MFL 4

Romance Series 8807

Erin terlelap depan skrin laptopnya.Dia tidak sedar yang malam sudah pun tiba.Erin mengangkat kepalanya dan membuka perlahan kelopak matanya.

"Dah pukul berapa ni ?" Erin melihat jam pada skrin telefonnya.

"Dah pukul 8 malam ! Aku tertidur ke tadi ?" Cepat Erin mengemas.

Tok ! Tok ! Tok !

"Erin oh Erin !" Nama Erin dipanggil berselang dengan ketukan pintu.

"Yes mama !" Jawab Erin.

"Turun makan,makan malam dah siap ni !" Panggil Puan Maria.

"Ye ma nanti Erin turun !" Balas Erin.

Erin membasuh mukanya dan menggosok gigi.Mulut orang baru bangun mesti berbau kan.

Selepas siap melakukan hal itu,Erin kembali kepada laptopnya yang setia menunggu di atas katil.Erin membuka kembali dan masih terbuka hasil carian tentang keluarga si Rayyan tu.

"Nasib kau lah Erin !" Erin mengeluh panjang.

Grrrrrrr !!!

Perut Erin dah buat hal.Bernyanyi dengan suara yang sumbang.Erin mengusap-usap perutnya yang lapar itu.

"Daripada aku layan benda alah ni,baik aku pergi makan !" Erin bercakap seorang diri.

Erin berganjak pergi.Dia sengaja meninggalkan telefonnya agar tidak terganggu untuk makan.

"Mama papa !" Laung Erin seraya duduk di tepi mamanya.

"Kamu buat apa dalam bilik tu ? terkurung dari tadi." Tanya Puan Maria.

"Erin tertidur tadi mama ! Hehe !" Erin sengih buat muka tak bersalah.

"Erin,esok pergi sekolah dengan Pak Mail eh ! Sebab esok pagi papa dah ada meeting !" Ujar Mahmood.

"Okey pa,no problem !" Erin senyum riang.

Setelah selesai memenuhi hasrat perutnya itu,Erin masuk ke dapur lalu membasuh pinggannya sendiri.Memang sudah menjadi tanggungjawab keluarga itu selepas makan hendaklah membasuh pinggan sendiri meskipun orang gaji ada.

"Papa mama Erin masuk bilik dulu eh !" Erin memberitahu mama dan papa dia yang duduk bersantai di depan televisyen.

Mereka berdua hanya membalas dengan senyuman.Erin melangkah naik dan menuju ke biliknya.Erin masuk ke dalam biliknya lalu mengambil telefonnya.

"What ? 10 panggilan tidak dijawab ?!" Terkejut Erin apabila membuka telefonnya.

"Alamak mati lah aku ! Asal mamat ni call aku ?" Merinding bulu roma Erin.

Erin menelefon kembali Rayyan.Bibirnya sudah kering,pucat lesu muka.Debaran yang bermain dalam hatinya.

"Kenapa susah sangat nak angkat call aku !" Seperti panahan kilat,suara Rayyan menembusi gegendang telinga Erin.

"Sa...saya pergi makan lah tadi !" Tergagap Erin menjawab soalan Rayyan.

"Banyak alasan kau ni !" Nada suara Rayyan tinggi dengan mendadak.

"Yang awak nak marah-marah saya ni kenapa ? Awak ingat saya ni hamba awak ? Buat je apa yang awak suruh dan dengar semua cakap awak ?" Kini giliran Erin pula beraksi.

"Pandai menjawab kau !" Geram Rayyan.

"Oh awak ingat awak kaya saya tak boleh nak lawan cakap awak ? Jangan angkuh sangat lah Rayyan !" Kabut amarah dia bergumpal dalam hatinya.

"Oh ! Baiklah esok aku nak jumpa kau sebelum masuk sekolah ! Aku nak tengok kau lepas amarah kau tu depan muka aku dan bukan dalam telefon !" Rayyan meletak panggilan selepas meninggalkan pesan kepada Erin.

"Hello ? Hello ?" Panggil Erin.

"Alamak kenapa kau bodoh sangat Erin ! Yang kau pergi marah dia apahal !" Erin menekup mukanya.

"Macam mana lah aku nak hadap dia esok ? Hrmmm !" Keluh Erin.

Erin menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Aqilah.Baru sahaja masuk dah dapat kerja sekolah.Memang perit kehidupan budak SPM ni.

Setelah selesai menyiapkan kerja sekolahnya,Erin merenung di luar jendela.Kata-kata Rayyan masih terngiang-ngiang dalam ingatannya.

Bintang-bintang di langit ditenung lama.Kilauan bintang menarik perhatian Erin.

"Aku tahu kau kuat Erin !" Erin memberi semangat kepada dirinya sendiri.

Dia kembali ke katilnya selepas habis melihat harapan dia.Dia perlahan-lahan menjatuhkan kepalanya di atas bantal yang empuk.

Erin kemudiannya menarik selimut naik sampai ke paras dada dia.Dia mencuba untuk menghilangkan suara Rayyan dikepalanya dengan melelapkan matanya.

Keesokan harinya,Erin bangun lebih awal daripada semalam.Dia bersiap-siap memakai baju sekolahnya.

"Hello ma !" Riang suara Erin.

"Hello,nasib baik awal kamu bangun ! Jom sarapan,sempat lagi ni !" Balas Puan Maria seraya meletakkan kuih-muih di atas meja makan.

Erin mengukir senyuman manis kepada mamanya.Erin mendekati seraya melabuhkan punggungnya.

"Kamu nak makan apa ?" Tanya Puan Maria.

"Erin nak makan ni je lah,kalau makan banyak nanti sakit perut !" Erin mengambil sekeping roti yang sudah disaluti jem anggur.

"Suka hati kamu lah Erin.Mama dah suruh Pak Mail tunggu Erin kat depan !" Ujar Puan Maria.

"Okey mama !" Erin memasukkan roti itu ke dalam mulutnya.

Selepas menghabiskan roti ditangan,Erin segera minum susu yang dibuat khas oleh mamanya.

"Mama,Erin pergi dulu eh !" Erin mengucup tangan mamanya.

"Belajar elok-elok sayang !" Kepala Erin dicium lalu dipeluk.

"Okey mama !" Jawab Erin.

Erin berganjak pergi dari rumah itu.Dia melihat Pak Mail yang sudah berdiri disamping kereta mewah keluarga itu.

"Assalamualaikum Pak Mail !" Tegur Erin.

"Waalaikumussalam !" Pak Mail menjawab salam dari Erin.

"Jom Pak Mail !" Ajak Erin seraya membuka pintu belakang keretanya.

"Baiklah Cik Erin !" Pak Mail menunduk sedikit tanda hormat akan majikan dia.

"Ala Pak Mail ni,tak payah nak bercik-cik lah ! Panggil Erin je !" Kata Erin.

Pak Mail senyum melihat Erin yang sentiasa merendah diri dan hormat orang tua.Meskipun dia dari keluarga yang kaya,dia tidak angkuh dan sombong.

_________________________________
Di Sekolah.

Erin berjalan menuju ke kelasnya.Dalam perjalanan dia terserempak dengan Faiq,kawan sekelasnya.

"How was your day yesterday ?" Tanya Faiq.

"Good !" Jawab Erin mendatar.

"Boleh saya tanya something tak ?" Erin mendongakkan kepalanya untuk melihat Faiq.

Ketinggian Erin dengan Faiq memang nampak bezanya.Jika mereka berjalan bersama akan terlihat pada bahu Faiq sahaja.

"Apa dia ?" Soal Faiq.

"Awak dengan Rayyan dah lama ke kawan ?" Soalan itu membuatkan Faiq terhenti daripada melangkah.

"Kenapa awak berhenti ?" Erin menoleh ke belakang kerana dia sedikit kedepan daripada Faiq.

"Hah ? Tak ada apa-apa !" Faiq mengelak.

"Dah sampai pun,jom masuk !" Erin melangkah masuk ke dalam kelasnya bersama Faiq.

Baru sahaja satu langkah masuk,kakinya kaku.Seseorang yang tinggi lampai berdiri tepat di depan Erin.

"Alamak !" Bisik hati Erin.

Bulu romanya sudah merinding.Dada berombak kencang bila melihat wajah empunya diri itu.

"Happy nampak ?" Rayyan menjungkit keningnya.

Erin hanya mampu tersengih macam kerang busuk di depan Rayyan dan Faiq.
Rayyan mengangkat dagu.Mukanya mencuka sahaja.

"Kau asal ?" Celah Faiq.

"Ni masalah aku dengan dia ! Kau tak payah masuk campur !" Amaran tegas diberi kepada Faiq.

"Takkan budak ni pun kau nak main !" Senyuman sinis wujud pada wajah Faiq.

Erin sudah bingung dengan apa yang mereka katakan.Erin menggaru kepalanga yang tidak gatal.

"Kau cakap biar ada adab !" Melenting Rayyan selepas mendengar kata-kata Faiq.

"Korang ni dah kenapa ?" Celah Erin yang sudah tidak tahan melihat mereka berdua bergaduh.

"Kau diam !" Serentak suara dua kaum adam itu.

Membulat mata Erin.Banyak persoalan yang muncul dalam benaknya ketika itu.Apa salah dia ? Apa masalah diorang ?

Erin tidak memperdulikan mereka berdua.Dia meninggalkan jelingan maut kepada dua orang lelaki itu sebelum berganjak pergi ke mejanya.Faiq dan Rayyan masih bertentangan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience