BAB 12

Romance Completed 3834

“Sebab kita bukan couple.”

Nia Ramadhani berlalu pergi meninggalkan Saiful Nizam keseorangan di situ.Lelaki itu menarik nafas panjang kemudian tersenyum lebar. Gadis itu perangainya macam-macamlah.

dan apa pula kau

mahu jelas satu-satu

leraikan yang terbuku

dan segala di dadamu

Hujung minggu, Nia Ramadhani bersama-sama dengan Chyntia dan Fieza membeli- belah di Times Square. Gelak ketawa mereka bertiga memang meriuhkan suasana.

“Untunglah kau. Ziyan bagi cincin couple tu. Korang bercouple ke apa?” Fieza membelek cincin yang berada di jari manis Nia Ramadhani. Mereka ketika itu singgah di Baskin Robbins menghilangkan lelah bershopping sakan tadi.

“Fieza …si Nia ni lagi untung dapat kena cempung dengan Ziyan. Dalam hujan lagi.Romantik siot!” Chyntia dah mula nak menyakat.

Nia Ramadhani dah tak tahu nak buat apa dengan karenah rakan-rakannya tu. Layan sajalah. Ais krim coklat dihadapan disantap dengan selera.

“Lagi untung dapat kahwin dengan Ziyan. Wahh…jeles aku weh! Ciri-ciri lelaki idaman aku ada kat Ziyan pula. Hidung mancung tu. Aset berharga tau.” Fieza dah mula merapu.

Langsung ketiga-tiga mereka ketawa.

Sampai satu ketika, Nia Ramadhani perasan akan kehadiran Saiful Nizam di suatu sudut. Dengan seorang perempuan. Duduk rapat-rapat pula tu!

Muka Nia Ramadhani mula memerah. Hatinya rasa macam mengelegak. Ah…playboy memang tak serik-serik. Bencinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience