BAB 21

Romance Completed 3834

“Seminit lagi.”

“Okey, saya pasrah.”Saiful Nizam menunduk memandang cincin couple itu di hadapannya. Dia tahu gadis itu tak akan menerimanya.

“Awak masih cintakan saya lagi?” Tiba-tiba Nia Ramadhani menanya.Lelaki itu memandang wajahnya.

“Cinta infiniti untuk awak.”Mata Saiful Nizam berair.

“Lima…empat…tiga…dua…”Nia Ramadhani mengira. Saiful Nizam menelan air liur.

“Okey…perjanjian kita dah tamat.” Saiful Nizam menunduk.

“Awak! Pandang saya boleh?”Nia Ramadhani memanggil lelaki itu.

Saiful Nizam terpaksa memandang gadis itu.Sungguh dia malu.Namun, dia terpana apabila melihat perlakuan gadis itu.

Nia Ramadhani menyarungkan cincin couple yang berada di atas meja di jari manisnya.Dia tersenyum.

“I love you! Infinity love.”

Mata Saiful Nizam tak berkelip.Apa yang baru dia dengar tadi?

Nia Ramadhani meletakkan cincin couple lagi satu di hadapan lelaki itu.

“Cincin ini awak pakai sendiri eh?”

“Awak terima cinta saya?”Dalam pada itu, tangan Saiful Nizam tetap juga menyarungkan cincin tersebut di jarinya.

“Ye lah! Awak dah buat saya jatuh cinta dengan awak? Saya terimalah awak.”

“Macam mana?”Tergagap-gagap lelaki itu.

“Dalam tempoh perjanjian itu, awak berjaya buktikan awak bukan playboy lagi dan juga membuatkan saya jatuh cinta dengan awak.”

“Jadi saya berjayalah? Saya memang dapat memenangi hati awak? Kenapa awak tak cakap semalam? Kenapa buat saya terseksa?”

“Sebab saya nak prank awak Saiful Nizam ! Happy Birthday!!!”Nia Ramadhani menjerit keriangan.

Saiful Nizam tak tahu nak cakap apa apabila melihat keluarganya membawa kek hari jadi di hadapannya. Kawan-kawan dia dan Nia Ramadhani ada juga.

“Awak…sampai hati awak.Buat saya terkejut macam ni.”Saiful Nizam menjeling manja Nia Ramadhani.

“Awak! Saya nak awak cepat-cepat kahwin dengan saya. Saya tak nak couple tau!” Tanpa malu Nia Ramadhani mengatakannya membuatkan muka Ziyan Raziq memerah.

Keluarga Saiful Nizam, Chyntia, Fieza, Afiq dan Fikri yang berada di situ hanya ketawa.

Apa pula muka Saiful Nizam yang merah kerana malu? Sepatutnya Nia Ramadhani yang malu. Entah apa-apa!

Satu satu aku mahu kamu

Dua dua hanya kita berdua

Tiga tiga bersama-sama selamanya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience