BAB 6

Romance Completed 3834

“Awak kira tempoh hari sejak pertama kali kita jumpa sehingga sekarang. Wahh… maknanya awak sentiasa ingat sayalah ini?” Riak muka Saiful Nizam kelihatan nakal.

“Tak ada maknanya. Saya kira pun sebab nak tahu berapa lama playboy macam awak ni sanggup kejar saya. Itu saja.”Nia Ramadhani mula gelabah.

“Okey, saya percaya awak.Tapi awak kena tahu yang…” Ziyan Rafiq mendekatkan wajahnya dengan wajah Nia Ramadhani.

“Yang saya sanggup kejar awak sampai hujung nyawa saya. Ingat tu!”Bisik lelaki itu.Perlakuan Saiful Nizam membuatkan mata Nia Ramadhani membuntang kerana terkejut lantas menjauhkan wajahnya daripada lelaki itu.

Nia Ramadhani menelan air liur. Saiful Nizam hanya ketawa terbahak-bahak.

“Sukalah tu sakat saya?” Wajah gadis itu kelihatan merah.Malu.

“Okey…lupakan tentang tu.Perjanjian kita? Deal? Saya Saiful Nizam.” Lelaki itu menghulur tangan kanannya.

Nia Ramadhani mencatat sesuatu di dalam diarinya.

“Perjanjian kita dimulai pada Selasa, bertarikh 29 Januari 2013, jam 4:45 petang dan tamat pada Isnin, bertarikh 15 April 2013, jam 4:45 petang. Saya Nia Ramadhani. Our agreement is deal.” Tangan lelaki itu disambut.

“Eh…15 April itu birthday sayalah. Kebetulan pula.” Saiful Nizam ketawa.

“Huh! Kebetulan lah sangat.”

Nia Ramadhani memandang wajah Saiful Nizam dengan perasaan menyampah, manakala Saiful Nizam hanya tersenyum lebar.

“Awak tunggu saja Nia Ramadhani.Saya akan buat awak jatuh cinta dengan saya.”

Salam perkenalan yang disulami dua hasrat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience