BAB 8

Romance Completed 3834

Sambil itu, dia tidak lagi terkena hujan. Cuma tempias hujan.Dia mendongak ke atas.Ada orang sedang memayungnya.Siapa?

“Hello brother! Nak berdrama pun janganlah di atas jalan. Jalan ini orang nak gunalah. Hujan lagi ni.” Pemandu kenderaan di hadapan Nia Ramadhani mengeluarkan kepalanya dari tingkap.

“Sorry bro! Girl aku tersadung. Sorry sesangat.” Nia Ramadhani kenal suara itu. Saiful Nizam ! Dia buat apa kat sini? Dah 3 hari tak nampak dia datang kedai.

“Awak boleh bangun tak?” Saiful Nizam mencangkung di sebelahnya.Tersenyum walaupun keadaan masih lagi mencemaskan.

Nia Ramadhani mengelengkan kepala. Kaki sakit. Macam mana nak bangun.

“Izinkan saya angkat awak.Nah, pegang payung ini.” Tanpa ragu-ragu Nia Ramadhani mengambil payung dari tangan lelaki itu. Entah kenapa dia seakan-akan jadi penurut.

Tanpa membuang masa Saiful Nizam mencempung badan gadis itu.Kelihatan wajah gadis itu terkejut.Dia menahan ketawa dalam hati.Saiful Nizam bukannya berniat nak mengambil kesempatan terhadap gadis itu.

“Maaf sekali lagi bro!” Saiful Nizam menyapa pemandu tadi kerana menyusahkan.

“Okey! Kahwin cepat-cepat. Nanti melepas.Hahaha.” Lelaki itu pun berlalu dengan keretanya. Hujan masih lagi menimpa bumi cuma tidak selebat tadi.

Saiful Nizam hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.Matanya memandang wajah Nia Ramadhani yang memerah.Walau hanya dengan simbahan cahaya lampu jalan, masih nampak wajah gadis itu memerah dan tetap…cantik! Terpukau Saiful Nizam.

Nia Ramadhani ingin menangis rasanya. Malu tak terkata. Berpayung dalam hujan dengan lelaki mencempung badannya. Romantik ke? Oh tidak!!!

“Cepat turunkan saya! Saya nak balik! Ambil kesempatan betul!”Perlahan suara gadis itu.Wajah Saiful Nizam langsung tidak dipandang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience