Bab 9

Romance Series 10218

Seminggu telah berlalu, tengahhari sabtu tiba-tiba Naufal terpacak dihadapan rumah. "Assalamualaikum.". Laung Naufal dari luar rumah.

Aku bergegas ke pintu sebaik mendengar salam diberi, "Waalaikumsalammm". Sambil aku buka pintu.

"Hai sayangg...". Sapa Naufal dan mendepakan tangannya minta dipeluk.

Aku tercengang seketika, "Apa kes datang rumah orang buat perangai tak senonoh macamni..??!". Suara aku sedikit keras.

"Alah gurau sikit dah marah..garanglah sayang ni". Naufal muncung.

"Sejak bila pulak orang jadi sayang awak ni pakcik oi..??!".

"Opss, tersasullah.. Sorry ye sayang, eh ehhh salah lagi. Sorry Aisya..". Naufal tersengih seperti kerang busuk.

"Ada je point nak menyakitkan hati orang.. Tah ape-ape je perangai..". Aku mula membebel tidak puas hati.

"Ibu, ayah dan Abang Haikal takde.. So dipersilakan duduk luar ye pakcik..". Aku menutup pintu.

"Hah? Dorang pergi mana?". Soal Naufal.

"Kenduri, petang kang baru balik..". Aku tergelak.

"Hah, abang nak buang air la Aisya.. Buka la pintu.., bukak kunci grill ni..".

"No, no, no... Bilik air belakang ada, pergi sana je".

"Taknak lah abang, kan Aisya tahu abang tak suka bilik air tu.. Serammm".

"Oh yeke, orang taktahu..dan orang taknak ambik tahu. Hahaha". Aku gelak jahat, puas hati dapat kenakan Naufal.

"Aisya.., janganlah macamni...". Pujuk Naufal.

"No, no, no hokeyyy..". Aku menyumbat earphone ke telinga, buka lagu dengan nada kuat dan baring disofa.

Seketika kemudian, "Arghh, sakit..". Aku terjerit terasa sakit dicuping telinga, aku buka mata.

"Kamu ni Aisya, nak kena dengan ibu ya. Sampai hati biarkan Abang Naufal kamu kat luar sampai berjam-jam..". Ibu tarik telingaku lagi.

"Ahhh..sakitlah bu. Ape nya berjam, baru berapa minit".

"Dari pukul 12 tengahari tadi sekarang dah pukul 2 petang Aisya oii.. Bertuah punya anak".

"Yeke???!". Aku menoleh ke jam didinding.

"Hahahaha, tertido rupanya..". Aku gelak besar, ingatkan nak kenakan Naufal lima minit sekali dua jam.

Hj Zulkifli dan Haikal mengeleng kepala dengan perangai kebudak-budakan Aisya.

"Tengok tu bang, anak manja awak. Elok sangat perangai..". Hjh Kamariah mengadu.

"Hahaa, adik..adik.. Nakal ya, kesian Naufal berpanas kat luar..". Hj Zulkifli menggosok kepala Aisya.

"Nakal sikit je yah.. Pakcik dah buang air belum? Ke dah terbuang dalam seluar?? Hahaha". Aku gelak lagi.

"Nyaris je tadi Aisya..., sampai hati awak ye". Naufal buat muka merajuk.

"Orang tak sengaja la, ingat lima minit je..tapi boleh tertido pulak". Aku membela diri.

"Hahaha, makin nakal kau ni dik. Dah pergi solat zohor..". Ujar Haikal.

"Hokay..". Aku bangun ke bilik dengan sisa gelak.

"Bertabahlah bro Naufal.. Hahaha". Haikal menepuk bahu Naufal dan tergelak dengan kenakalan Aisya.

Selesai makan malam, semua di ruang tamu menonton televisyen. "Aisya.., esok adik ikut Naufal ke Kl ya..".Hj Zulkifli memulakan bicara.

"Kenapa? Buat ape kat Kl yah?". Soalku.

"Keje..". Jawab Naufal.

"Hah? Orang taknak lah jadi setiausaha awak pakcik. Yeke dulu tu keje orang? Macam tipu je, orang tak sukalah keje bosannn macamtu lagi-lagi bosnya cenggini". Aku menunding ke arah Naufal.

"Hahaa, kenapa bos kacak macamni pun taknak ke??". Soal Naufal.

"Eeww.. Kachak ke???". Aku mencebik.

"Pernah jadi rebutan para gadis tau...termasuk awak". Jawab Naufal.

"What??!! No no... Nak membohong pon agak-agak arh..".

"Hai tak percaya ke? Ni tanya ibu dan ayah. Betapa hot nya saya dulu sampai awak bertumbuk rebutkan saya".

Aku pandang ke arah ibu dan ayah, dan mereka berdua mengangguk. " Hahh?!! Konpem otak dan mata orang waktu tu tak berapa sihat, yelah zirafah dengan manusia pon boleh tertukar..". Aku menyindir Naufal yang memiliki ketinggian 187cm itu.

"Hahahaha.. Aduh sakit perut abang dik.., kesian Naufal asyik kena dengan kau..". Haikal gelak besar.

Ibu dan ayah juga tergelak sama, Naufal pula tercenggang. "Opss, sorry..". Aku melangkah ke bilik tanpa rasa bersalah.

"Ibu..ayah..Abang Haikal, kami pergi dulu ye..". Ujar Naufal.

Setelah semalaman dipaksa oleh ibu akhirnya aku mengalah, terpaksa mengikut Naufal ke Kl rumah daddy dan mummynya. Maka dengan terpaksa aku turutikan saja kata ibu, katanya Naufal ada rancangan yang terbaik untuk aku disana.

Hampir sejam kami bertolak dari kampung, dan hampir sejam juga lah aku tahan mata dari tertido. "Aisya, kenapa tak tido? Selalunya tak sempat keluar simpang kampung awak dah ke bulan". Tegur Naufal bila lihat aku tersengguk-sengguk.

"Tak ngantuk..". Jawabku pendek.

"Dah sepuluh kali awak menguap, dah dua puluh kali awak tersengguk. Tak mengantuk ye?".

"Hmm, tak". Aku cuba sedaya upaya menahan rasa ngantuk.

"Degil..".

Dua jam kemudian, "Aisya...". Panggil Naufal.

"Haa?". Aku terpisat-pisat tersedar dari tido.

"Lena tido? Tadi bukan main cakap tak ngantuk..". Sindir Naufal.

"Err..orang tak tidolah. Pejam mata je..". Aku taknak mengalah.

"Nak jugak menang ye.. Jom turun dah sampai".

Aku membuka pintu kereta dan melangkah keluar dari kereta, "Wahh, besarnya rumah pakcik poyo nih..".

"Apa?". Tanya Naufal.

"Takde apa..". Aku mengambil bagasi yang dikeluarkan Naufal dari bonet kereta.

"Tak payah, biar saya je bawak". Ujar Naufal.

"Ni kan beg orang, biar jela orang bawak..".

"Setakat 3 beg ni saya mampu angkatlah Aisya, angkat awak pun bolehhh". Naufal menayang otot lengannya.

Aku tunjuk muka menyampah, "Tak hingin diangkat".

"Jom masuk, mummy dan daddy keluar kejap jumpa kawan".

"Assalamualaikum Tuan Naufal, Puan Aisya..". Seorang wanita berumur lewat 30an membuka pintu dari dalam.

"Waalaikumsalam Kak Yanti.. Aisya ni Kak Yanti, pembantu rumah..".

Aku bersalaman dengan Kak Yanti, "Masuk Puan..".

"Kak Yanti.., panggil Aisya je..dan saya belum kawin kak". Agak kurang selesa bila dipanggil puan.

Kak Yanti memandangkan Naufal dan dibalas anggukan dari Naufal, "Baiklah Aisya..". Jawab Kak Yanti.

"Jom Aisya, saya tunjukkan bilik awak. Kak Yanti dah kemaskan". Ajak Naufal.

"Terima kasih Kak Yanti". Ucapku.

"Sudah keje akak Aisya..". Balas Kak Yanti.

Aku menuruti langkah Naufal ke tingkat tiga, "Okey ini bilik awak dan itu bilik saya..". Tunjuk Naufal ke arah bilik kami yang berhadapan.

"Bilik mummy dan daddy?". Soalku.

"Bilik dorang ditingkat dua, tingkat ni bilik kita berdua je..".

"Emm, takpe lah. Saya nak bilik ditingkat dua je..".

"Eh tak boleh.., penat Kak Yanti kemas bilik ni, awak tak kesian Kak Yanti ke..?".

"Erm, okeylah..". Aku mengalah.

"Good girl, good girl..". Naufal mengosok kepalaku yang dibaluti shawl.

"Awak ingat orang ni kucing ke hape?". Aku mencebik.

"Haha, aah. Kucing yang degil tapi comeyy.. Geram aih..". Naufal tergelak.

"Okey awak rehatlah, kalau perlukan apa-apa ketuk je pintu bilik saya ek". Pesan Naufal.

"Okey pakcik zirafah..". Aku menutup pintu, dan membuka lilitan shawl.

Selesai masukkan pakaian ke almari, mandi dan solat aku turun ke bawah, mencari Kak Yanti didapur.

"Kak Yanti masak apa?". Tegurku dari belakang.

"Eh Puan..Kak Yanti mahu masak untuk makan malam. Tan Sri mahu makan kari kepala ikan".

"Kari kepala ikan??".

"Iya Puan".

"Ermm.. Kak Yanti, panggil saya Aisya je".

"Oh lupa, maaf Aisya..sudah terbiasa panggil Puan ".

"Maksud Kak Yanti?".

"Err ini..majikan lama, panggil Puan".

"Oh, meh saya tolong Kak Yanti ye, saya bosan..".

"Tak mengapa Aisya, nanti Akak dimarahi Tuan pula".

"Kenapa dia selalu marah akak ke?? Takpe nanti saya sekolahkan dia, biar dia reti hormat orang lebih tua".

"Eh bukan.., bukan itu maksud Kak Yanti. Sudah Aisya ke depan, nonton televisyen saja ya".

"Hmm, okaylah".

Aku membantu Kak Yanti membawa hidangan makan malam ke meja, walau ditegah berkali-kali oleh Kak Yanti aku hanya tersengih saja. "Aisya..duduk sini..". Panggil Naufal untuk ke berapa kali.

"Kejap..". Aku menceduk nasi ke pinggan dan menuang air ke gelas, semua ni aku rasa seperti sudah biasa lakukan.

"Bila Aisya mula keje?". Tanya Tan Sri Mukhriz.

"Lusa dy..". Jawab Naufal.

"Dah bawak ke Aisya ke sana?". Tanya Puan Sri Mashitah.

"Belum, lusa baru bawak..". Jawab Naufal lagi.

"Asyik kamu je yang jawab, kamu tak bagitahu Aisya apa-apa ke Naufal". Tanya Tan Sri Mukhriz lagi.

"Belum..., heheee". Naufal tersengih.

Aku terdiam, hanya menjadi pemerhati dan pendengar kepada tiga beranak yang sedang bercakap tentang "Aku"...

Harraz Naufal menatap sayu foto persandingan yang merupakan kenangan terindah dalam hidupnya itu. Sebaik mendapat tahu bahawa Aisya telah hilang ingatan, dia benar-benar tidak boleh terima akan kenyataan itu. Hingga dia pernah terfikir untuk pergi jauh dari hidup Aisya tetapi dua hari terperap dihotel hatinya terseksa merindui Aisya. Naufal makin sedar bahawa perbuatannya meninggalkan Aisya kerana Kamelia adalah satu tindakan yang bodoh. Mulai sekarang dia akan berjuang untuk kebahagiaan Aisya, dia akan memenuhi akan segala impian Aisya.

Tangan Naufal mencapai henfon dan lantas menekan dail, "Hello, assalamualaikum..". Ucapnya sebaik panggilan dijawab.

"Waalaikumsalam.. Kenapa col ni? Nak ape?". Soal Aisya.

"Saje, rindu..". Naufal tersengih.

"Mengada! Nak ape ni?!". Nada Aisya sedikit keras.

"Hahaa, makin garang awak ye. Nanti kita lunch sama-sama kat luar ek, saya balik ambik awak".

"Taknaklah, saya dah kenyang..". Jawab Aisya.

"Lah yeke.. Tapi saya ade perkara nak gitau awak ni".

"Pasal ape pulak?".

"Adelah, nanti saya ambik awak ek..".

"Taknak.. Gitau je malam kang". Aisya masih berkeras.

"Hurm, takboleh Aisya. Awak kena ikut saya jugak, sebenarnya saya ade surprise untuk awak".

"Hadoi, surprise ape pulak?? Birthday saya pon dah lepas lah".

"Percayalah awak mesti suka punya.. Awak bersiap ye, pukul 2 saya sampai rumah kita terus gerak".

Belum sempat Aisya jawab Naufal putuskan panggilan, "Fuhh, nasib baik sempat kalau tak makin banyak dia punya soal. Makin degil pulak Aisya ni, dulu takde pulak sedegil sekarang. Hahaa". Naufal bermonolog.

Beberapa minit sebelum pukul 2 petang, Naufal tiba dirumah agam keluarganya. Beberapa kali hon telah dibunyikan tetapi bayang Aisya langsung tidak kelihatan, panggilan yang dibuat juga tidak berjawab.

"Kenapa tak keluar-keluar lagi ni, takkan belum siap kot". Omel Naufal.

Kelihatan Kak Yanti berlari anak dari pintu ke kereta, "Kak Yanti, Aisya mana?". Soal Naufal.

"Aduh, Tuan.. Puan takmahu keluar, gimana ya..". Ujar Kak Yanti yang sudah 15tahun bekerja dengan keluarganya itu.

"Hmm, dia kat mana Kak?".

"Puan dikamar, sedang membaca..".

"Okey takpe, biar saya masuk jumpa dia". Naufal keluar dari kereta.

"Toktoktok". Pintu bilik Aisya diketuk Naufal.

"Aisya, bukak pintu kejap..".

"Aisya.., please.. Aisya..". Pujuk Naufal setelah beberapa minit memanggil tetapi langsung tidak dihiraukan Aisya.

"Aisya, awak okey tak kat dalam? Jangan takutkan saya..".

"Aisyaa..".

"Hurm, takpelah..". Naufal mengalah.

Naufal memulas tombol pintu biliknya, merebahkan badan ke katil. 'Hmm, hati Aisya..macam awal perkenalan kami dulu. Hati yang susah untuk memberi peluang kepada sesiapa untuk menghuninya. Aku yang salah, dulu bila dia menyerahkan hati aku mempersiakannya. Aku tidak menghargainya, ya semua ini berpunca dari aku sendiri'.

Naufal menuruni tangga, menuju ke arah daddy dan mummy juga Aisya yang sedang bersarapan. "Morning..". Sapa Naufal.

"Morning.. Jom breakfast sama-sama". Ajak Puan Sri Mashitah.

"Naufal dah lambat ni my.., ada meeting pagi ni".

"Duduklah dulu Naufal, masih awal lagi ni". Ujar Tan Sri Mukhriz.

"Takpelah dy, Naufal breakfast kat cafe je". Naufal bersalaman dengan ibubapanya tanpa memandang Aisya walau sekilas.

"Kenapa dengan anak kita tu bang? Macam ada masalah je? Semalam dinner pun tak, berkurung je dalam bilik".

"Hurm, entahlah. Ada masalah kat ofis agaknya tu..".

'Hai takkan merajuk kot.. Hmm, takkan lah merajuk sampai macamtu sekali. Adehh tua-tua pon merajuk ke pakcik hoi.. Kena pujuk ke ekk.. Hmm' Aisya mengeluh.

Selesai meeting Naufal merebahkan badan disofa dalam ofisnya, jarinya mengurut kepala yang berdenyut-denyut itu. Tangannya mengeluarkan henfon dikocek, ternyata ada whatsApp dari Aisya.

Aisya : Sory

Bibir Naufal terukir senyuman, lantas jari jemarinya membalas.

Naufal : Kenapa?

Aisya : Pasal semalam

Naufal : Semalam? Kenapa dengan semalam?

Aisya : Hmmmm

Naufal : Eh okey-okey.. Saya akan maafkan awak, tapi pukul 5 nanti awak kena ikut saya ye".

Aisya : Kenapa pukul 5?

Naufal : Saya kena siapkan semua keje dulu, byk keje ni. Yela semalam halfday, tapi org tu kenakan saya.

Aisya : Hahaa, hokay. Pukul 5 ye pakcik..

Beberapa minit sebelum lima petang, Aisya terpacak dipintu menunggu Naufal kerana mahu menebus akan kesalahannya semalam. Sebaik Naufal sampai, Aisya terus menaiki kereta yang dipandu Naufal.

"Awak nak bawak saya ke mana ni?". Soal Aisya.

"Erm adelah, awak mesti suka. Percayalah..". Jawab Naufal.

"Okey.. Tapi jauh ke?".

"Taklah, dalam 25minit je".

"Okeyy..".

"Sabar ye mucuk..". Naufal tersengih.

"Hamboi, mucukkan kita pulak..".

"Hahaaa, takboleh ek? Dulu saya mmg panggil awak macamtu tau".

"Yeke??". Soal Aisya.

"Iya wak, awak mucuk..saya bucuk". Ujar Naufal.

"Kita bercinta ke??". Soal Aisya setelah terdiam seketika.

"Err.. Erm, takpe.. Nanti awak akan ingat semua tu. Dan waktu tu nanti, awak boleh nilai sendiri tentang perhubungan antara kita".

"Kenapa awak cakap macamtu??".

"Aisya.. Saya taknak buat awak stress, saya taknak awak sakit, saya tak kisah kalau awak tak ingat saya sampai bila-bila sekalipun.. Tapi saya nak awak tahu..yang saya takkan sesekali tinggalkan awak lagi.. Saya akan bersama awak, waktu susah dan senang awak. Walau saya tak boleh bersama awak, saya akan tetap setia dibelakang awak. Awak ingat tau, ini janji saya..". Ujar Naufal dengan nada sebak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience