Bab 4

Romance Series 10218

Panggilan yang dibuat Hajah Kamariah terputus, berkali-kali dia cuba mendail kembali tetapi tidak dapat.

"Allahuakbar, kenapa ni? Hati ni makin tak sedap, macam ada sesuatu yang buruk berlaku".

Demi mengusir gundah dihati, Puan Kamariah ke dapur untuk menghidangkan masakan kegemaran anak menantunya sempena menyambut kepulangan mereka berdua. Setelah hampir sejam menunggu, kelibat anak dan menantunya masih belum kelihatan.

"Kenapa lambat pulak si Aisya dan Naufal ni, selalunya waktu macam ni dah sampai..". Rungut Hajah Kamariah.

"Mungkin singgah pekan lah tu Yah..". Jawab Haji Zulkifli.

"Kringg..kringg..". Telefon rumah berbunyi.

"Ha tu mesti Aisya yang call". Ujar Haji Zulkifli lagi, Hajah Kamariah berlari anak mendapatkan telefon.

"Hello..". Hajah Kamariah menyapa si pemanggil.

"Waalaikumsalam".

"Ye saya, saya ibu kepada Hawa Nur Aisya binti Zulkifli.."

"Ape?!! Maksud Encik?? Allah anak aku.. Allahuakbar, Aisyaaa...!". Hajah Kamariah jatuh terduduk dilantai.

"Yah.. Kenapa ni?? Yah...". Haji Zulkifli berlari ke arah isterinya, dia mencapai gagang telefon ditangan isterinya.

"Hello.., Allah! Ye baik, baiklah.. Terima kasih Encik". Gagang diletak.

"Abangg.., anak kita bang. Aisyaaa.., lindungi anak aku Ya Allah..". Hajah Kamariah menangis kuat.

"Yahh.. Yah bertenang, ingat Tuhan Yah. Istighfar Yah istighfar.. Doakan mereka berdua selamat, inshaAllah". Haji Zulkifli cuba menenangkan isterinya.

"Jom, kita ke hospital.. Mereka dah dihantar ke sana". Ajak Haji Zulkifli bila lihat isteri sudah sedikit tenang, dia memapah isterinya untuk bangun. Kenapa anggota polis tadi hanya bercakap tentang Aisya, nama Naufal langsung tidak disebut. Ya Allah, semoga anak aku baik-baik saja.

Dengan tergesa-gesa Haji Zulkifli dan Hajah Kamariah berpimpingan tangan menuju kearah emergency room. Dalam hati mereka tanpa henti mendoakan akan keselamatan anak dan menantu.

"Cik, anak saya Hawa Nur Aisya kat mana ye sekarang? Baru sekejap tadi dia dibawa ke sini". Tanya Haji Zulkifli.

"Anak pakcik dan makcik sekarang berada di redzone, sedang dirawat".

"Allah.. Boleh kami masuk ke dalam?". Tanya Hajah Kamariah pula.

"Boleh makcik, tapi sorang je..".

"Hmm, abang ke Yah masuk dulu?" Tanya Hajah Kamariah dengan linangan airmata.

"Abang masuk dulu ye, Yah duduk dulu. Tenangkan hati".
"Emm, baiklah". Hajah Kamariah mengangguk lemah, sebenarnya dia sendiri tidak berdaya untuk melangkah ke zon kritikal itu.

Haji Zulkifli melangkah masuk, dari kejauhan dia sudah nampak akan anak perempuannya sedang terbaring dikatil. Dia berjalan perlahan-lahan ke katil, Aisya anaknya itu sedang dirawat.

"Allahh.. Anak aku Ya Allah". Haji Zulkifli berkata perlahan, lemah lututnya bila terlihat akan keadaan Aisya saat itu. Berbalut dan luka sana sini, darah juga amat banyak dibahagian kepala dan muka. Jatuh airmatanya, saat memandang lama wajah Aisya yang tidak sedarkan diri itu.

"Pakcik ni bapa kepada pesakit ke?". Tanya seorang Doktor perempuan yang merawat Aisya.

"Ye saya, saya ayahnya". Jawab Haji Zulkifli dengan perasaan sebak.

"Sape ada kat luar? Saya nak bagitahu tentang keadaan pesakit".

"Isteri saya ada diluar, sekejap saya panggil". Haji Zulkifli berjalan ke pintu keluar.

"Yah..yah jom masuk". Dia menepuk bahu si isteri yang sedang mengelamun. Sambil memeluk bahu isterinya, mereka berdua berjalan masuk ke zon kritikal.

Airmata Hajah Kamariah mengalir laju saat lihat keadaan anak kesayangannya itu, sungguh hatinya pilu teramat mhu saja dia meraung disitu.

"Pakcik..makcik, banyakkan bersabar..tenangkan diri dulu ye". Kata Doktor perempuan itu dan dibalas anggukan lemah dari mereka berdua.

"Okey, keadaan anak pakcik dan makcik sekarang alhamdulillah tiada sebarang patah dan organ dalam juga tiada yang mengalami sebarang kecederaan. Tetapi, kecederaan dikepalanya agak teruk dan ini yang membuatkan otaknya juga mengalami kecederaan. Anak pakcik dan makcik sekarang berada dalam keadaan kritikal dan pesakit juga telah kehilangan darah yang banyak. Jadi saya Doktor Nurul yang akan melakukan pembedahan untuk membuang darah-darah beku dikepala anak pakcik makcik, pembedahan ini ada risikonya dan sebarang kemungkinan boleh berlaku. Sekarang kami sedang menyediakan surat untuk family pesakit sign bagi persetujuan melakukan pembedahan". Terang Doktor Nurul dengan panjang dan padat.

"Terima kasih Doktor, tolong selamatkan anak saya Doktor..". Ujar Hajah Kamariah dengan tangisan hiba.

"Banyakkan berdoa makcik, agar pembedahan nanti berjalan dengan lancar. InshaAllah, kami akan buat yang terbaik".

Hajah Kamariah berjalan perlahan-lahan ke sisi katil Aisya, ditatapnya wajah anak kesayangannya itu. Digenggam erat tangan Aisya, airmatanya mengalir laju hatinya begitu pilu melihat keadaan anaknya. Haji Zulkifli mengosok belakang badan isterinya, memberi sokongan untuk kuat hadapi dugaan ini. Hatinya sendiri sedang menangis meraung tetapi dia tidak boleh lemah dihadapan isterinya dia harus kuat.

"Yah.., abang tunggu kat luar ye.. Abang nak call Haikal". Haji Zulkifli mahu membuat panggilan kepada anak lelakinya yang sedang belajar di bumi Mesir.Hajah Kamariah mengangguk, mujurlah anak lelakinya Haikal bakal cuti semester dua hari lagi.

Hajah Kamariah mendekatkan mulutnya ke telinga Aisya. "Assalamualaikum anak ibu, Aisya kuat ya sayang jangan mengalah".

Dengan esakan dan suara yang hiba, Hajah Kamariah membisikkan dua kalimah syahadah ditelinga Aisya.

"Hello, assalamualaikum ayah..". Sapa Haikal sebaik mengangkat panggilan dari ayahnya.

"Waalaikumusalam.. Haikal exam dah habis kan?".

"Ye, dah yah. Harini last paper. Kenapa ni ayah? Lain macam je".

"Hmm, adik kamu Aisya..kemalangan". Beritahu Haji Zulkifli dengan menahan sebak.

"Allahuakhbar.. Kemalangan?? Adik macam mana yah?? Dia okey tak??". Tanya Haikal dengan nada cemas.

"Em adik kamu okey, Haikal jangan risau. Haikal doakan adik ye..". Haji Zulkifli tidak sampai hati untuk memberitahu keadaan Aisya yang sebenar.

Adam Haikal merupakan seorang abang yang penyayang, bila Aisya demam saja dia sudah mengelabah risaukan si adik. Jadi Haji Zulkifli sebaiknya tidak mahu membuat Haikal risau, lagi-lagi bila anaknya itu berada jauh nun dibumi Mesir.

"Ayah dan ibu dekat hospital ke? Haikal nak cakap dengan adik yah..".

"Ye, ayah dan ibu baru setengah jam sampai. Adik kamu masih dalam emergency room, sedang dirawat". Sebak hati Haji Zulkifli.

"Ayah.. Betul ke adik okey??". Tanya Haikal lagi.

"Okey, adik okey.. Nanti ayah call Haikal lagi.. Haikal jangan berhenti doakan adik ye". Haji Zukifli memegang dada, menahan sebak yang bersarang didada.

"Baiklah ayah, ada ape-ape call Haikal ye yah..". Haikal bagai dapat mengagak bahawa keadaan adiknya Aisya tidak seperti yang diperkata ayahnya.

"Yela.. Assalamualaikum". Haji Zulkifli memutuskan panggilan, airmatanya menitik laju mengenangkan anak perempuan yang sedang kritikal dan anak lelaki di kejauhan yang mungkin tidak akan sempat bertemu si adik.

Haji Zulkifli mendail pula nombor menantunya Naufal, apa yang menganggu fikirannya sekarang ialah kenapa Aisya berseorangan. Kebiasaannya walaupun sibuk Naufal tetap tidak akan mengizinkan Aisya memandu sendirian untuk pulang ke kampung.

Beberapa panggilan yang dibuat Haji Zulkifli, tidak dijawab oleh menantunya Naufal. Dia buat keputusan untuk mendail pula nombor Tan Sri Mukhriz, iaitu besannya ahli perniagaan yang berjaya yang tidak pernah memandang rendah akan diri dia yang hanya guru kampung.

"Assalamualaikum Zul..". Sapa Tan Sri Mukhriz sebaik menjawab panggilan.

"Waalaikumusalam Riz, kau sibuk ke? Maaflah menganggu, aku nak tanya pasal Naufal..dah beberapa kali aku call tapi tak berjawab pulak".

"Hmm.. Aku malu dengan kau Zul, dengan apa yang anak aku telah buat dekat Aisya.. Sungguh memalukan. Aku mohon maaf atas kesilapan anak aku Zul..".

"Ehh apa maksud kau ni Riz? Aku kurang faham.. Apa yang Naufal dah buat dekat anak aku??". Haji Zulkifli kebingunan.

"Aisya belum bagitahu kau dengan Kamariah ke??". Tanya Tan Sri Mukhriz pula, dia menyangka Zul menghubunginya untuk memarahi berkenaan perbuatan Naufal kepada Aisya.

"Bagitahu apa Riz?? Berkenaan apa??".

"Naufal dah ceraikan Aisya..".

"Apa???! Astaghfirullah... Kenapa sampai bercerai??!". Haji Zulkifli agak terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh yan Sri Mukhriz.

"Maafkan aku Zul, aku bersalah dalam mendidik anak..".

"Riz.., anak aku Aisya terlibat dalam kemalangan dan sekarang sedang kritikal..". Airmata Haji Zulkifli jatuh lagi, sungguh berat ujian Maha Pencipta kepada anaknya.

"Allah... Kat mana Zul?? Hospital mana?? Aku datang sekarang".

Selepas panggilan ditamatkan, Haji Zulkifli masih menangis dikerusi ruang menunggu. Sungguh kesian dengan anaknya, rupanya anaknya Aisya menanggung derita seorang diri. Sanggup Naufal buat anak kesayangannya sebegitu, sedangkan dulu Naufal sendiri pernah berjanji bahawa dia takkan sesekali sakiti hati Aisya malahan dia pernah cakap yang akan mencintai Aisya hingga hujung nafasnya. Begitulah janji manusia, janji yang tiada harga.

"Abangg..". Panggil Hajah Kamariah dari pintu emergency room.

"Ya..". Haji Zulkifli menyapu airmata dipipi dan berjalan ke arah isterinya. Bagaimanalah reaksi isterinya nanti, bila mengetahui tentang semua penderitaan Aisya.

"Abang, jom.. Abang kena sign surat kebenaran untuk operation".

"Pakcik makcik, ini surat yang pakcik perlu sign ya. Lagi setengah jam patient akan dibawa ke operation room. Dan pakcik makcik, operation ini risikonya agak tinggi. Jadi tolong bersedia untuk sebarang kemungkinan ya..". Terang Doktor Nurul.

"Ya baiklah Doktor..". Jawab Haji Zulkifli, airmatanya mengalir lagi.

Bersama linangan airmata Haji Zulkifli dan Hajah Kamariah menghantar anaknya Aisya ke operation room. Dihadapan pintu operation room, Hajah Kamariah meminta izin dengan doktor untuk mengucup anaknya.

"Aisya sayang, Aisya kuat ya. Jangan mengalah, ibu ayah tunggu Aisya..". Hajah Kamariah bisik ditelinga Aisya dan mengucup lama dahi anaknya.

Sebaik pintu automatik itu tertutup, Hajah Kamariah jatuh ke lantai dan meraung memanggil-manggil akan anaknya Aisya.

"Yah, sabar Yah. InshaAllah anak kita selamat..". Haji Zulkifli memeluk erat tubuh si isteri, memberi sisa kekuatannya kepada isteri tercinta.

"Anak kita bang... Saya tak boleh kehilangan Aisya bang, dia kekuatan saya..". Hajah Kamariah menangis hiba.

"Ya abang tahu.. Minta dengan Allah Yah, agar anak kita selamat". Airmatanya mengalir lagi.

"Jom, kita ke surau. Hanya Allah dapat bantu kita Yah". Haji Zulkifli memapah isterinya ke surau hospital.

Bacaan yassin dalam tangisan amat menghibakan, sudah beberapa kali dibaca. Telekungnya juga sudah basah lencun dengan airmata, saat ini hati dan fikirannya hanya untuk si anak. Makan dan minum sudah tidak dihiraukan lagi, yang dia mahu hanya mendengar khabar gembira dari doktor.

Henfon Hajah Kamariah berdering, lantas dijawabnya panggilan dari si suami. " Kenapa bang?". Tanyanya, risau kalau ada khabar buruk yang bakal disampaikan oleh suami.

"Yah keluar kejap, Mukhriz datang..".

"Oh, baiklah bang. Kejap ya". Baru dia terfikir akan Naufal, kenapa Naufal tiada bersama Aisya saat kemalangan. Adakah Aisya pulang sendirian?

Haji Zulkifli memimpin tangan isteri Hajah Kamariah menuju ke cafe hospital, untuk bertemu Mukhriz iaitu kini bekas besannya.

"Assalamualaikum..". Sapa Tan Sri Mukhriz dan bersalaman dengan Haji Zulkifli, jelas kelihatan kesedihan diwajah bekas besannya itu.

"Waalaikumsalam". Jawab Haji Zulkifli dan Hajah Kamariah serentak.

Selesai order minuman, mereka mula berbicara. "Macam mana keadaan Aisya??". Tanya Tan Sri Mukhriz.

"Hmm, sekarang dalam dewan bedah. Cedera dikepalanya agak teruk, Doktor suruh bersedia untuk sebarang kemungkinan". Ujar Haji Zulkifli dengan sebak.

"Naufal mana Riz? Akak sebenarnya hairan, kenapa Aisya memandu sendiri. Ke betul apa yang bermain difikiran akak sejak akhir-akhir ni??". Hajah Kamariah sedikit emosi, dia dapat mengagak bila disaat anaknya bertarung nyawa bayang Naufal langsung tidak kelihatan.

"Emm, akak.. Sebenarnya mereka berdua sudah berpisah, dah sebulan. Maafkan saya kak, sebab tidak datang bertemu dengan akak dan abang. Saya malu kak, saya malu kerana gagal mendidik Naufal untuk jadi suami yang baik".
"Apa??! Kenapa mereka boleh berpisah..?? Anak akak ada buat salah ke??". Airmata Hajah Kamariah mengalir laju.

"Tak kak, Aisya takde buat salah pun. Anak saya yang salah kak,anak saya yang tinggalkan Aisya". Airmata Tan Sri Mukhriz jatuh juga.

"Kenapa Naufal tinggalkan anak akak Riz? Sebab anak akak tak dapat bagi zuriat ke??". Hajah Kamariah menangis hiba, memeluk lengan si suami memohon kekuatan dan sokongan.

Sudah sebulan anaknya berpisah, dia memang dapat merasakan yang Aisya sedang menghadapi masalah tetapi dia tidak menyangka seteruk ini dugaan yang dihadapi anaknya. Sekarang anaknya sedang bertarung nyawa pula, bertimba-timba ujian untuk anaknya itu. Tetapi dia tahu, dan dia yakin bahawa anaknya seorang yang kuat semangat takkan mudah mengalah.

Tan Sri Mukhriz memandang sayu ke arah kedua bekas besannya yang berpimpingan tangan, berjalan lemah ke ruang menunggu dihadapan dewan bedah. Sudah 5 jam pembedahan dijalankan, jauh disudut hati semua mengharapkan semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi. Panas hati Tan Sri Mukhriz bila memikirkan tentang Naufal, sudah berkali-kali dihubungi tetapi langsung tidak berjawab.

Hampir sejam termenung dikerusi, akhirnya pintu dewan bedah dibuka kelihatan Aisya ditolak keluar. Sungguh pucat wajah Aisya, sayu hatinya mengenangkan perbuatan Naufal terhadap bekas menantunya itu. Di matanya Aisya adalah menantu yang terbaik, dia sendiri tidak faham kenapa isterinya begitu bencikan Aisya.

"Doktor.., macam mana dengan anak kami?". Tanya Hj Zulkifli.

"Pakcik makcik, begini ya. Buat masa sekarang patient akan ditempatkan di I.C.U, pihak kami akan memantau untuk sebarang perubahan dari semasa ke semasa. Hanya itu saya boleh beritahu sekarang, sebaiknya adalah banyakkan berdoa". Terang Doktor Nurul.

"Terima kasih Doktor..". Hjh Kamariah mengenggam kemas tangan Doktor muda itu.

"Yah.., kita balik dulu ya. Pagi-pagi besok kita datang, kita bawak pakaian terus".

"Tapi bang.., takkan saya nak tinggalkan Aisya sorang-sorang..". Mata Hjh Kamariah mula berair.

"Tak, kita tak tinggal. Doktor, Nurse ada jagakan Aisya.. Lepas sarapan kita datang ya, kesian Mukhriz memandu jauh-jauh". Pujuk Hj Zulkifli lagi.

Hjh Kamariah mengangguk lemah, dengan langkah longlai di mengikuti si suami dari belakang. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia menemani Aisya disisi katil. Malahan berdiri sepanjang hari di pintu I.C.U juga dia sanggup, untuk anak kesayangannya yang sedang bertarung nyawa dia sanggup melakukan apa sekalipun. Sungguh berat ujian Allah S.W.T untuknya kali ini, dia bersyukur suaminya setia disisi. Kalaulah tanpa si suami sudah pasti dia jatuh tersungkur dan takkan mampu untuk bangkit lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience