BAB 20

Romance Completed 3834

Saiful Nizam menerima text dari Nia Ramadhani supaya menemuinya pada petang itu di restoran mewah tempat pertama kali mereka bertemu. Dia pergi kerana semata-mata ingin melihat wajah gadis itu buat kali terakhir.

Namun kejutan buatnya kerana hanya mereka berdua di dalam restoran itu. Tiada orang lain. Apa tujuan gadis itu?

Nia Ramadhani menyisip minuman di hadapannya.

“Empat minit lagi.” Sambung Nia Ramadhani.

“Awak cakap apa yang awak nak! Saya nak cepat, ada urusan tak selesai lagi ini.” Saiful Nizam menyandarkan tubuhnya pada kerusi.

Nia Ramadhani mengeluarkan kedua-dua cincin couple mereka dari kotak kecil. Dia meletakkan di hadapan lelaki itu.

“Awak agak apa yang saya akan lakukan kepada cincin ini? Boleh tak awak teka?” Tanya Nia Ramadhani. Lelaki itu terkejut.

“Lebih kurang tiga minit lagi.” Iphone Nia Ramadhani yang mengira masa perjanjian mereka yang tinggal. Saiful Nizam berdebar.

“Cincin-cincin ini kenapa tak buang?” Saiful Nizam menatap gadis itu.

“Saya nak tunggu saat-saat tempoh perjanjian kita tamat.”Ucap Nia Ramadhani tanpa ragu-ragu.

“Oh...awak nak buat saya malu ke? Cincin ini nanti awak nak buang depan mata saya. Macam itu?”Terjah lelaki itu.

“Dua minit lagi.”Selamba saja gadis itu.

“Jangan seksa saya boleh? Saya tahu saya tak boleh dapatkan cinta awak. Please, jangan buat saya lebih malu macam ini.” Nada suara Saiful Nizam berubah perlahan.

Nia Ramadhani rasa sebak.Oh…jujur dia memang tak nak tengok lelaki itu kecewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience