BAB 3

Romance Completed 3834

Chyntia berpaling belakang. Nia Ramadhani melihat Afiq dan Fikri mengangkat tangan menyapa. Lelaki yang ditunjukkan Fieza tadi hanya memandang.

“Afiq dan Fikri jumpa rakan kongsi diorang. CEO syarikat besar tau! Aku kenal dia tapi lupa pula namanya.” Chyntia menyimpan iPhonenya dalam handbag.

“Kenapa kau boleh lupa? Jomlah pergi kat meja diorang. Aku nak jumpalah.” Wajah Fieza kelihatan teruja. Nia Ramadhani hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Fieza.

“Kau hati-hati sikit Fieza.Lelaki itu playboy tau.Satu KL tahu dia ada perempuan keliling pinggang.”Ujar Chyntia.

“Ye ke? Tengok muka pun dah tahu.”Nia Ramadhani tersenyum sinis.Baru dia ingat yang dia terjumpa lelaki itu di sebuah restoran mewah dua minggu lepas.Dia ketika itu baru selesai membuat penghantaran kek yang dipesan oleh salah seorang pelanggan tetap kedai keknya.

Lelaki itu macam terpesona memandang dia masa tu.Tahulah yang Nia Ramadhani ni cantik.Wekk…masuk bakul angkat sendiri pula kau!Apapun,tengok pada gaya lelaki itu masa tu, lelaki itu macam nak masuk line tackle dia.Tapi sorrylah, dia tak suka lelaki yang pantang tengok gadis berdahi licin, pasti nak mengurat.

“Tak kisahlah.Playboy boleh berubah apa!” Tegas nada Fieza.

“Nak kenal ke? Diorang aku rasa dah habis perbincangan tu.Aku panggil eh? ” Chyntia berpaling.

“Hey…jangan !” Nia Ramadhani terlambat. Chyntia sudah pun memanggil mereka. Dia ketap bibir.Sebenarnya Nia Ramadhani rasa lain macam tengok lelaki itu. Rasa berdebar-debar.Cintakah ini? Tak! Ini mesti mainan perasaan je.

“Ok Nia. Buat-buat selamba. Jangan beri muka dekat lelaki sangat lebih-lebih lagi lelaki playboy macam tu.”

Mereka bertiga mendekati meja Nia Ramadhani,Chyntia dan Fieza. Dalam pada itu, Saiful Nizam rasa berdebar-debar sama juga dengan Nia Ramadhani. Adakah ini jodoh walaupun belum bertentangan mata?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience