Bab 2

Romance Series 10375

Hampir seminggu Naufal tidak pulang ke rumah kami, sudah puas aku menghubunginya. Setiap call yang aku buat langsung tidak diangkatnya malahan whatsApp dariku juga hanya ditinggalkan bluetick. Remuk, sungguh hatiku remuk. Naufal adalah lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatiku, hanya dia ye hanya dia yang pernah bertakhta dihati. Namun sekarang dia sedang melangkah pergi, pergi menjauh dari hatiku.

Harini ahad, petang nanti aku buat keputusan untuk ke rumah mertuaku. Aku mahu bersemuka dengan Naufal, mertua aku juga harus tahu akan masalah kami. Petang itu, aku terpacak di depan rumah agam mertuaku. Aku dan Naufal, kami memang tidak setaraf ia bagai langit dan bumi. Mummy dan daddy Naufal, iaitu Tan Sri Mukhriz dan Puan Sri Mashitah adalah dari keluarga berada. Mempunyai harta bertimbun-timbun yang takkan habis walau hingga tujuh keturunan sekalipun. Berbanding dengan keluargaku, ibu dan ayah hanyalah guru sekolah malahan orang kampung pula tu.

"Assalamualaikum". Aku memberi salam kepada tiga beranak yang sedang menikmati minum petang di patio.

"Waalaikumsalam..". Jawab mereka serentak. Jelas kelihatan riak kurang senang diwajah Naufal dan Puan Sri Mashitah.

"Ohh kamu Aisya, baru sampai dari kampung ke? Ibu dan ayah kamu sihat?". Tanya Tan Sri Mukhriz, memang jelas mereka masih tidak tahu akan masalah kami.

Tanpa menjawab pertanyaan dari daddy, aku menyalami tangan bapa mertuaku itu. Kemudian aku hulur pula tangan kepada mummy dan seperti selalu belum sempat aku mencium tangannya akan ditarik laju. Naufal pula dengan terpaksa menghulur tangan kepada aku.

"Elok sangat kamu datang Aisya, malam ni tido sini ye. Daddy dah lama tak bersembang dengan kamu, sunyi berdua je dengan mummy kamu ni".

Layanan Tan Sri Mukhriz dan Puan Sri Mashitah terhadap aku memang amat berbeza. Daddy, dia terima aku seadanya sebagai menantu dan tidak pernah sedikit pun daddy pandang rendah pada keluarga kami. Berbeza pula dengan mummy, dari awal perkenalan aku dengan Naufal lagi dia sudah menentang hubungan kami. Ya, kerana aku hanya anak seorang guru, anak kampung yang tak berharta dan pangkat.

Setelah selesai makan malam, daddy akhirnya mula perasaan akan ketegangan yang wujud antara Naufal dan aku. Manakan tidak, sejak aku datang petang tadi kami langsung tidak bercakap.

"Ada apa-apa yang daddy tak tahu ke?". Daddy mulakan bicara.

"Hmm, Naufal..Aisya.. Kenapa dengan kamu berdua? Langsung tidak bercakap". Tanya daddy lagi.

Aku menundukkan kepala, tidak sanggup rasanya untuk menjawab akan segala soalan daddy.

"Naufal?!". Nada suara daddy sedikit keras. Agaknya marah bila semua hanya diam membisu.

"Naufal nak kawin". Akhirnya, Naufal bersuara.

"Hahh?! Kawin? Apa maksud kamu ni Naufal".

"Naufal nak kawin, dengan Kamelia". Ulang Naufal.

"Ya Allah.. Hei Naufal kamu sedar ke apa yang kamu cakap ni haa?!". Marah daddy.

"Abang dah kenapa nak marah-marah anak kita? Itu pilihan Naufal, lagipun anak kita mampu untuk kawin lebih dari satu". Bentak Puan Sri Mashitah.

"Ohh awak sukalah Mas, anak kesayangan anak ni nak kawin dengan calon menantu pilihan awak tu..". Bidas Tan Sri Mukhriz pula.

"Ya saya suka, saya sokong sangat dengan pilihan Naufal kali ini. Barulah setaraf dengan kita, berbanding dengan menantu kesayangan abang tu".

"Dasar perempuan kampung, dah lah miskin..cucu pun kau tak mampu bagi aku!". Jerit Puan Sri Mashitah kepadaku.

"Mas! Awak jangan melampau! Itu namanya takde rezeki, semua ketentuan Allah..awak jangan jadi manusia yang tak tahu bersyukur dan bongkah..jangan nak banggakan sangat dengan kekayaan di dunia ni Mas, bukan boleh bawak ke mati pon". Tengking daddy.

Aku hanya tertunduk ke lantai, airmata dari mula tadi dah mengalir..tak sanggup rasanya nak mengangkat muka memandang semua. Ya, mungkin sebab inilah Naufal berubah hati. Zuriat.. Aku tahu aku tak mampu berikan dia zuriat, aku sedar akan kekurangan ini. Tetapi semua adalah ketentuan Ilahi, dua kali aku disahkan hamil dan dua kali jugaklah aku mengalami keguguran. Perit dan pedih hati ni, hmmm takpelah mungkin aku harus setuju dan redha dengan keputusan Naufal. Tapi sanggupkah aku untuk berkongsi kasih? Dan mampukah aku untuk meneruskan hidup tanpa Naufal?

"Aisya izinkan..". Kata-kata yang keluar dari mulutku ini betul-betul menghiris hati sendiri. Pedihhh..

"Aisya..". Daddy agak terkejut.

"Aisya sanggup bermadu". Lagi sekali aku menguris luka di hati yang sedia terluka.

Kedengaran daddy mengeluh, mummy tersenyum puas manakala Naufal hanya berdiam diri dan wajahnya kelihatan terkejut mungkin dia tak sangka aku izinkan dia kawin dengan Kamelia.


********************

Keesokannya, selesai sarapan aku pulang ke rumah berseorangan. Aku dan Naufal tidak bercakap walau sepatah pun, tetapi dia masih mengimamkan solat kami. Hati aku saat ini? Kosong..ya kosong. Hati aku sendiri bagai dah tak mengenali lagi siapa insan yang pernah bertakhta di hati ini. Sungguh berlainan sikap dan layanan Naufal terhadap aku, kalau dulu dialah yang selalu buat hati aku berbunga-bunga.

Selama seminggu ini, hari aku hanya tersimpuh di tikar sejadah. Memohon kekuatan untuk mengharungi semua ini, sungguh aku tak kuat..aku tak kuat Ya Allah, tiba-tiba kedengaran ketukan kuat dipintu rumah.

"Kejap ye..". Kataku tanpa mengetahui siapa yang mengetuk.

"Hoi betina! Kau membuta ke hape?!". Aku ditengking Lia sebaik saja membuka pintu, kelihatan mummy juga bersamanya.

"Masuk mummy..". Aku hulur tangan untuk bersalam tapi tidak disambut oleh mummy.

"Tak payah, aku datang sebab bakal menantu aku ade sesuatu nak cakap dengan kau. Kalau tak memang tak hingin aku pandang muka kampung kau tu ".

"Hmm, ade ape Lia?".

"Kau dengar sini Aisya, sape yang nak bermadu dengan kau..aku tak hingin la berkongsi Naufal dengan betina kampung macam kau ni".

"Naufal pon dah tak selera dengan kau, jadi pandai-pandai lah berambos dari hidup kami". Tambah Kamelia lagi.

"Pannnggg". Satu tamparan aku hadiahkan dipipi Lia.

"Kau yang rampas Naufal dari aku! Sekarang kau datang sini semata nak cakap yang kau taknak berkongsi Naufal dengan aku. Manusia jenis ape kau ni Lia!". Aku hilang sabar.

"Pannnggg!!". Puan Sri Mashitah menamparku.

"Perempuan tak sedar diri! Dasar anak kampung! Dari dulu kau memang tak layak jadi menantu aku, malah aku tak pernah restui perkahwinan anak aku dengan kau!". Tengking Puan Sri Mashitah.

"Kau dengar sini Aisya, aku akan pastikan Naufal ceraikan kau! Naufal akan jadi milik aku sampai bila-bila!!". Ugut Kamelia sambil tangan memegang pipi.

"Kau tunggu.., Naufal akan ceraikan kau..". Kata Kamelia lagi dan terus berjalan bersama mummy ke keretanya.

"Allah..., kuatkan aku Ya Allah..". Sakit dihati lebih terasa berbanding tamparan dipipi.

Sungguh tidak aku sangka perangai Kamelia seteruk itu, aku begitu percayakannya dan menganggap kami adalah sahabat dunia akhirat. Aku betul-betul tertipu..

Setelah sekian lama termenung di sofa, henfon aku berbunyi menandakan ada panggilan masuk..aku mencapai henfon dimeja rupanya call dari daddy.

"Hello, assalamualaikum daddy..".

"Waalaikumsalam, Aisya sehat?".

"Aisya sehat je daddy.. Daddy pulak macam mane sehat ke?".

"Alhamdulillah.., daddy sehat. Aisya, datang sini ye..daddy bukan ape, dah lama tak makan kari kepala ikan yang Aisya selalu masak. Daddy dah pesan dekat bibik, belikan kepala ikan".

"Daddy teringin ke? Kalau macamtu takpe..petang nanti Aisya ke sana".

Selepas menamatkan panggilan dari daddy aku termenung lagi, baru aku sedar selepas keguguran kali kedua Naufal memang berubah sikap..dia menjadi agak dingin dengan aku. Hmm benarlah kata orang, hati manusia cepat berubah.

Sebelum ke rumah keluarga Naufal, aku whatsApp dia dahulu meminta kebenaran untuk keluar ke rumahnya. Sampai di sana kelihatan hanya bibik saja di rumah, mummy mungkin masih bersama Lia bakal menantunya itu. Aku menunaikan solat asar terlebih dahulu, kemudian turun ke dapur untuk memasak makanan malam.

Sedang leka aku memasak, tiba-tiba kedengaran suara Naufal memanggil namaku.

"Aisya...". Mendatar saja suara Naufal.

"Ye abang". Jawabku dan berjalan keluar dari dapur.

"Betul ke ape yang mummy dan Lia ceritakan?". Tanya Naufal.

"Cerita ape abang?". Tanya aku.

"Eh kau tak payah buat taktahu lah Aisya, depan mata aku kau tampar-tampar Lia. Sedangkan Lia datang dengan niat baik nak mintak maaf dengan kau. Tapi kau sanggup pukul dia sampai macamtu malahan kau paksa pulak dia melutut depan kau.. Perempuan jenis ape kau ni Aisya?". Kata Puan Sri Mashitah bersungguh-sungguh.

Aku terpingga-pingga, tuduhan apakah ini? Allah..sampai macamtu sekali mummy bencikan aku, hingga sanggup menabur fitnah.

"Mummy ape ni? Kenapa tuduh Aisya macam ni??".

"Abang.., tak abang.. Aisya tak buat Lia macam tu, sumpah abang..".

"Hei jadi kau tak nak mengaku yang kau tampar Lia??!". Tambah Puan Sri Mashitah.

"Ye, Aisya mengaku yang Aisya ade tampar Lia tapi..".

"Hah mengaku pun.. Naufal, tengok isteri kamu.. Sekarang sebelum kamu dengan Lia kawin pun dia dah pukul-pukul Lia macam tu, nanti bila kamu berdua kawin mummy tak tahu lah ape lagi yang dia akan buat dekat Lia. Entah-entah bila Lia mengandung nanti ditolaknya dari tangga, yela dengki dia tak boleh bagi kamu zuriat..". Puan Sri Mashitah memotong percakapanku, di tambahnya lagi dengan fitnah-fitnah terhadapku.

"Mummy! Ape mummy cakap ni? Kenapa tuduh Aisya sampai macamtu sekali?". Nada suara aku sedikit tinggi, membuak-buak saja rasa marah dihati ini.

"Abang.., tak abang. Aisya tak buat dan Aisya takkan buat semua tu abang. Tolong abang percayakan Aisya bang..". Rayuku memegang tangan Naufal.

"Aisya kau jangan nak kurang ajar dengan mummy aku!! Aku tak sangka kau seteruk ni, kau bukan lagi Aisya yang aku pernah kenal dulu!". Naufal tolak aku jatuh ke lantai.

"Abang... Percayakan Aisya bang..". Aku memegang kedua kaki Naufal.

"Hawa Nur Aisya.., aku ceraikan kamu dengan talak satu". Akhirnya, apa yang aku takutkan terjadi jua.

"Naufal!! Kamu dah gila ke?! Kamu sedar tak ape yang kamu buat ni?!". Tan Sri Mukhriz menjerit dari depan pintu, kemudian datang menampar Naufal.

Aku tersimpuh di lantai, tanpa suara...tanpa airmata...semudah itu Naufal membuang aku.

"Daddy yakin Naufal, suatu hari nanti kamu akan melutut di kaki Aisya..saat tu semua sesalan kamu dah tak berguna!".

"Naufal tak bahagia daddy.., lihat muka dia dah cukup menyiksakan hati ni". Tangan Naufal mencengkam dada, dia berjalan keluar dari rumah.

Akhirnya aku tewas juga, tangisan dan sendu esakan silih berganti. Hati aku pilu, tak guna berjuang dan mempertahankan hubungan cinta kami lagi, semua sudah nyata tiada lagi cinta untuk aku dihati Naufal. Aku bangun menaiki tangga ke bilik, selesai mengemas barangan aku turun berjumpa daddy dibawah.

"Daddy, kari kepala ikan Aisya dah siap masak..nanti daddy makan ye. Aisya balik dulu..".

"Aisya.., daddy akan bincang dengan Naufal. Aisya jangan bimbang ye".

"Takpe..Aisya terima. Aisya tahu, semua ni berpunca dari Aisya jugak..kalau lah Aisya boleh bagi abang zuriat tentu dia tak berubah hati". Aku sebak, Tan Sri Mukhriz amat baik dan aku dah anggap dia seperti bapa kandung.

"Daddy jangan risau ye..Aisya balik dulu..". Aku bersalam dengan daddy.

Sejak maghrib aku di tikar sejadah, mengaji untuk menguatkan hati yang sedia rapuh ini. Remuk hati ni, sungguh tak sangka Naufal berubah sedemikian rupa. Insan yang pernah berjanji untuk sehidup semati kini benar-benar telah pergi dari hidupku. Dan kini, pada usia 26 tahun aku bergelar seorang janda.

Hanya kepada Yang Maha Esa tempat aku mengadu, merintih, menangis..memohon kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang tanpa Naufal disisi. Kisah cinta kami kini sudah hampir ke penamatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience