BAB 16

Romance Completed 3834

“Saya rasa saya jatuh cinta dengan awak sekali lagi, Saiful Nizam !”

Kan baru saja aku bilang

Ku mahu seru kau sayang

Hikayat kau aku

Tanpa dia dan bayang-bayang

Diteraju kau aku sutradara yang Maha Esa

Tetap kau aku

lintas bandar rentas desa

“Laparnya. Pelanggan ramai pula.”Nia Ramadhani melihat pekerjanya, Isma terkejar-kejar melayan karenah pelanggan. Dia hanya menyiapkan pesanan dan berada di kaunter untuk menerima bayaran.

“Hello?” Iphonenya yang berbunyi diangkat. Saiful Nizam !

“Saya dekat kedai lagi ni.Banyak customer pula.”Nia Ramadhani mendengar pesanan yang diucapkan Saiful Nizam.Rupanya lelaki itu ambil berat juga pasalnya.

“Ok.Saya jaga diri.Thanks.”Nia Ramadhani tersenyum dengan karenah Saiful Nizam.Macam-macam.

Sejam kemudian, kedai kek Nia Ramadhani ditutup. Isma sudah bergerak balik memandangkan jam sudah menunjukkan 10 : 30 malam. Kerja lebih masa disebabkan pelanggan ramai. Alhamdulillah rezeki Allah.

“Aku rasa nak makan maggi cup pula. Singgah seven eleven kejaplah.”Dia memarkirkan keretanya di depan kedai itu.

Pintu kereta ditutup.Berpaling ke belakang dia terlanggar seseorang.Lelaki!

“Arghhh…sorry!” Nia Ramadhani mendongak ingin memandang wajah lelaki yang baru dilanggarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience