BAB 7

Romance Completed 3834

Moga-moga kita kekal hingga ke akhirat

Seharusnya kita kekal hingga ke akhirat

“Alamak! Macam mana aku nak balik? Hujan lebatnya.”Nia Ramadhani memandang langit yang kelam. Dia pantas mengelak apabila tempias hujan membasahkan bajunya.

“Menyesal pula tak bawa kereta hari ini. Payung pula tak ada.” Nia Ramadhani memeluk dirinya yang kesejukan.Nak telefon Chyntia dan Fieza, bateri iPhonenya dah lemah.

Kebiasaanya kedai kek Nia de Cakes tamat operasi pada pukul 8 malam. Disebabkan ramai pelanggan, terpaksalah dia melanjutkan sampai pukul 10 malam.Isma, pekerjanya sudah balik sebelum Isyak tadi.

“Redah je lah. Nasib baiklah stesen LRT tak jauh sangat.”Mahu tak mahu Nia Ramadhani melangkah cepat meredah hujan yang mula membasahkan dirinya.

Tiba-tiba kakinya tersadung sesuatu.Kedebukk….

“Adoi…sakit lah.Siapa yang buang tin minuman merata-rata ni.Tak ada kesedaran sivik langsung.” Nia Ramadhani mengambil tin minuman tadi dan membalingnya tanpa arah yang dia ketahui.

“Sudahlah hujan, tersadung pula.Habis basah baju aku.” Dia cuba bangun dari jatuhnya tapi kaki kirinya terasa amat sakit.Terseliuh nampaknya.

Cahaya lampu sebuah kenderaan datang dari hadapannya. Nia Ramadhani terpaku.Oh tidak…aku tak nak mati! Barulah dia sedar yang dia duduk di tengah jalan.

Dalam kehujanan, Nia Ramadhani menjerit.Lantas dia menutup matanya.

Bunyi seretan tayar kereta jelas kedengaran di telinga Nia Ramadhani.Tapi tiada apa-apa yang berlaku.

“Aku tak kena langgar ke?”Nia Ramadhani membuka matanya perlahan-lahan kerana menahan silau cahaya lampu di hadapannya.Mengigil-gigil badannya menahan ketakutan dan kesejukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience