BAB 1

Romance Completed 3834

Saiful Nizam terkedu. Matanya tak berkelip memandang wajah gadis yang berada di hadapannya. Gadis itu! Wajahnya yang begitu selamba memakai cermin mata hitam.Tidak langsung memandang wajahnya yang dikatakan kacak itu. Saiful Nizam menelan air liur menahan rasa gugup.

Comel wajah putih melepak gadis itu. Anggun juga dengan dress evening warna kuning cairnya. Ayu dengan make-up yang simple. Cantik!!! Itu sahaja yang boleh Saiful Nizam ucapkan. Alamak!Dah jatuh cinta ke apa Saiful Nizam ni?

Dia berdehem seketika.Cuba menstabilkan suaranya.Okey…Saiful Nizam.Ini masanya kau tackle gadis ini.Nampak macam boleh makan je!

“Hai! Saya…” Saiful Nizam terpinga-pinga apabila gadis itu melepasi dia tanpa sempat dihabiskan percakapannya. Apa ini? Tapi sebelum itu, tinggi juga minah ni weh!

Dia berpaling melihat langkah gadis itu menuju ke arah pintu restoran mewah itu. Ewah, dalam restoran pun kau sempat nak mengurat Saiful Nizam ! Ala…ada aku kisah? Yang penting aku dapat jodoh aku.

Saiful Nizam hampir berlari menuju ke luar restoran. Tiba di luar, dia tidak melihat kelibat gadis itu lagi. Mana dia pergi? Aduhai, melepas!

Bermula ku temu gadis berkaca mata

Comel anggun ayu cantik paras rupa jelita

Tinggi lima tiga laksana primadona

Terigau mimpi sini juga khayal nyata sana

“Nia, kau tengok lelaki itu. Kacaknya.Tergoda weh!”Nia Ramadhani memandang ke arah lelaki yang ditunjukkan Fieza.Macam pernah nampak.Dia mengerutkan dahi.

Kerusi di hadapannya ditarik.Chyntia meletakkan handbagnya di sebelahnya. Tudungnya sudah kelihatan senget benget.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience