Bab 8

Romance Series 10218

Seminggu kemudian, Aisya telah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Hj Zulkifli dan Hjh Kamariah bersependapat untuk membuat majlis doa selamat ke atas kesembuhan Aisya di surau kampung. Ini kerana atas nasihat Doktor Nurul, yang tidak mahu Aisya terganggu dengan soalan dari saudara-mara dan juga jiran tetangga.

Kesihatan Aisya semakin baik, dia sudah mampu berjalan tanpa bertongkat atau dibantu lagi. Tetapi langkahnya masih perlahan, sikapnya pula menjadi kebudak-budakan seperti berumur 18 tahun. "Apa la mamat ni buat kat rumah aku ni? Tak keje gamaknya, perabiskan beras je..". Bebel Aisya bila terlihat akan Naufal yang sedang mengelamun di pangkin.

Sedang dia ralit memerhatikan Naufal, tiba-tiba Naufal berpaling memandangnya yang berdiri di pintu rumah. "Adehhh, kantoi pulak..". Aku sedikit kaget bila Naufal berjalan ke arahku.

"Ehh, dia dengar ke aku mengata dia tadi?". Aku mengundur ke belakang beberapa langkah.

"Arghh..". Aku hampir terjatuh, Naufal berlari terus memaut kemas pinggangku dan kami dalam posisi berpelukan.

"Aisya okey??". Naufal bisik di telingaku.

"Ehh, kenapa dengan pakcik ni? Pegang-pegang orang pulak..". Aku meleraikan pelukan kami.

"Pakcik??". Soal Naufal.

"Yela.., pakcik ni kenapa duduk rumah saya? Tak keje eh? Takde rumah sendiri?". Soalku mengawal malu.

"Aisya, kita sama umur tau. 26 tahun, awak bulan april dan saya september. So kalau diikutkan, awak lagi tua dari saya". Balas Naufal.

"Eh ape pulak.., saya sweet 18 lah. Pakcik ni nak membohong pon agak-agaklah, muka tua cenggini kata 26". Aku tunjuk ke arah jambang Naufal yang panjang dan tidak terurus itu.

"Awak tak percaya ek? Okey nanti saya tunjukkan i/c kita berdua. Awak tengoklah puas-puas..". Naufal tak mahu mengalah.

"Tak payah lah pakcik, tak payah buang masa. Saya nak masuk, nak tido. Buang masa saya je layan pakcik ni..". Aku mengatur langkah ke bilik.

Naufal tersengih, kini dia sudah kuat untuk mengharungi semua ini. Sikap kebudak-budakan Aisya sedikit sebanyak membantunya untuk melalui semua ini dengan mudah, hatinya kadang-kadang terhibur dengan sikap Aisya itu. Dia takkan mengalah lagi, kali ini dia akan berjuang sehabis mungkin untuk mendapatkan hati Aisya kembali.

"Kenapa berdebar-debar je ni? Dan aku tak paham lah, kenapa setiap kali pandang muka pakcik tu mesti hati aku ni sakit. Sakit macam nak dihempuk je kepala pakcik tu dengan kuali ibu.. Hmm, ayah cakap aku dan pakcik tu kawan rapat masa diuniversiti.. Yeke ek? Ehh, yang aku sibuk pikirkan dia dah kenapa. Tido tido..". Omel aku sendirian.

Keesokkan pagi ketika semua sedang bersarapan, "Ibu, sedap betul nasi lemak sambal kerang ni. Memang thorbaeklah bu..". Puji Naufal.

"Elehh, makan free..mestilah sedap..kan". Aku sindir Naufal.

"Adikk, tak eloklah cakap macamtu". Ayah menegurku.

"Hahaa, takpe yah. Emm, masakan ibu memang sedap..kalau perlu dibayar sekalipun saya sanggup". Naufal mengenyitkan matanya.

'WTH! Pakcik ni nak menggatal dengan aku ke hape? Kang ade jugak yang makan kaki aku pepagi ni'

Naufal pandang aku dengan senyuman meleret, 'Eh dia ni memang melebih, memang nak kena dengan aku..'
Petang ketika Hj Zulkifli, Hjh Kamariah, Haikal dan Naufal sedang rancak berbual sambil menikmati hidangan minum petang. "Weii, sampai hati ayah, ibu, Abang Haikal.., minum petang tak ajak aku pun. Aku ni macam anak tiri pulak, bukan main baik dorang layan pakcik tu".

"Hmmm, merajuk ahh..". Aku merebahkan badan ke sofa, menonton Sinetron di tv.

"Ibu..,ayah, Abang Haikal.. Esok pagi Naufal akan balik ke Kl". Ujar Naufal.

"Eh kenapa Naufal? Kamu ada terasa hati dengan Aisya ke??". Tanya Hjh Kamariah.

"Eh tak bu.., cuma Naufal perlu ke Brunei. Dah lama sangat Naufal tinggalkan keje".

"Em, takpelah Naufal. Itu juga tanggungjawab kamu.., pasal Aisya kamu jangan risau". Ujar Hj Zulkifli.

"Ye, Abang ada tengokkan Aisya. Kau fokus ada keje je". Ujar Haikal pula.

"Ye, hati saya pon lega tengok Aisya dah makin sihat". Naufal tersenyum.

Hjh Kamariah membantu Naufal mengemas beg bagasi, "Ibu..ibuu...". Aku menangis macam kanak-kanak kehilangan ibu.

"Ya.., kenapa Aisya? Ibu dekat bilik Abang Naufal ni". Jerit Hjh Kamariah dari dalam bilik.

"Bu..., kaki Aisya lenguh-lenguh..". Ujarku sambil sapu airmata dipipi.

"Ya ampun.. Ingatkan kenapalah, waktu kecik dulu takde pulak manja sampai macamni. Hmm, Aisya.. Aisya..". Hjh Kamariah membebel.

"Alaa, bu...lenguh..". Rengekku lagi.

"Kejap lagi ibu urutkan, ibu nak kemaskan beg Abang Naufal kamu ni kejap".

Naufal senyum-senyum mengejek, "Meh sini, Abang urutkan..". Naufal mengenyitkan mata.

"Haa, elok juga. Abang Naufal kamu ni pandai urut..". Tambah Hjh Kamariah.

"Eee taknaklah bu., pakcik ni miang. Terkenyit-kenyit je mata dia dari tadi". Bentakku.

"Hahaha, bila pulak saya kenyit mata ni. Perasan lah awak ni Aisya, kan ibu kann..". Naufal tergelak-gelak.

"Ee benciii....". Aku beredar ke bilik Abang Haikal dan baring dikatilnya.

"Ehh kenapa ni dik? Muncung je ni..". Soal Haikal yang sedang menaip dimeja kerja.

"Adik tak suka lah bang pakcik tuuu..". Aduku.

"Naufal??".

"Yela..".

"Kenapa adik tak suka dia?". Soal Haikal lagi.

"Benci, dia suka sangat cari pasal dengan adik..".

"Biasa lah tu, dia nak bergurau..rindukan adik..".

"Ee kenapa nak rindu bagai.. Baik sangat ke kami dulu bang??".

"Erm.., korang rapat sangat dik. Dia pon selalu ikut adik balik sini, memang rapat sangat-sangat lah".

"Yeke? Abang jangan bohong..".

"Ish kenapa abang nak bohong pulak..".

"Hmm, tapi kenapa setiap kali tengok dia je pasti hati adik rasa nak marah..mendidih je". Terangku lagi.

"Ermm, yeke? Kenapa adik rasa macamtu??".

"Entahh.., waktu adik sedar haritu. Bila dia panggil adik sayang, adik rasa macam nak bangun hempuk je dia kat situ. Haa nasib baiklah adik tak larat lagi waktu tu bang..".

"Hahaa, ganas jugak adik abang ni ekk..".

Sesudah bersarapan keesokkan pagi, "Ibu ayah...Naufal pergi dulu ye..".

"Yelah, bawak kereta tu hati-hati Naufal, jangan laju-laju". Pesan Hjh Kamariah.

"Kalau ada masa nanti baliklah ke sini Naufal, ini rumah kamu juga..". Ujar Hj Zulkifli pula.

"Ye baiklah, ibu dan ayah jaga kesihatan ye..".

"Abang Haikal..".

"Jangan risau, abang ada tengokkan semua..". Ujar Haikal.

Naufal bersalaman dengan semua, aku hanya memerhati dari belakang. Dan akhir sekali Naufal menghulur tangannya kepada aku, "Aisya salam Abang Naufal kamu..". Arah ibu.

"Hmm, okey bu..". Aku menyambut huluran tangan Naufal.

"Cium tangan abang kamu tu Aisya..". Arah ibu lagi.

"Haa, kenapa pulak bu?? Bukan kami sama umur ke??".

Naufal mengenggam kemas tangan aku dan membawa tangannya ke bibirku, "Mana ade sama, awak 18 saya 26..". Naufal tersenyum lebar meraikan kemenangannya.

"Damn, terkena..". Aku mencebik, dihadapan ibu dan ayah memang tak boleh melawan si pakcik tu karang aku jugak yang kena.

Ketika semua sedang melambai-lambai kepada Naufal, aku mengangkat tangan dan membuat gaya seperti menghalaunya. "Aisya.., tak eloklah macamtu..". Hjh Kamariah menegur.

"Apa bu? Adik bye-bye je..". Aku tersengih.

"Adik abang ni makin nakal ye sekarang, jom ikut abang..".

"Pergi mana bang?".

"Naik motor, pusing-pusing kampung..".

"Nak..nak...nak ikut..". Aku sedikit teruja.

"Hahaha, jom.. Dah macam kanak-kanak ribena kau ni dik". Sindir Haikal.

Dua minggu kemudian, semenjak Naufal ke Brunei setiap hari dia akan hubungi aku. Semua call dan whatsApp dari dia tidak pernah aku hiraukan, seperti aku katakan sebelum ini ada satu perasaan aneh dihati aku setiap kali terpandang wajah mahupun terfikir akan Naufal. Ia satu rasa yang amat sukar untuk aku gambarkan, setiap kali tidak dilayan oleh aku Naufal akan mengadu dengan ibu maka aku dipaksa oleh ibu untuk menjawab setiap panggilan dari Naufal.

"Helloo". Aku menjawab panggilan dari Naufal dengan hati yang panas.

"Hamboi garangnyaa..., takut titew..". Naufal tergelak.

"Hmm, call orang ni kenapa? Nak ape? Tua-tua pon mengadu dengan ibu..". Sindirku.

"Hahaa, biarlah. Abang mengadu dengan ibu abang jugak..".

"Eh ehh.., itu ibu oranglah.. Dia dah ada mummy, nakkan ibu orang pulak..".

"Haa, lagi satu.. Apasal berabang-abang pulak nih, kata sama umur. Hei tak paham betul lah..". Rungutku lagi.

"Aisya.., awak dah lupa ke??". Soal Naufal.

"Apa...??!". Tanyaku dengan marah.

"Hmmm, dah lupa ek?".

"Eh, pasal ape? Cakap jelah pakcik hoi..".

"Hmmm, kan umur saya 26..dan awak 18.. Hahahahaha". Naufal gelak besar dapat kenakan aku.

'Eeee, dia nih. Tak habis-habis kenakan aku..' Aku bermonolog, menahan perasaan marah dan geram.

"Dah arh..". Aku memutuskan panggilan.

"Geramnya aku...., kalau dia dekat depan sekarang ni memang dah aku tarik-tarik bibir tebal dia tuu..".

Henfonku berdering, panggilan masuk dari Naufal. "Takde maknanya aku nak jawab.., lebih sanggup dengar ibu berleter dari dengar suara dia yang menyakitkan hati tu".

"Yeoppo unni munja wasseo..".

"Yeoppo unni munja wasseo..".

"Yeoppo unni munja wasseo..".

Ringtones whatsApp aku berbunyi, "Hamboi apa yang pakcik tu whatsApp sampai banyak nau masuk nih".

Pakcik Poyo : Hahahahaha


: Hahahahaahhaha


: Hahahaahahahhaahahah

"Dohhh..., dia ni memang tak reti taip 'Maaf' ke apa.. Hadoi sakit pulak hati nih...". Aku tinggalkan bluetick tanpa membalas whatsApp dari Naufal, biar dia pulak yang rasa sakit hati. Hahaha..

Aku meninggalkan henfon dikatil dan berjalan keluar bilik ke ruang tamu mahu menonton televisyen. "Tengok cerita apa tu ayah..bu..?". Aku mencelah di antara ibu dan ayah yang sedang duduk disofa.

"Tengok telemovie ni haa dik, sebak hati ayah tengok". Jawab Hj Zulkifli..

"Ya Allah, Aisya..Aisya...". Ibu ketepi memberi aku ruang untuk duduk.

"Hahaa, anak ayah ni dulu takde pulak manja sampai macamni sekali.. Dulu lasak aja ikutkan si Abang Haikal". Ayah menggosok kepalaku.

"Yeke yah, okey..kalau macamtu..mulai sekarang Aisya akan jadi anak manja ayah dan ibu ye..". Aku memeluk bahu kedua orang tuaku.

"Hahaha, yelah.. Sampai bila-bila kamu akan jadi anak manja ayah ibu tau..". Ibu mencium pipiku.

"Terima kasih ibu..ayah..". Aku mengucup pipi ibu dan ayah, aku sedar mesti sudah banyak airmata mereka jatuh kerana aku.

"Ibu ayah.., sebelum ni adik keje ape ye?". Tanyaku.

Hjh Kamariah memandang Hj Zulkifli, "Ehem, selepas adik konvo haritu adik terus keje dengan Naufal". Jawab Hj Zulkifli.

"Oh yeke, keje sebagai ape yah?".

"Erm lupa pulak ayah, tapi memang adik keje dengan company daddy Naufal la. Apa kata adik tanya Naufal, ayah lupa lah..". Hj Zulkifli berdalih, sebenarnya Aisya hanya sempat bekerja selama tiga bulan sebagai setiausaha Naufal. Selepas disahkan hamil, Aisya membuat keputusan untuk berhenti kerja.

"Okeyy, nanti adik tanya dia..".

"Abang Haikal keluar ek bu?".

"Aah, lepas isyak tadi terus keluar..nak jumpa kawan sekolah dulu katanya".

"Ohh, emm.. Kawan-kawan adik ada tak kat kampung sekarang bu?".

"Ada..Siti dan Eira, ibu ada terserempak dengan mereka petang tadi. Mereka keje kat Kl, cuma balik bercuti..".

"Ni, Shah pon ada..boypren adik zaman sekolah dulu". Ujar Hj Zulkifli.

"Yeke ayah ni....???". Dahiku berkerut kurang percaya.

"Hahaa, yela. Apa adik ingat ayah taktahu ke adik bercinta dengan si Shah tu..".

"Eh ke adik lupa yang ayah ni dulu guru disiplin, dan adik tu belajar dekat sekolah ayah". Ayah mengangkat kening.

"Shah yang suka tido dalam kelas tu??". Soalku.

"Iyaaa.., tak percaya tanya ibu. Ke lupa jugak ibu ni guru kelas adik masa form 5". Tambah ayah lagi.

"Haa, adehhh..". Keluhku, disambut gelak tawa dari ibu dan ayah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience