Sesampainya dirumah,Erin terus naik ke bilik tanpa menegur mamanya.Mahmood dan isterinya tidak faham dengan perangai Erin itu.
Erin masuk ke biliknya lalu merebahkan dirinya tanpa menukar baju sekolahnya terlebih dahulu.Fikirannya hanya teringat akan Rayyan sahaja.
"Kenapa nasib aku malang sangat ni !" Keluh Erin.
Tok ! Tok ! Tok !
Kedengaran ketukkan pintu dari luar.Erin bingkas bangun lalu melangkah ke arah pintu.Dia membuka pintu sedikit dan mengintai.
"Are you okay ?" Tanya Puan Maria.
"Yes ma ! Erin nak mandi dulu !" Jawab Erin acuh tak acuh.
"Lepas mandi turun makan !" Pesan Puan Maria.
Erin menutup rapat pintu biliknya.Dia menggapai tuala kecil dan tuala untuk dia mengelap tubuhnya yang basah nanti.
"Baik aku mandi tenangkan fikiran !" Bisik hati Erin.
Erin masuk ke dalam bilik air dan membuka bajunya.Baju sekolahnya diletakkan dipenjuru sinki.
Seusai mandi,Erin mengambil tuala kecil untuk mengeringkan rambutnya.Erin melangkah menuju ke arah almari bajunya.
Selepas mengambil baju untuk dipakai,Erin meletakkannya di atas katil.Dia menyarung bajunya dengan tangkas kerana perutnya sudah berbunyi.
Ooh I see you, see you, see you every time
And oh my I, I, I like your style
You, you make me, make me, make me wanna cry
And now I beg to see you dance just one more time.
Lagu dance monkey yang dipilih oleh Erin untuk dijadikan nada dering telefon pintarnya.Erin mencapai telefonnya yang ada di atas meja birai katilnya.
"Siapa call ni ? Aku tak kenal nombor ni ? Entah-entah Rayyan ?" Erin meneka.
Sekali lagi nombor yang tidak dikenali menelefon Erin kembali.Erin menarik dan menghela nafasnya.Erin menjawab panggilan itu.
"Hello ! Siapa ni ?" Laju soalan itu keluar dari mulut Erin.
"Hello ! Suara aku takkan tak kenal ?" Suara garau itu sudah lama terngiang-ngiang dalam kepala Erin.
"Rayyan ?" Erin melabuhkan punggungnya sambil menjawab panggilan Rayyan.
"Ha kenal pun ! Kalau kau tak kenal memang nasib malang esok hari !" Baru sahaja berbual sudah berdegup laju jantung Erin.
"Nak apa ?" Tanya Erin.
"Saja aku call kau,aku nak tengok kau tipu aku ke tidak !" Jawab Rayyan dengan nada yang angkuh.
"Err ! Dah la saya nak turun makan ni ! Awak ada apa-apa lagi ke ?" Tanya Erin.
"Ermm buat masa sekarang tak ada ! Nanti kalau aku perlukan apa-apa aku akan call kau !" Jawab Rayyan.
Tanpa membuang masa lagi Erin segera meletak panggilan itu.Perut dah lapar.Dia menyimpan telefonnya itu ditempat asal sebelum turun ke bawah.
"Hello ! Hello ! Oh damn shit !" Marah Rayyan.
Erin menuruni anak tangga rumahnya itu.Dia terus menuju ke meja makan dan melihat papa mamanya yang sudah tercongak di depan pinggan.
"Kenapa tak makan lagi ?" Tanya Erin seraya melabuhkan punggungnya.
"Kami tunggu kamu lah Erin ! Buat apa lama-lama kat atas tu ?" Tanya Puan Maria seraya menyenduk nasi ke dalam pinggan suaminya.
"Tadi ada panggilan masuk ! So Erin jawab sebentar !" Jawab Erin sambil menghulur pinggannya kepada Puan Maria.
"Macam mana sekolah kamu Erin ? Okey tak ?" Tanya Puan Maria.
"Okey je !" Jawab Erin acuh tak acuh.
Erin mengambil lauk didepannya.
"Okey je ? Asal muka macam tak happy je ?" Mahmood menyampuk.
"Tak ada lah papa,Erin happy je !" Erin menyuapkan sesuap nasi ke dalam mulutnya.
Puan Maria dan Mahmood memandang satu sama lain.Suasana sunyi sampailah mereka habis makan.Selepas makan,tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut Erin.
"Kenapa dengan anak awak tu ?" Tanya Mahmood.
"Tanya saya pula ! Itu kan anak awak,awak lah tahu !" Balas Mahmood.
"Ish awak ni kan ! Geram betul bila bercakap dengan suami yang tak faham bahasa ni !" Sindir Puan Maria.
"What ? Awak mengata suami sendiri eh ? Tak bau syurga nanti !" Balas Mahmood.
"Asal main syurga-syurga ni ! Okay saya minta maaf !" Ucap Puan Maria.
"Tau takut !" Mahmood ketawa angin.
Erin termenung dihujung birai katilnya.Anak patung kesayangannya dipeluk erat.Anak patung pemberian arwah atuknya yang sentiasa menjadi teman dikala dia susah hati.
"Kenapa aku perlu takut dengan dia ? Kenapa semua orang takut dengan dia ? Besar sangat ke pengaruh dia dekat sekolah tu ?" Erin bertanya sendiri.
"Tadi aku ada dengar orang cakap pasal mamat tu ! Nama apa eh bapak dia ?" Erin menutup rapat matanya untuk mengingati kembali nama keluarga Rayyan.
"Nama apa ni ? Asal tak keluar ni !" Erin meretap gigi.
Erin bangun dari katilnya dan berjalan ulang-alik bagi mengembalikan ingatan dia tu.Kedua-dua tangannya disilangkan.
"Hah dah ingat !" Erin dengan lajunya mengambil laptop dan duduk berbaring di atas katil.
"Syed Asyaraf bin Syed Abu Bakar !" Erin menaip nama tersebut.
Terpapar identiti Syed Asyraf itu.Tergumam Erin melihat biodata insan tersebut.
"Bapak ah ! Seriusly ni ayah dia !" Erin membaca setiap perkataan yang dipaparkan pada skrin laptopnya.
"Pemilik hotel yang termasyhur !" Terbeliak biji mata Erin.
"Beliau juga telah membina sebuah sekolah menengah tinggi yang bertarafkan sekolah antarabangsa ?!" Semakin laju jari-jemari Erin bermain.
"Sekolah yang aku belajar tu ke ? Seriusly ? Patutlah ramai yang takut dekat dia ! Gempak betul mamat ni !" Bisik hati Erin.
Tok ! Tok ! Tok !
Bunyi ketukan itu mengejutkan Erin.Dia mengeluh panjang.Erin bingkas bangun seraya melangkah untuk membuka pintu biliknya.
"Yes ma ?" Kata Erin dengan nada yang sayu.
"Mama dan papa nak keluar ni ! Erin nak ikut tak ni ?" Tanya Puan Maria.
"No ma ! I'm tired now !" Erin mengurut kepalanya.
"Asal anak mama ni ? Pening ke ? Sakit ke ? Kamu demam ke ni ?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Puan Maria.
"Tak ada apa-apa ma ! Erin sihat,mama pergi lah dengan papa tu ! Pergi dating sana !" Erin sengih.
"Tak ada masa mama nak berdating dengan papa kamu ! Kalau Erin demam makan ubat dan rehat tau !" Pesan Puan Maria.
"Baiklah mamaku sayang !" Jawab Erin dengan nada yang cukup menjengkelkan.
"Mama pergi dulu eh !" Kata Puan Maria seraya berganjak pergi.
Erin menutup semula pintu biliknya setelah mamanya pergi.Dia kembali berbaring melentang.Skrin laptopnya ditatap kembali.
Share this novel