Bab 5

Romance Series 10218

Seharian Naufal terbaring di katil, panas di badan sudah hampir surut. Dia agak jarang demam dan kali ini demamnya agak teruk. Saat-saat sakit beginilah baru teringatkan Aisya, kalau dulu bila demam Aisya lah yang menjaganya. Berjaga malam untuk memastikan suhu badannya menurun, menyuapkan dia bubur. Memang dia akui amat bahagia selama hidup bersama Aisya, dan Aisya adalah isteri yang sangat sempurna. Hinggalah satu saat bila Aisya selalu keguguran, bayangkan dua kali hamil dan dua kali juga gugur. Hati lelakinya mula tawar hati, Aisya tahu dia sangat mahukan anak tetapi kenapa Aisya terlalu cuai hingga keguguran.

Saat hati mula berbelah bagi Kamelia datang mengetuk pintu hatinya, benar dia dan Aisya sudah bersahabat dengan Kamelia dari Universiti. Sebelum ini dia sedikitpun tidak ada hati dengan Kamelia, hanya menganggap Kamelia sebagai kawan karib isterinya tetapi mulai saat itu dia mula jatuh hati kepada Kamelia. Pada usia perkahwinan yang baru mencecah setahun, dia mula berlaku curang dan bercinta dengan Kamelia dibelakang si isteri. Dan semua perbuatannya itu mendapat sokongan penuh dari Puan Sri Mashitah.

Naufal mencapai henfon di sisi katil, dari pagi henfonnya itu diset silent mode agar tidak menganggunya untuk berehat.

"Ehh, banyaknya call dari ayah dan daddy.. Hmm, ni mesti Aisya dah bagitahu pasal cerai dan daddy pulak nak membebellah tu..". Naufal merungut, henfon kembali diletakkan.

"Nanti-nanti jelah call balik.., rasa bersalah pulak dengan ayah..hmm". Naufal mencapai tuala mahu bersihkan diri.

Cinta? Kalau ditanya masihkah ada cinta untuk bekas isterinya lagi? Jawapan dari dia adalah pasti, walaupun dia membuat keputusan untuk melepaskan Aisya tetapi dalam hatinya sentiasa akan ada cinta untuk Aisya. Walaupun cinta dan sayangnya kini telah terbahagi antara Aisya dan Kamelia, sungguh hati dia tidak pernah melupakan atau memadam Aisya dari hatinya. Keputusan terburu-buru yang dibuatnya untuk melepaskan Aisya adalah terdorong dari hasutan yang dibuat oleh mummynya Puan Sri Mashitah, sedangkan pada awalnya dia tidak pernah terfikir langsung untuk lepaskan Aisya.

Sebaik Naufal keluar dari bilik air henfonnya kembali berdering, berlari anak Naufal mendapatkan henfonnya.

"Daddy.., hmm confirm aku kena maki ni..". Naufal menekan answer.

"Hello, assalamualaikum daddy..". Naufal gugup, kerana daddynya itu memang pantang bila callnya tidak berjawab.

"Waalaikumsalam.. Naufal kamu buat apa satu hari ni hah??! Ke kamu membuta?!". Nada Tan Sri Mukhriz sedikit keras.

"Naufal mintak maaf dy, Naufal kurang sehat..lepas makan ubat Naufal tido je dari pagi ke malam".

"Hmm, Naufal kamu dengar sini baik-baik.. Sekali ini je daddy cakap, kalau kamu nak dengar kamu dengarlah..kalau taknak suka hati kamu, tapi nanti jangan nak menyesal pulak..".

"Kenapa ni daddy? Serius je ni..".

"Kamu dengar sini, kalau kamu masih sayangkan Aisya..masih ambil berat soal Aisya.. Kamu balik sini sekarang jugak, rumah mertua kamu. Sebelum semuanya terlambat Naufal..".

"Kenapa daddy?? Kenapa dengan Aisya?? Tolong daddy bagitahu Naufal..".

"Hanya itu daddy dapat bagitahu kamu Naufal.. Sekarang terpulang pada diri kamu sendiri..". Tan Sri Mukhriz memutuskan panggilan.

"Kenapa dengan Aisya....". Hati Naufal tertanya-tanya, dia agak keliru dengan apa yang diperkatakan oleh daddynya.

"Allah.. Ada sesuatu terjadi pada Aisya ke???!". Naufal terduduk di katil, dia meraut mukanya dengan kedua belah tangan.

Hati Naufal mula gusar bila memikirkan Aisya, kenapa daddy tidak saja berterus terang. Apa yang sebenarnya telah berlaku? Adakah Aisya sudah ada pengganti dirinya? Bermacam andaian bermain minda, dia sendiri tak sanggup untuk membuat andaian yang lebih teruk.

"Tak boleh jadi ni.., tak senang duduk dibuatnya..". Naufal mencapai henfon, dia mahu membuat tempahan tiket untuk pulang ke KL secepat mungkin.

"Adoii.. Takde flight malam pulak. Hmm, book yang pagi besok jelah..". Selesai membuat tempahan Naufal merebahkan badan ke katil, kalau ikutkan hati malam ni jugak dia mahu terbang ke pahang.

Resah..gelisah, itulah yang Naufal rasakan saat ini. Hatinya tidak tenang, asyik terfikirkan Aisya dan kata-kata dari daddynya. Apa sebenarnya yang berlaku? Persoalan itu berlegar-legar difikiran, serba tak kena Naufal dibuatnya.

"Baik aku call Aisya.. Fikiran aku dah berserabut sangat ni". Dengan pantas Naufal mencapai henfon.

"Sayang". Naufal membaca contact name Aisya, dia masih ingat akan kenangan lima tahun lepas. Satu semester dia mengejar cinta Aisya, tetapi sebelah mata pun Aisya tak pandang. Malah dia minta nombor untuk berkawan juga Aisya tak layan. Akhirnya pada semester kedua, barulah Aisya memberinya nombor dan menerima cintanya. Ketika itulah dia save 'sayang' dan tidak pernah ditukar hingga ke hari ini. Sungguh payah untuk dia mendapatkan hati dan cinta dari Aisya, tetapi kenapa sekarang bila semua sudah menjadi miliknya semudah itu pula dia membuang Aisya.

"Hmmm..". Naufal mengeluh panjang, jarinya menekan dail.

Panggilan yang dibuat tidak bersambung, beberapa kali dicuba tetapi tetap sama. "Kenapa pulak ni? Tak pernah-pernah Aisya off henfon..". Naufal mencuba lagi.

"Ehh kenapa dengan semua orang ni?? Macam nak kenakan aku je..". Hati mula tak sedap dan jantung berdegup laju.

"Sah, aku yakin ada yang tak kena ni.. Tapi apa eh?? Aisya, kenapa hati aku tak sedap je bila pikirkan Aisya..". Malam itu tidur Naufal tidak lena, asyik tersedar saja.

Keesokkan hari, seawal 7 pagi Naufal telah keluar dari rumah menuju ke Brunei International Airport. Selesai breakfast Naufal terus ke departure hall, dia sudah tidak boleh sabar lagi mahu secepat mungkin sampai ke KL kemudian dia akan memandu pula ke Kuantan iaitu kampung Aisya.


******************

Kereta yang di pandu Hj Zulkifli bergerak dengan kelajuan sederhana, suasana didalam kereta sunyi sepi tanpa sebarang bicara. Hjh Kamariah melemparkan pandang ke luar tingkap, tidurnya tidak lena memikirkan Aisya. Kalau pagi semalam dia agak teruja akan berita kepulangan si anak, pagi ini pula hatinya menangis hiba mahu menjenguk anak di I.C.U. Perancangan Allah adalah sebaik-baiknya, dia yakin akan ada hikmah untuk semua ujian ini. Dia juga yakin, anaknya Aisya kuat untuk mengharungi semua ini.

Hjh Karamariah berjalan masuk ke ruangan I.C.U, meninggalkan suaminya dan Tan Sri Mukhriz diruang menunggu. Hatinya tidak sabar mahu menatap wajah anak yang dirindui, 4 bulan tidak bertemu dan akhirnya mereka dipertemukan dalam keadaan sebegini. Dari kejauhan kelihatan Doktor Nurul sedang merawat Aisya, Hjh Kamariah menanti Doktor Nurul selesai tugasan dia mahu menanya tentang perkembangan Aisya.

"Doktor..". Hjh Kamariah menyapa.

"Oh makcik". Doktor Nurul senyum.

"Macam mana dengan anak makcik Doktor?".

"Emm, macam ni makcik. Dalam sehari atau dua hari ini anak makcik berkemungkinan tidak akan sedarkan diri kesan daripada ubat pelali sewaktu pembedahan. Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh kesan bengkak dalam otak yang mengambil masa untuk surut. Dan mungkin terlalu awal untuk saya perkatakan ini, tetapi berkemungkinan besar akan ada bad effect dari hentakan kerana telah berlaku pendarahan dalam otak kesan daripada hentakan di kepala semasa kemalangan. Pendarahan itu telah menyebabkan kenaikan tekanan dalam kepala dan ini akan mengganggu beberapa fungsi otak anak makcik". Terang Doktor Nurul dengan panjang lebar.

Hjh Kamariah berpegang pada katil terasa lemah lututnya ini. Bagaimana kalau apa yang diperkatakan Doktor Nurul itu benar-benar akan terjadi, macam mana dengan anaknya nanti.

"Makcik jangan berhenti berdoa ye, inshaAllah semuanya selamat". Pujuk Doktor Nurul dan menepuk lembut bahu Hjh Kamariah.

Hjh Kamariah ke katil, mengenggam tangan Aisya dan dibawa ke dadanya. "Assalamualaikum Aisya anak ibu, Aisya jangan mengalah sayang. Aisya harus kuat dan terus berjuang ye". Hjh Kamariah mengucup dahi anak kesayangannya itu.

Sebaik saja tamat waktu melawat, mereka bertiga pulang ke rumah untuk menunggu akan kedatangan Naufal bersama Puan Sri Mashitah. Kalau dulu Hjh Kamariah pasti menyampuk sama dalam perbualan suami dan besannya itu, tetapi sekarang dia lebih banyak berdiam diri kerana difikirannya hanya Aisya.

Setelah selesai membuat sedikit kuih muih untuk minum petang, kedengaran kereta Naufal telah sampai di halaman rumah. Hj Zulkifli dan Tan Sri Mukhriz keluar menyambut mereka, manakala Hjh Kamariah membancuh air di dapur.

"Assalamualaikum ayah..daddy..". Sapa Naufal sebaik kelluwr dari kereta.

"Waalaikumsalam..". Jawab mereka serentak, Naufal mendapatkan mereka dan bersalaman.

"Masuklah Naufal..Mashitah..". Jemput Hj Zulkifli.

"Abang buat apa kat sini?!". Sedikit keras bisikan Puan Sri Mashitah kepada suaminya.

"Awak taknak salam saya ke Mas..?". Sindir Tan Sri Mukhriz, dibalas jelingan dari Puan Sri Mashitah.

Hjh Kamariah datang dari dapur membawa dulang berisi air dan kuih muih, dia menghulurkan tangan bersalaman dengan Naufal juga Puan Sri Mashitah.

"Ibu.. Sehat?". Sapa Naufal.

"Hm, sehat.. Minumlah, ibu ke dapur sekejap". Hjh Kamariah berjalan laju ke dapur, sebak didadanya tak tertahan bila tengok Naufal. Hatinya pedih..

"Ayah.. Maafkan Naufal atas segala salah dan silap Naufal". Naufal memulakan bicara.

"Naufal bersalah dalam hal ni, tak sepatutnya Naufal buat Aisya macamtu.. Maafkan Naufal ayah". Tambah Naufal lagi.

"Hmm, ayah tak salahkan kamu..ayah tak salahkan sape-sape dalam hal ni. Sudah tertulis jodoh kamu berdua tak panjang". Hj Zulkifli berkata dalam nada sebak.

"Memang anak saya tak salah, anak Abang Zul yang bersalah kerana tak dapat bagi anak saya zuriat". Sindir Puan Sri Mashitah.

"Mas! Awak jangan melampau, jaga sikit mulut awak tu..". Tengking Tan Sri Mukhriz.

"Abang dah kenapa nak marahkan saya, betullah apa yang saya cakapkan.. Orang lain mengandung elok je, si Aisya tu entah bala apa sampai dua kali keguguran..".

"Kau jangan nak hina anak akak Mas.. Kau boleh hina kami laki bini sebanyak mana kau mahu, tapi jangan sesekali kau hina anak akak Aisya..". Marah Hjh Kamariah, pedih hatinya bila anak yang sedang bertarung nyawa dihina sebegitu rupa.

"Maafkan saya Kak Yah.. Saya gagal dalam mendidik isteri dan anak hingga mereka jadi manusia yang tak tahu untuk bersyukur dan menghargai orang sekeliling..". Tan Sri Mukhriz tertunduk malu.

Hj Zulkifli bangun dari kerusi memeluk erat isterinya yang sedang menangis teresak-esak, membawa isterinya masuk ke bilik tidur mereka. Hatinya juga pedih bagai dihiris-hiris saat terdengar hinaan dari bekas besannya itu kepada anak kesayangan mereka.

"Naufal.. Pukul 5 nanti ikut kami, ada seseorang yang kamu perlu jumpa". Kata Tan Sri Mukhriz, dia berjalan keluar dari pintu menuju ke pangkin untuk menenangkan hati yang panas dengan sikap kurang ajar isterinya itu.

Tepat pada pukul 5 petang, semua menaiki kereta yang di pandu Tan Sri Mukhriz untuk ke hospital. Naufal dan Puan Sri Mashitah masih tertanya-tanya akan tempat yang akan dituju. Seperti biasa, suasana dalam kereta suram hanya ditemani lagu-lagu dan suara dj radio.

Sebaik sampai di perkarangan hospital, "Kita datang melawat sapa ni ayah? Sedara ke?". Tanya Naufal.

"Aisya mana bu??". Sekali lagi pertanyaan Naufal dibiarkan tidak berjawab.

Ketika di ruangan menunggu I.C.U, "Naufal, mari masuk dengan ibu..". Hjh Kamariah menarik lembut lengan bekas menantu kesayangannya itu.

"Tengok sape bu..?". Tanya Naufal lagi.

"Jom, ikut ibu dan Naufal lihat sendiri..". Mereka masuk ke ruang I.C.U.

Naufal terkaku sebaik matanya terpandang akan Aisya yang terbaring lemah dikatil dengan kepala yang berbalut, bengkak di muka, wayar dan mesin sana sini. Tanpa terkeluar sebarang suara, Naufal pandang Aisya lama dan kemudian Naufal jatuh melutut di lantai dengan airmata yang mengalir laju.

Perlahan-lahan Naufal bangun, dengan tangan terketar-ketar dia mengenggam tangan Aisya dan dikucup berkali-kali. "Sayang.., maafkan abang sayang.. Maafkan abang..". Tangisan Naufal makin menjadi-jadi, Hjh Kamariah pula berlari keluar tidak sanggup lagi untuk melihat.

"Sayang bangun sayang.., jangan buat abang macam ni.. Buka mata sayang, abang datang sayang..". Naufal menangis seperti anak kecil.

"Abang datang sayang, kita mulakan semula.. Abang tahu semua dah terlambat, tapi tolong sayang bagi abang satu lagi peluang..abang janji sayang abang takkan tinggalkan sayang lagi, takkan sesekali tinggalkan sayang..bagi abang satu peluang sayang...". Naufal memeluk erat kaki Aisya.

"Maafkan abang sayang.... Kita mulakan hidup baru hanya abang dan sayang tiada orang ketiga tiada Kamelia..abang hanya nak sayang sorang.. Sayang bangun sayang..". Tangisan Naufal semakin kuat.

Sudah hampir tamat waktu melawat, Naufal masih menangis tanpa henti di sisi Aisya. "Naufal.., jom keluar. Waktu melawat dah nak habis ni..". Pujuk Hj Zulkifli.

"Ayah..., maafkan Naufal yah. Disebabkan Naufal lah Aisya jadi macam ni. Maafkan Naufal yah..". Bersungguh-sungguh Naufal memohon maaf.

"Dah, bukan salah Naufal. Semua dah nak jadi.. Jom kita balik rumah, rehat-rehat dulu. Besok kita datang lagi ye". Pujuk Hj Zulkifli lagi.

"Taknak, Naufal nak duduk sini. Naufal takkan tinggalkan Aisya lagi yah.. Naufal takkan tinggalkan isteri Naufal lagi..". Tangisan Naufal kembali kuat.

Hj Zulkifli menepuk lembut bahu bekas menantunya itu, dia mengalah dengan airmata yang hampir menitis dia berjalan meninggalkan Naufal yang masih setia disisi katil Aisya. Tidak lama kemudian, Tan Sri Mukhriz datang dengan muka yang menahan marah merentap kasar collar kemeja Naufal dan menarik Naufal keluar ke ruangan menunggu.

Tan Sri Mukhriz menampar kuat pipi Naufal, " Daddy pernah bagitahu kamu Naufal, satu hari nanti kamu pasti akan menyesal. Tengok keadaan kamu sekarang? Bukan ke betul apa yang daddy cakap. Senang bagi kamu ye, haritu kamu buang Aisya sebab tergila-gilakan Kamelia.. Kamu buang dia macamtu je Naufal, kamu tak pulangkan dia elok-elok dekat mak ayah dia..sekarang bagaimana? Kamu baru sedar??!!". Tan Sri Mukhriz benar-benar dalam kemarahan, teramat kecewa akan sikap si anak.

"Maafkan Naufal daddy...Naufal betul-betul menyesal, Naufal dah sedar akan semua salah Naufal pada Aisya.. Maafkan Naufal..". Naufal melutut memegang kaki Tan Sri Mukhriz.

Dia beralih pula ke kaki Hj Zulkifli. "Ayah...., maafkan Naufal yah. Naufal salah yah, Naufal tak pernah hargai Aisya..". Hj Zulkifli mengangguk lemah.

"Ibu, ampunkan Naufal ibu. Tolong bu, benarkan Naufal jaga isteri Naufal..tolong bu...". Hjh Kamariah menangis, memeluk erat badan Naufal.

Puan Sri Mashitah terkedu, dia tak mampu untuk berkata apa-apa. Malah untuk mempertahankan anaknya juga dia tak mampu, kerana dia sedar dia juga bersalah dalam hal ini. Kalau bukan disebabkan hasutan dari dia, Naufal dan Aisya pasti masih bergelar suami isteri.

Tan Sri Mukhriz menarik Naufal untuk bangun, "Aisya bukan isteri kamu lagi Naufal, kamu sudah lupa ke?! Kamu sudah buang dia, kamu cakap dekat daddy yang kamu dah tak bahagia hidup dengan dia!". Tan Sri Mukhriz mahu anaknya itu benar-benar sedar akan setiap kesilapan yang telah dibuat.

Harraz Naufal menangis semahu-mahunya, dia betul-betul telah menyesal dan sedar akan segala salah dan silapnya terhadap Aisya dan semua. Dia menyesal, sungguh inilah penyesalan terbesar dalam hidupnya. Semua berjalan ke kereta, meninggalkan Naufal yang masih teresak-esak dilantai.

Dengan langkah longlai, Naufal berjalan ke surau hospital saat seperti ini hanya kepada Maha Penciptalah tempat untuknya mengadu. Sejak mempunyai hubungann cinta dengan Kamelia, dia berubah menjadi seorang hamba yang lalai meninggalkan solat dan berpeluk sakan dengan Kamelia seperti manusia yang tidak kenal akan halal dan haram. Pernah beberapa kali Kamelia menggodanya untuk ke hotel, mujur saja fikirannya masih lagi waras.

Ditikar sejadah Naufal menangis lagi menyesali akan segala salah silapnya sebagai hamba, suami juga anak. Dengan mengingati saja akan dosa-dosa yang telah dibuat terhadap insan-insan yang menyayangi dirinya sudah cukup membuat hatinya luluh, bertaubat dan menyesal. Malam itu tanpa henti Naufal memohon keampunan kepada Allah S.W.T dan beberapa kali membaca yassin kepada Aisya, dia langsung tidak berganjak dari sejadah hingga ke subuh hari.

Pukul 7 pagi Naufal sudah terpacak diruang menunggu I.C.U, kalau bukan disebabkan peraturan I.C.U dia pasti sudah berada disisi katil Aisya. Dia mahu menjadi orang pertama dilihat Aisya disaat Aisya sedarkan diri nanti, tetapi hatinya juga sedikit risau jikalau Aisya tidak dapat memaafkan dan menerima dirinya lagi.

"Naufal..". Hj Zulkifli menepuk bahu Naufal yang sedang mengelamun.

"Eh ayah..daddy..". Naufal sedikit terkejut, Naufal bersalaman.

"Naufal dah sarapan?". Tanya Hj Zulkifli.

"Belum yah..".

"Jom, balik rumah..mak masakkan nasi lemak, kan Naufal suka..".

"Tapi yah.., Naufal nak tunggu Aisya..". Nada Naufal sedikit sebak.

"Jom balik dulu Naufal, mandi tukar pakaian..rehat-rehat dulu kat rumah. Waktu melawat tengah hari nanti kita datang lagi..". Pujuk Tan Sri Mukhriz pula.

"Jom..". Hj Zulkifli menarik lembut lengan bekas menantunya itu, dengan lihat wajah Naufal saja dia sudah dapat mengagak yang Naufal tidak tidur semalam. Walaupun kini Naufal sudah menjadi bekas menantu, tetapi dia masih menganggap Naufal menantu kesayangannya. Malahan dia menyayangi Naufal seperti anaknya sendiri hingga hatinya tidak mampu untuk membenci Naufal atas segala perbuatan terhadap Aisya.

Ketika semua sedang layan perasaan, henfon Hj Zulkifli berdering. "Hello, assalamualaikum abang..". Hj Zulkifli menyapa anak sulungnya.

"Adik okey..., abang jangan risau. Adik takde apa-apa..".

"Ya.., adik okey. Flight abang pukul berapa ni?".

"Ohh baiklah, nanti dah sampai airport call ayah..".

"Ya, ayah jemput dekat bas terminal".

Naufal mendengar perbualan Hj Zulkifli dan Haikal dengan teliti, hatinya sebak dan mata mula mengalirkan airmata. Dia kagum dengan bekas mertuanya itu, sungguh tenang menghadapi situasi sekarang. Bagaimanalah nanti reaksi Haikal, bila lihat keadaan sebenar Aisya.

Keesokkan harini, pukul 12 tengah hari Adam Haikal iaitu abang kandung Aisya telah sampai ke kampung halamannya. Sebaik saja sampai di pintu rumah, "Ibu..rindunya abang dekat ibu..". Ujar Haikal sambil memeluk erat si ibu yang menyambut akan kepulangannya.

"Uncle dan auntie pon ada..Naufal..". Haikal bersalaman dengan semua.

"Uncle sehat?". Haikal menyapa.

"Alhamdulillah, uncle sehat ..". Balas Tan Sri Mukhriz.

"Adik belum keluar wad ke bu? Macam mana adik boleh accident?". Tanya Haikal.

"Bu..". Haikal panggil Hjh Kamariah yang hanya berdiam diri.

"Ehem.., adik belum keluar wad lagi abang. Ni.., adik berlanggar dengan kereta yang gagal memotong..". Hj Zulkifli menjawab pertanyaan dari Haikal.

"Macam mana condition adik yah? Apa yang doktor bagitahu? Emm, abang dah sampai sini..jadi ayah bagitahulah abang dah sedia untuk mendengar..". Ujar Haikal yang dari awal sudah dapat mengagak.

"Baiklah abang.., adik sebenarnya sekarang di tempatkan diruangan I.C.U disebabkan kecederaan yang serius dikepala. Alhamdulillah pembedahan sudah selamat dijalankan, sekarang kita perlu tunggu adik sedar juga bengkak di otaknya untuk surut". Hj Zulkifli berterus terang, Hjh Kamariah dan Naufal sudah mengalirkan airmata.

Haikal terdiam seketika, "Hmm, abang masuk mandi kejap yah. Lepastu kita ke hospital ye..". Kata Haikal lalu bangun menuju ke bilik. Hj Zulkifli faham benar akan sikap anak lelakinya itu, Haikal tidak akan sesekali tunjuk bila dia dalam kesedihan.

Haikal melangkah masuk ke ruang I.C.U, saat terpandang akan keadaan adik kesayangan yang dalam keadaan sebegitu benar-benar telah membuat hatinya luluh. Haikal menghampiri katil Aisya, "Assalamualaikum adik.., abang datang ni. Abang rindu sangat dengan adik, adik cepat-cepat sembuh ya. Abang ada banyak sangat story nak share dengan adik tau..". Haikal membisikan dua kalimah syahadah dengan airmata yang mengalir laju.

"Haikal?". Doktor Nurul menyapa Haikal.

"Ehh, Nurul?..". Tanya Haikal sambil mengelap sisa airmatanya.

"Ya, saya Nurul Amalina..". Jawab Doktor Nurul dengan senyuman gembira.

"Lama betul tak jumpa awak..".

"Ya, tamat pengajian di UPM terus lost contact". Jawab Doktor Nurul.

"Emm. Eh, awak ke yang handle adik saya..?". Tanya Haikal lalu menunjuk ke arah Aisya.

"Lahh adik awak ke? Ya saya yang handle..".

"Ya, satu-satunya adik saya. Boleh awak terangkan pada saya condition adik saya sekarang? Kenapa dia belum sedar? Ke adik saya koma??". Tanya Haikal.

"Emm, ya..adik awak koma. Kecederaan dikepala sewaktu accident betul-betul memberi tekanan kepada otak adik awak. Tapi awak jangan risau, saya sudah buat pemeriksaan akan tindak balas spontan dan alhamdulillah adik awak memberi respon yang baik..".

Lemah lutut Haikal, kalau dulu tugas dia sebagai doktor yang akan memberitahu condition buruk juga baik pesakit kepada ahli kelurga pesakit dan sekarang dia pula merasa sebagai ahli keluarga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience