Bab 6

Romance Series 10218

Dua minggu sudah berlalu tetapi Aisya belum juga sedar, Naufal tetap setia disisi Aisya dan meninggalkan segala urusan kerjanya di Brunei. Tan Sri Mukhriz dan Puan Sri Mukhriz pula sudah pulang ke rumah, kerana Tan Sri Mukhriz mempunyai banyak urusan kerja yang sudah tertangguh.

Hj Zulkifli dan juga isterinya Hjh Kamariah masih merahsiakan akan status perkahwinan Aisya dan Naufal dari pengetahuan Haikal. Mereka kenal benar akan sikap melindungi Haikal kepada adiknya, mereka hanya dua beradik dan mereka memang rapat sejak kecil lagi.

Setiap kali waktu melawat pasti Naufal datang, tanpa jemu dia memohon maaf kepada Aisya atas segala silapnya. Setiap hari juga lah dia menangis merayu pada Aisya untuk sedar, bila terasa saja rindu pada Aisya dia pasti datang duduk di ruang menunggu tak kira masa.

Seminggu lepas, Kamelia ada menghubunginya dan dia terus beritahu Kamelia yang dia mahu putuskan segala hubungan antara mereka. Maka telinga dia terpaksa menadah akan sumpah seranah dari Kamelia, malahan Kamelia juga cakap yang Naufal sudah gila talak.

Satu malam ketika Naufal termenung di pangkin luar rumah, Haikal datang duduk bersebelahan dengannya. "Naufal, abang tanya sikit boleh?". Tanya Haikal.

"Ya bang, nak tanya apa.."

"Hmm, kenapa hari kemalangan tu Aisya drive sendiri? Kau ke mana?". Tanya Haikal dengan serius.

"Hmm.. Abang, sebenarnya kami..kami..". Naufal yang tidak reti untuk berbohong sudah mula tergagap-gagap.

"Kenapa dengan korang? Ke korang gaduh??". Potong Haikal.

"Kami dah..berpisah..". Akhirnya terkeluar juga dari mulut Naufal, dia tertunduk menyesali akan perbuatannya itu.

"Apa???!! Apa maksud kau Naufal??!!". Haikal bangun dari duduk dengan muka yang terkejut.

"Saya..saya dah..ceraikan Aisya..". Airmata Naufal mengalir saat menyebut cerai, perkataan itu membuat hatinya pedih kerana menyedarkan dia bahawa mereka sudah tidak mempunyai sebarang ikatan lagi.

Merah padam muka Haikal, dia betul-betul dalam kemarahan. "Kenapa Naufal, apa salah adik aku???!!". Haikal menarik Naufal bangun.

"Saya salah bang, saya salah..saya dah abaikan Aisya, saya tak menghargai cinta dia bang..". Naufal menangis kuat.

"Tak guna..!!". Haikal mengenggam tangan untuk menumbuk Naufal.

"Haikal.. Sabar.., istighfar..". Hj Zulkifli menghampiri mereka berdua.

"Aku nak kau berambus dari sini, sekarang..kau berambus!! Jangan kau berani-berani nak tunjuk muka kau depan aku lagi! Dan jangan sampai aku jumpa kau dekat hospital.. Kau dah takde apa-apa hubungan lagi dengan Aisya..jadi kau berambus!!". Haikal menengking keras, memberi amaran pada Naufal. Dia sungguh marah, dia tak sangka kenapa Naufal sanggup menceraikan adiknya dan apa punca perceraian mereka.

"Haikal, sabar. Marah itu sifat syaitan". Pujuk Hj Zulkifli.

"Naufal, masuk dalam ya". Tambah Hj Zulkifli lagi.

Hj Zulkifli memeluk anak sulungnya, menenangkan Haikal "Sabar abang, sabar.. Ingat Allah, ingat adik". Haikal menangis dibahu si ayah.

"Adik yahh.., adik..". Haikal menangis seperti anak kecil.

"Sabar bang, abang tahu kan adik kuat..". Pujuk Hj Zulkifli lagi.

Keesokkan pagi selepas bersarapan, "Ayah..ibu.., Naufal mintak diri dulu ya. Halalkan makan dan minum Naufal, ampunkan akan segala salah silap Naufal. Naufal sedar, Naufal salah..tak sepatotnya Naufal buat Aisya sampai macamtu sekali..semua ni berpunca dari Naufal. Ampunkan Naufal ibu, ayah..Abang Haikal". Naufal menangis, sejak datang ke sini..airmatanya senang benar membasahi pipi. Mungkin ini balasan padanya, kerana sebelum ini Aisya merayu menangis tetapi dia buat tidak tahu saja, langsung tidak menghiraukan tangisan Aisya.

"Naufal..nak pergi mana? Tak kesian dekat ibu ke?". Ujar Hjh Kamariah.

"Naufal, duduk sini je jangan ambik hati dengan apa yang Haikal cakap". Pujuk Hj Zulkifli pula.

"Ayah..ibu.., dia dah ceraikan adik. Sekarang dia bukan menantu ibu dan ayah lagi..". Haikal tidak berpuas hati.

"Haikal.., cerai tak bermakna kita kena bermusuh". Balas Hj Zulkifli.

"Dah, Naufal..simpan beg. Duduk aja kat sini..". Ujar Hjh Kamariah pula.

"Hmmm". Haikal membuat muka tidak berpuas hati.

"Baiklah ibu..". Jawab Naufal, perlahan-lahan melangkah kembali ke bilik.

"Ayah dan ibu ni, sayangkan Naufal tu mengalahkan sayang pada anak sendiri..". Nada Haikal seperti sedang merajuk.

"Hahaa.. Abang ni, dah 30 tahun tau..tapi merajuk macam budak-budak pulak..". Sakat Hj Zulkifli kepada anak sulungnya itu, dan disambut gelak tawa dari Hjh Kamariah.

Setelah selesai ibu, ayah dan Haikal melawat Aisya, kini giliran Naufal pula. Harini semua masuk bersendirian, mungkin semua mahu privasi untuk bersembang berdua bersama Aisya. Ia walaupun Aisya masih belum sedar, tetapi Doktor Nurul dan Abang Haikal juga beritahu yang Aisya dapat mendengar akan segala yang kita cakapkan.

Seperti selalu, sebaik sampai dikatil Aisya pertama sekali Naufal akan membisikkan salam ditelinga Aisya. Kemudian dia akan mengucup dahi Aisya, dan mengenggam pula tangan Aisya barulah dia akan duduk dikerusi. "Sayang...abang datang ni. Hmm, sayang abang rindu sangat. Rindu sangat-sangat dengan sayang, abang rindu dengan gelak tawa sayang, senyuman sayang, suara sayang bila panggil nama abang, masakan sayang. Abang betul-betul rindukan semua tu, abang rindu semua tentang sayang. Kenapalah abang terlalu bodoh, terlalu bodoh melepaskan sayang pergi..abang menyesal sayang, abang menyesal mempersia-siakan sayang. Tolonglah, sedar sayang..abang dah tak sanggup tengok sayang dalam keadaan begini..jiwa abang terseksa sayang.., terseksa sangat bila tengok airmata mengalir dipipi ibu dan ayah.. Tolonglah sedar, kalau sayang taknak maafkan abang sekalipun takpe abang terima tapi tolonglah sedar sayang. Jangan terus tidak sedarkan diri macamni..sedar sayang, sedarlah..". Tangisan Naufal memenuhi ruangan bilik I.C.U Aisya, nurse dan doktor sudah terbiasa dengan babak tangisan dari Naufal.

Selama tiga minggu Aisya tidak sedarkan diri, perubahan pada diri Naufal yang ketara adalah berat badannya sedikit susut. Malahan penampilannya juga sudah tidak sekemas dulu lagi, dengan jambang yang sedikit panjang. Naufal juga lebih banyak diam, termenung dan masanya kini lebih banyak dihabiskan ditikar sejadah. Tanpa jemu dia mendoakan Aisya untuk sedar dari koma.

Nada deringan di henfon mengejutkan Naufal dari lamunan, "Hmm, apa lagi Kamelia nak ni?". Ujar Naufal sebaik melihat gerangan si pemanggil.

Tiga panggilan dari Kamelia dibiarkan begitu saja tanpa dijawab, baginya semua sudah jelas yang dia sudah putuskan hubungan mereka. Dia takkan sesekali terjebak dengan cinta Kamelia lagi, dia sudah serik dan menyesal. Malahan dia sudah sedar, bahawa cintanya hanya untuk Aisya dan tiada sekelumit cinta pun dihatinya terhadap Kamelia. Sebelum ini, dia sudah dibutakan dengan godaan juga hinaan Kamelia terhadap Aisya hingga hatinya buta untuk membezakan antara kaca dan permata.

"Bip..bip..bip". Menandakan ada whatsApp masuk.

"Hmm dari Kamelia, tengok apa dia hantar..". Naufal membuka whatsApp dari Kamelia.

"I ada kat bandar kuantan ni, baik you datang sini sebelum i yang pegi sana". Adoi perempuan ni masalah betullah, Naufal mengeluh sebaik membaca whatsApp dari Kamelia.

Naufal mencapai kunci kereta tergesa-gesa keluar dari bilik untuk ke kereta, ugutan dari Kamelia bukan boleh dibuat main. Buatnya betul-betul datang sini, tidak ke haru nanti. Paling kesian nanti ibu dan ayah la, yang dah anggap dia sebagai anak kandung.

"Naufal, nak kemana tu tergesa-gesa aja?". Tanya Hjh Kamariah dari dapur.

"Bu, Naufal ke bandar kejap ye. Jumpa kawan dari Kl". Balas Naufal.

"Oh, ya baiklah. Ajak kawan singgah makan tengah hari..".

"Err.. Baik bu. Naufal pergi dulu ye. Assalamualaikum..". Dengan pantas Naufal berjalan ke kereta, bimbang terkantoi dengan Hjh Kamariah.

"Waalaikumsalam.. Hm, semua keluar..bosan pulak, kalau ada Aisya boleh jugak menyembang". Keluh Hjh Kamariah.

Disebuah cafe hipster, "Kamelia ni macam takde tempat lain pulak nak jumpa aku. Hmm". Rungut Naufal, dia berjalan masuk ke cafe mencari kelibat Kamelia.

"Yuhuu, sini darling..". Panggil Kamelia.

"Hmm..". Naufal mengeluh panjang.

"Kenapa you datang sini? You nak apa?". Tanya Naufal sambil tarik kerusi untuk duduk.

"Duduk lah dulu darling.. I lapar ni, kita order dulu ye". Pujuk Kamelia dengan gaya gediknya.

"Hmm, okey".

"You nak makan apa?".

"No its okey, i dah kenyang. Order untuk you jela".

Selesai menunggu Kamelia makan, "Lia, please. We are over, im so sorry. But, now i dah sedar yang i hanya cintakan my only wife Aisya. Im begging you Lia, please forget me". Rayu Naufal.

"No Naufal, you are mine! Forever! I will never let you go, remember that Naufal!".

"Lia, please..forgive me, im so sorry okey. I takkan mempersia-siakan Aisya lagi, i perlukan dia dalam hidup i.. Im sorry Lia for everything, im truly sorry". Naufal bangun dari kerusi berjalan keluar dari cafe.

"Naufal! I will never let you go!!". Jerit Kamelia.

Naufal tidak menghiraukan jeritan dari Kamelia, dia terus ke kereta. Naufal sedar, salahnya juga kerana pernah memberi Kamelia harapan. Semua ini berpunca dari diri dia, kalaulah dia redha dan terima dengan hati yang terbuka akan keguguran Aisya pasti dia tidak bermain cinta dengan Kamelia.

Haikal yang berada di dalam kereta berhadapan dengan cafe, hanya memerhati dari kejauhan bila ternampak akan Naufal yang dalam keadaan tergesa-gesa itu, "Eh kenapa pulak dengan si Naufal ni..".

Kamelia berlari keluar dari dalam cafe mengejar Naufal, "Naufal.. Honey please, jangan buat i macamni. I love you..". Kamelia meraih tangan Naufal.

"No Lia, semua ni salah. Dari awal lagi i tak sepatotnya mulakan semua ni, im sorry Lia". Naufal menolak lembut tangan Kamelia.

Semua adegan itu berlaku betul-betul dihadapan kereta Haikal, betul-betul dihadapan mata Haikal. Dengan perasaan marah yang membuak-buak, Haikal menghempas pintu kereta dengan kuat.

"Ohh.. Sebab ni la kau tinggalkan adik aku, korang bermain cinta belakang adik aku". Jerit Haikal, hatinya panas.

Naufal dan Kamelia terdiam, "Kau perempuan jenis apa hah Lia?! Tergamak kau buat kawan baik kau sendiri macamtu. Sepadan sangat korang dua ekor ni! Dasar hati batu!!".

"Abang, kita balik bincang kat rumah". Rayu Naufal.

"Dushhh!! Dushhh!!" Haikal menghadiahkan Naufal penumbuk dah satu sepakan diperut, Naufal jatuh dan mengerang kesakitan.

"Naufal..sayang you okey?". Kamelia cuba memegang pipi Naufal, tetapi ditepis oleh Naufal.

"Ampunkan saya bang, saya silap. Saya lemah bang, diduga sikit saya dah mengalah dan salahkan takdir. Ampunkan saya bang, saya dah sedar.. Saya takkan tinggalkan Aisya lagi bang". Naufal merayu-rayu dalam tangisan, melutut dihadapan Haikal.

"Engkau balik rumah, ambik semua barang-barang kau dan berambus dari sini. Aku dah tak hingin tengok muka kau lagi, aku jijik Naufal..aku jijik dengan manusia macam kau ni. Sanggup kau buat adik aku sampai macamtu sekali, sekarang bila Aisya terlantar tak sedarkan diri baru kau nak menyesal. Dah takde guna lagi dah Naufal, aku sendiri takkan izinkan semua tu terjadi. Cukuplah sekali kau lukakan hati adik aku, cukuplah..". Haikal terus ke kereta dan pergi dari situ.

Naufal teresak-esak, "Sayang, you okey? Tak guna betul si Haikal tu". Tangan Kamelia membelek-belek muka Naufal.

"Ehh you berambus lah Lia! Jangan ganggu hidup i lagi, i tak pernah suka dan cintakan you. Sikit pon tak pernah!". Naufal menengking Kamelia, kepalanya berserabut ditambah pula dengan kehadiran Kamelia ke sini lagi menambahkan masalah.

"You ni kenapa nak marahkan i? You tak payah nak bohong i Naufal, sebelum ni elok je you cakap cintakan i". Ujar Kamelia.

"Eh you ni muka tembok ke apa?! Dah la Lia jangan nak tambahkan masalah i, you balik Kl sekarang". Naufal bangun ke kereta.

"No sayang, no. I miss you, you ikut i balik ye..". Kamelia mula mengedik-gedik.

"Kau ni memang tak paham bahasa ke??!!!". Naufal terus memecut keretanya dari situ meninggalkan Kamelia.

Sebaik sampai dihalaman rumah, pandangan mata Naufal terhidang dengan beg-beg bagasinya di pintu rumah. Telinganya pula terdengar akan tangisan Hjh Kamariah dari dalam rumah.

"Haikal..kenapa ni? Sabar abang..sabar". Naufal terdengar pujukan bekas mertuanya.

"Ibu ayah, mungkin ibu dan ayah masih dapat maafkan dan terima Naufal lagi. Tapi abang tak boleh bu, ayahh..abang tak boleh. Hati abang sakit sangat, bila pikirkan keadaan adik dan perasaan adik masa hadap semua tu. Abang tak boleh terima dengan apa yang dia dah buat pada adik, sanggup mereka berdua bu buat adik abang macamtu". Haikal menangis-nangis dan menepuk-nepuk dadanya.

"Hati abang sakit..tak terkata sakitnya, abang tak boleh bayang macam mana adik handle semua tu. Abang yakin, adik pendam semua tu sorang diri". Tambah Haikal lagi.

"Abang, ya ayah dan ibu paham apa yang abang rasa. Tetapi kita tak boleh terus menghukum Naufal, dia sendiri sudah menyesal atas segala perbuatan dia". Pujuk Hj Zulkifli.

"Abang sabar ya, jangan macamni. Tak elok, jangan ikutkan perasaan marah tu sangat. Kita sesama manusia kena saling maaf bermaafan, tak boleh berdendam, tak boleh bermusuh-musuh". Pujuk Hjh Kamariah pula.

"Buat masa sekarang, abang tak boleh maafkan dia".

Naufal menarik beg bagasinya ke kereta, tiada sedikit pun perasaan marah dihatinya kepada Haikal. Kerana dia faham semua ini berpunca dari dia sendiri, dia juga sememangnya sedar diri dia tidak layak untuk menerima kemaafan dan peluang kedua dari mereka semua.

"Naufal..". Hj Zulkifli menepuk lembut bahunya.

"Ayah..". Airmata Naufal mulai menitik.

"Naufal nak kemana? Inikan rumah Naufal jugak". Pujuk Hj Zulkifli.

Naufal memeluk erat tubuh tua Hj Zulkifli, Aisya sekeluarga amat baik dengan dia. Tetapi kenapa dia tergamak membuang mereka semua dari hidupnya, sedangkan mereka begitu menyayangi diri dia. Kini hatinya pedih setiapkali dilayan baik oleh mereka semua, kerana dia terasa tidak layak lagi untuk terima sebarang kebaikan dari mereka.

"Takpe yah, Naufal duduk hotel je". Naufal tersenyum kelat.

"Hmm, kalau macamtu baiklah. Kita bagi marah Haikal reda dulu ya". Hj Zulkifli juga tersenyum.

"Emm, Naufal pergi dulu yah. Nanti Naufal jumpa ayah dan ibu dekat hospital ye".

"Baiklah, kamu jangan lemah. Kuatkan semangat kamu Naufal, anggap ini ujian untuk kamu". Pesanan dari Hj Zulkifli dibalas anggukan dari Naufal.

"Hmm, ini bukan ujian lagi yah. Tapi ini balasan untuk Naufal, kerana pernah mempersia-siakan anak perempuan ayah." Naufal bermonolog dalam hati.

Selesai check in disebuah hotel di bandar, Naufal menghabiskan masa dengan berbaring dikatil. Kepala ligat memikirkan akan segala ujian yang datang kepadanya, dan seperti yang diperkatakan ayah dia harus kuat. Kuat untuk mengharungi semua ujian-ujian ini, dia tidak boleh mengalah dengan mudah. Dia harus kuat untuk Aisya, untuk semua dan juga dirinya. Kerana kini dia sudah yakin, bahawa Aisya adalah kebahagiaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience