Bab 7

Romance Series 10218

Selesai adegan tangisannya Naufal akhirnya terlelap di sisi katil Aisya, tangannya mengenggam kemas jari-jemari Aisya. Dalam dia tidur-tidurr ayam itu, Naufal terasa jari-jemari di tangan tergerak-gerak.

"Ehh..". Naufal sedikit terkejut, dia mengangkat kepala dari katil.

Naufal merenung seketika ke arah jari-jari Aisya yang masih ditangannya, "Aku mengigau gamaknya ni..". Naufal mengeluh kecewa.

"Hmm, aku terlalu berharap". Keluhnya lagi.

"Takpe sayang, abang akan tunggu. Walau selama mana sekalipun, abang tunggu sayang. Sayang jangan risau". Sebaik habis Naufal berkata-kata, jemari Aisya kembali bergerak-gerak.

"Ehh..". Dia perhatikan lagi, kalau matanya salah lihat.

Gerakan jemari Aisya betul terasa di tapak tangan Naufal, dia mengalihkan pula pandangan ke mata Aisya ternyata juga bergerak-gerak seperti Aisya sedang berusaha mahu membuka kelopak matanya.

"Sayang..., sayang..". Senyuman di bibir Naufal sudah terukir dan airmata gembira juga sudah menitis walaupun Aisya masih belum berjaya membuka matanya.

"Doc.., doc.. Hurry up doc". Jerit Naufal.

Dengan tergesa-gesa Doktor Nurul berlari ke katil Aisya, "Why Naufal? What happened?". Kelam kabut Doktor Nurul ke sisi katil.

"Doc, see..". Naufal tunjuk ke arah mata Aisya.

Perlahan-lahan mata Aisya terbuka, berkali-kali mata itu ditutup dan dibuka kembali kerana silau akan cahaya. Akhirnya mata Aisya terbuka, dengan pandangan yang redup Aisya memandang ke arah Naufal.

"Hawa Nur Aisya...?". Doktor Nurul memanggil nama Aisya.

Lirikan mata Aisya ke arah Doktor Nurul pula, "Awak dekat mana sekarang ni?". Tanya Doktor Nurul pula, dan membuat sedikit pemeriksaan ke atas Aisya.

"Alhamdulillah Naufal, dalam sehari dua ini kalau tiada sebarang masalah Aisya akan dipindahkan ke wad biasa".

"Syukur alhamdulillah.. Thanks doc". Naufal tersenyum gembira.

"Awak temankan Aisya ye, dia mungkin sedikit blur. Saya keluar beritahu berita gembira ini kepada yang lain".

"Baiklah doc..".

Naufal merenung wajah Aisya, sedari dia sedar tiada sebutir perkataan pun yang terkeluar dari bibir munggil Aisya. "Aisya.., sayang". Panggil Naufal.

"Err.. Saya dekat mana ni?". Sedikit serak suara Aisya.

"Sayang dekat hospital, sayang accident. Ingat tak?".

"Acc..accident? Bila?". Tanya Aisya.

"Emm, dah 37 hari sayang koma". Balas Naufal.

"Kk..koma?". Aisya seperti kebingungan.

"Ye, semua risaukan sayang. Ibu, ayah dan Abang Haikal ada kat luar".

"Saya nak jumpa mereka, saya nak jumpa ibu, ayah, Abang Haikal..". Airmata Aisya mula menitis.

"Kejap lagi ibu masuk, sayang sabar ye..". Pujuk Naufal.

Airmata kegembiraan mengalir laju dipipi mereka tiga beranak, khabar gembira inilah yang mereka nantikan selama ini. Akhirnya doa yang dipohonkan kepada Allah S.W.T terjawab jua, mereka berpelukan kegembiraan.

Dengan airmata yang masih meleleh dipipi, Hjh Kamariah memasuki ruangan I.C.U yang menempatkan anaknya Aisya. "Aisyaa, anak ibu..". Laju dia melangkah ke katil, memeluk erat tubuh anaknya itu dan mengucup kedua belah pipi juga dahi Aisya.

"Anak ibu..., ibu rindu Aisya..". Hjh Kamariah tersenyum bahagia.

"Ibu.. Betul ke adik accident dan koma?". Tanya Aisya.

"Ya dik, ibu betul-betul susah hati tengok adik tak sedarkan diri. Tapi harini, ibu bersyukur sangat anak ibu dah sedar..". Hjh Kamariah memeluk Aisya, dia terlalu rindukan Aisya.

Naufal keluar, memberi peluang kepada Hj Zulkifli pula untuk masuk bertemu Aisya. "Adik...". Panggil Hj Zulkifli dengan penuh hiba.

"Ayah...". Mereka berpelukan.

"Adik rindu sangat dengan ayah, ibu dan Abang Haikal..terasa macam dah lama sangat tak jumpa". Ujar Aisya.

"Em, kami semua juga rindu dekat Aisya.. Kami juga tak pernah berhenti mendoakan kesembuhan Aisya. Alhamdulillah, Aisya dah sedar". Balas Hj Zulkifli.

"Semua risaukan Aisya, keluarga Naufal juga tak terkecuali tau. Lagi-lagi si Naufal tu, bila waktu melawat pasti dia datang temankan Aisya". Tambah Hj Zulkifli lagi.

"Naufal??". Soal Aisya kehairanan.

"Siapa Naufal ayah ibu??". Soal Aisya lagi.

"Aisya.., jangan macamni. Maafkan Naufal, dia betul-betul sudah menyesal. Dia juga sudah sedar akan segala salah dan silap dia pada Aisya, maafkan dia ya". Pujuk Hjh Kamariah.

"Tapi...,". Aisya cuba berkata-kata.

"Aisya redha ya, semua sudah tertulis. Jangan berdendam..". Hj Zulkifli memotong percakapan Aisya.

"Tapi ayah, ibu.. Siapa Naufal? Adik tak pernah kenal sesiapa bernama Naufal".

"Aisya.., baiklah. ibu dan ayah takkan paksa Aisya maafkan Naufal tetapi jangan berkeras sangat dengan dia ya". Hjh Kamariah mengalah.

"Kejap, adik tak paham ni. Siapa Naufal? Kawan adik ke atau kawan Abang Haikal??". Aisya kebingungan, dia langsung tidak faham akan yang diperkata oleh ayah dan ibu. Dan siapakah Naufal?

"Aisya..??". Panggil Hjh Kamariah.

"Waktu adik sedar tadi, siapa lelaki tu? Kenapa dia panggil-panggil adik sayang? Sedara kita ke bu??". Tanya Aisya lagi.

Hj Zulkifli dan Hjh Kamariah saling berpandangan, "Panggil Doktor Nurul Yah.., kenapa dengan Aisya ni". Kata Hj Zulkifli.

"Ya bang".

Hjh Kamariah datang kembali bersama Doktor Nurul, dia telah menerangkan serba sedikit.

"Aisya.., Doktor tanya awak jawab ye". dibalas anggukan dari Aisya.

"Apa nama awak?".

"Hawa Nur Aisya Binti Zulkifli".

"Umur awak berapa?".

"18 tahun". Aisya jawab dengan bersahaja.

"Abang..". Lemah lutut Hjh Kamariah, memegang erat lengan Hj Zulkifli.

Hj Zulkifli sendiri kaget, sungguh dia terkejut dengan jawapan dari Aisya. Kenapa dengan anaknya Aisya?

"Em, okey Aisya.. Sekarang tahun berapa?". Tanya Doktor Nurul lagi.

"2009..".

"Err, 2009? Bulan berapa?".

"May..".

"Awak pasti sekarang bulan May 2009?". Tanya Doktor Nurul lagi.

"Ye, bulan lepas result SPM saya baru keluar..".

"Ohh, hmm baiklah.. Awak baring-baring dulu ye.. Doktor ada perkara nak bincang dengan ayah ibu awak kat luar".

"Okey..".

Mereka bertiga berjalan keluar dari ruangan menempatkan Aisya, "Doktor macam mana ni? Kenapa dengan anak saya Aisya??". Soal Hjh Kamariah.

"Makcik..pakcik.., berdasarkan pemerhatian saya Aisya disahkan hilang ingatan. Tetapi ingatan dari waktu kecil hingga umur dia 18 tahun dia ingat. Tengok tadi dia kata sekarang May 2009, jadi ingatan dia hanya sampai disitu. Semua yang pernah berlaku selepas May 2009, tiada dalam memori ingatan dia. Ini berkemungkinan disebabkan kesan dari tekanan pada otaknya akibat kecederaan, mungkin kotak ingatannya telah terusik. Saya akan buat ujian lain-lain, untuk mendapatkan kepastian". Terang Doktor Nurul.

"Abang..., jadi Aisya takkan ingat Naufal dan semua yang telah terjadi???". Hjh Kamariah memandang suaminya memohon kepastian.

Dengan wajah kerisauan Hj Zulkifli bersama Hjh Kamariah melangkah keluar dari ruangan I.C.U, mereka gembira dan bersyukur Aisya telah sedar tetapi memikirkan tentang Naufal hati mereka pilu. Kini anak mereka Aisya sudah tiada sebarang memori bersama Naufal, hati mereka tak untuk memusnahkan kegembiraan Naufal.

"Ayah..ibu.., adik macam mana??". Tanya Haikal dengan teruja.

"Abang masuk kejap ye, abang nak jumpa adik". Tambah Haikal lagi.

"Abang..., kejap. Ayah ada perkara nak bagitahu kamu dan Naufal".

"Perkara apa ayah?". Tanya Naufal pula.

"Hmm, begini..kesan dari kecederaan dikepala Aisya, menyebabkan kotak memori dia sedikit terganggu..".

"Maksud ayah adik hilang ingatan??". Soal Haikal.

"Ya.., tetapi memori yang hilang adalah bermula dari May 2009". Terang Hj Zulkifli lagi.

Haikal sudah terduduk dikerusi, dia faham dengan apa yang diperkatakan oleh ayahnya. "Saya tak paham, apa maksud ayah?? Abang Haikal boleh terangkan?? Ibu??". Naufal keliru.

"Naufal.., diingatan Aisya hanya ada sampai May 2009..". Haikal tahu Naufal faham, cuma Naufal tak boleh terima semua kenyataan ini.

"Jadi...jadi Aisya tak ingat saya?? Kenangan kami sewaktu belajar?? Kenangan kami sebagai suami isteri?? Suka duka yang telah kami lalui?? Dan semua salah dan silap yang telah saya buat?? Aisya tak ingat semua tu???!". Naufal terduduk dilantai, menangis semahunya. Dunianya gelap seketika..

Dugaan apakah lagi Ya Allah. Sungguh berat dugaanMu kali ini, aku tak kuat Ya Allah..aku lemah. Sungguh aku lemah, aku lebih rela dibenci dari dilupakan sebegini. Tiada walau secebiskah ingatan Aisya tentang aku? Tiadakah sekeping memori indah kami lalui diingatan dia? Aku lebih sanggup kalau dia ingat akan segala kejahatan aku telah lakukan kepada dia, berbanding tanpa sebarang memori tentang aku diingatan dia.

Kini sudah dua hari Naufal terperuk dihotel, semua panggilan yang masuk tidak dihiraukannya. Sesudah diterangkan oleh Hj Zulkifli dan Haikal akan keadaan Aisya, Naufal terus pulang ke hotel tanpa bertemu Aisya terlebih dahulu. Naufal tidak sanggup, dia takut kalau Aisya bertanya akan siapakah diri dia. Dia tak sanggup untuk menjadi seseorang yang tidak dikenali oleh Aisya, hatinya sakit dengan semua ini tapi dia sedar mungkin ini adalah balasan Allah terhadap semua perbuatannya kepada Aisya.

"Ding dong..ding dong..". Loceng bilik berbunyi.

Dengan malas Naufal bangun membuka pintu, sebaik pintu dibuka matanya terpandang akan kedua bapanya berdiri di pintu. "Daddy..ayah..". Naufal sedikit terkejut dengan kehadiran mereka berdua.

Tan Sri Mukhriz dan Hj Zulkifli melangkah masuk ke bilik Naufal, Naufal bersalaman dengan mereka. "Kenapa dengan kamu ni Naufal?". Tan Sri Mukhriz menggeleng tengok keadaan Naufal dan bilik yang tidak terurus.

"Naufal tak sihat ke? Demam?" Tanya Hj Zulkifli pula.

"Naufal okey, Naufal okey ayah..daddy. Naufal okey, jangan risau..". Ujar Naufal dengan mata berkaca.

"Kamu pergi bersiap, kita ke hospital mummy kamu ada disana". Arah Tan Sri Mukhriz.

"Naufal nak rehat, nak tido..". Naufal merebahkan badan dikatil.

"Naufal, jangan mengalah macamni. Selama Aisya terlantar koma, ayah tengok Naufal lah yang paling kuat antara kami. Jangan mengalah ya". Pujuk Hj Zulkifli.

"Tapi yah..., Aisya dah tak ingat Naufal. Naufal dah tak wujud lagi diingatan dan dihati Aisya". Airmata Naufal mula jatuh.

"Kamu anggap saja semua ini adalah balasan kepada kamu Naufal..". Pedas kata-kata dari Tan Sri Mukhriz.

Hj Zulkifli menepuk bahu bekas besannya itu, agar Tan Sri Mukhriz bertenang dan tidak menambahkan lagi duka dan luka dihati Naufal. "Semua ini ujian Allah S.W.T untuk kita Naufal, untuk kita semua. Kerana Dia tahu kita semua mampu untuk mengharungi semua ujian ini".

"Tapi Naufal tak kuat yah, Naufal lemah.. Naufal tak sanggup untuk hadapi semua ni..". Rintih Naufal lagi.

"Ayah ada, daddy ada..kami semua ada untuk Naufal. Kami ada bersama Naufal untuk mengharungi semua ini, jadi Naufal kena kuat dan tak boleh mengalah ya". Pujuk Hj Zulkifli lagi.

Hj Zulkifli bangun memeluk Naufal, dia tahu ujian ini agak berat kepada Naufal. "Naufal bersiap ya, semua tengah tunggu Naufal."

Dengan hati yang berat Naufal melangkah juga masuk ke bilik Aisya, sekarang Aisya sudah dipindahkan ke wad biasa.Tiba-tiba langkahnya dihalang oleh Haikal dan Doktor Nurul, mereka memandangnya dengan simpati.

"Naufal..jom Abang dan Dr Nurul ada perkara yang nak dibincangkan dengan kamu..". Haikal menepuk-nepuk lembut bahu Naufal.

"Baiklah..". Mereka berdiri diluar pintu bilik wad Aisya.

"Naufal..., macamni ye.. Saya sebagai doktor yang merawat Aisya, saya amat berharap awak dapat merahsiakan status dan hubungan awak dengan Aisya".

Naufal pandang Doktor Nurul dan Haikal silih berganti, dia mahukan penerangan yang lebih terperinci. "Kenapa ye doc??". Sedikit getaran dinada suaranya.

"Maaf Naufal, semua ini masih baru untuk Aisya. Jadi kita tak boleh memaksa Aisya untuk ingat semua yang dia telah lupakan. Setiap tekanan yang diberi kepada otak dan diri Aisya adalah tidak bagus untuk kesihatan dia". Terang Doktor Nurul lagi.

"Erm..". Naufal mengangguk lemah.

"Naufal, kita sebagai keluarga perlu bagi Aisya ruang dan waktu untuk dia. Kita tak boleh paksa, tapi kita boleh ikhtiar dengan bawak dia ke temoat-tempat yang dia selalu pergi". Tambah Haikal pula.

"Tapi.., berapa lama masa yang diperlukan untuk ingatan Aisya akan kembali??". Soal Naufal dengan memandang lantai, dia bagai tiada kekuatan lagi untuk menghadapi dugaan dunia.

"Semua bergantung pada diri Aisya sendiri, kita hanya boleh membantu dan menyokong dari belakang". Ujar Doktor Nurul.

"Naufal, daddy dan mummy kamu perkenalkan diri mereka kepada Aisya sebagai kawan baik ayah dan ibu. Dan kamu pula, anak mereka yang belajar diuniversiti bersama Aisya.

"Hhmmmm..". Naufal mengeluh panjang.

Naufal mengikuti langkah Haikal masuk ke bilik, dia bersalaman dan berpelukan dengan mummy serta Hjh Kamariah. Pandangannya di alih pula kepada Aisya, Aisya memandangnya tanpa sebarang riak diwajah. Mata Naufal mula berkaca, kalau diikutkan rasa dihati mahu saja dia peluk dan melutut dikaki Aisya memohon kemaafan.

"Ini ke anak daddy dan mummy..?". Tanya Aisya memandang Naufal.

"Ya.., ini Naufal anak daddy..". Jawab Tan Sri Mukhriz.

"Ohh, kami sama umur kan?". Tanya Aisya lagi.

"Ya, kamu berdua belajar diuniversiti sama tapi kos berlainan". Jawab Puan Sri Mashitah pula, sejak Aisya kemalangan dia sudah mula berubah. Lagi-lagi bila melihat penderitaan yang ditanggung Naufal, dia menyesal kerana menjadi penyebab kepada perceraian anak menantunya.

"Ohh..". Aisya masih memandang Naufal. Semua diam membisu, situasi ini agak kekok kepada semua.

"Aisya lapar tak? Nak makan apa, abang carikan". Haikal cuba memecah kesunyian.

"Emm, adik masih kenyang. Tapi adik terasa nak minum coconut shake Klebang..". Jawab Aisya bersahaja, sejak sedar dia mula membahasakan diri sebagai adik. Kalau diikutkan selepas kawin dia sudah jarang panggil dirinya adik.

"Hamboii.., nak yang Klebang ke? Yang Kuantan taknak??". Tanya Haikal dengan tawa kecil.

"Kuantan punya pun boleh, nak yang special ye abang..". Aisya buat muka comel.

"Haha, yelah-yelah. Naufal jom ikut abang..". Tujuan Haikal sebenarnya mahu bawa Naufal keluar dari bilik, betul sebelum ini dia amat marahkan Naufal tetapi sekarang dia benar-benar simpati kepada bekas adik iparnya itu.

Sebaik pintu bilik ditutup dari luar, Naufal memeluk tubuh sasa Haikal dan menangis semahunya dibahu Haikal. Haikal menepuk-nepuk belakang badan Naufal untuk menenangkannya. "Sabar Naufal..sabar..". Haikal cuba memujuk Naufal.

"Saya tak kuat bang, saya tak boleh hadap semua ni, saya tak boleh bersemuka dengan Aisya macamni. Hati saya merana bang, sakit bang sakit sangat hati saya ni. Saya tak salahkan Aisya, saya tak salahkan takdir tapi saya salahkan diri saya sendiri bang. Saya adalah penyebab semua ini terjadi..". Naufal menangis teresak-esak.

"Naufal.., kau tak boleh terus menerus salahkan diri kau macamni. Semua tahu, ini bukan salah engkau.. Ini takdir Naufal, yang telah ditetapkan. Kita semua perlu kuat untuk hadapi ujian ini, tak boleh sesekali pun mengalah". Ujar Haikal dengan suara yang tenang, tetapi mata sudah berkaca, perasaan sebak juga sudah memenuhi dada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience