama ? Bukan ke Erin dah cukup sopan ?" Tanya Erin.

"Kalau kamu pakai macam ni nampak manis tu,mana tahu kawan papa ada anak lelaki boleh mama kenalkan dengan kamu !" Kata Puan Maria seraya mencuit pipi gebu milik Erin.

"Eh mama kesitu pula,habistu mama pergi sana sebab nak jumpa anak teruna orang lain ke ?" Erin ketawa selepas mengenakan mamanya kembali.

"Tak nak lah Erin,lagipun Erin budak lagi ! Sekolah menengah pun tak habis lagi !" Jawab Erin.Ada benarnya juga,tapi zaman sekarang budak umur 16 dah kahwin.

"Suka hati kamu lah Erin,yang pasti kamu pakai baju ni dengan tudung eh ! Jangan lupa pesan mama ni !" Puan Maria mengulangi ayat itu kembali.

"Okey ma ! Erin masuk tidur dulu ye ! Goodnight !" Erin mencium pipi mamanya.Nasib tak terlekat air liur pada pipi Puan Maria.

"Hrmm,esok jangan lupa bangun awal ! Kamu tu anak dara !" Tegas Puan Maria.Erin kalau dah dapat cuti memang susah nak berjauhan dengan katil,bantal,selimut empuk dia tu.

"Baik bos !" Tabik Erin dengan mukanya yang serius membuatkan Puan Maria tak kering bibir.

"Dah dah pergi tidur !" Kata Puan Maria sebelum melangkah pergi meninggalkan Erin.

"Mama ! mama !" Erin menggeleng kepala dengan perangai mamanya sendiri.

Erin masuk ke dalam biliknya semula.Mata dah berat.Badan pun dah lenguh.Erin merebahkan tubuhnya di atas katil.Selimut ditarik sampai paras dada.Lampu disebelah katil ditutup.

Erin melelapkan matanya yang sudah berat.Mulut tak lepas dari menguap.Letih sangat nasib dah hari minggu.

Grrrr !!!

Baru sahaja nak tutup mata,telefon dia bergetar.Pesanan dari whatsapp mula muncul dari skrin telefon dia.Lampu yang baru sahaja ditutup itu dibuka kembali.

' Lusa teman aku dan aku tak nak dengar alasan dari kau ! Nanti kau share location rumah kau ! Kalau kau tak share jangan ingat kau boleh senang kat sekolah ! Jangan sampai aku detect kau punya rumah ! ' Pesanan itu membuatkan Erin menghela nafas panjang.Tak habis nak ugut.

- Chapter ini pendek ! Maaf ;)
- Next chapter minggu depan pula,jangan lupa comments and kalau ada masa tolong promote cerita achik juga.Sejuta penghargaan diberikan kepada semua pembaca !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience