Bab 1

Romance Series 10218

Aku merenung ke arah Naufal dan Kamelia dengan perasaan yang cukup marah, sungguh tidakku menyangka semua ini akan terjadi terhadap diriku. Dengan sekelip mata semuanya telah berubah dan impian ku hancur berkecai seperti hatiku juga. Kepercayaan yang telah aku berikan selama ini telah dibalas dengan perselingkuhan mereka di belakang ku. Sungguh menyakitkan hati, betapa sakitnya hati ini hingga tidak terluah dengan kata-kata.

"Saya cintakan Kamelia". Ujar Naufal tanpa rasa bersalah.

"Sudah setahun kami bercinta dan saya akan akhiri hubungan kami dengan perkahwinan". Tambah Naufal lagi.

Kata-kata dari mulut Naufal sungguh menghiris hati dan perasaan aku, tidak rasa bersalahkah dia ketika mengeluarkan kata-kata itu. Tergamaknya hati Naufal, rupanya sudah lama mereka berdua bermain cinta di belakang ku. Agaknya, kalau aku tidak terbaca akan sms mesra mereka pasti aku akan terus diperbodohkan.

Lupakah Naufal bahawa aku ini adalah isterinya? Isteri yang sudah dua tahun bersamanya, isteri yang sudah lima tahun menyerahkan hati padanya. Apakah erti semua ini? Adakah ini bermakna cintanya yang dahulu hanya padaku kini telah berpaling kepada Kamelia?

"Kenapa abang buat Aisya macamni?". Soalku menahan sebak.

"Saya dah tak bahagia dengan awak Aisya, sekarang hanya Kamelia yang boleh bahagiakan saya".

Allah, dugaan apakah ini Ya Allah. Suami yang selama ini aku sanjung, aku cintai dan sayangi telah berubah sama sekali. Tiada lagikah walau sekelumit rasa sayang dan cintanya terhadap diriku? Sudah hilangkah semua perasaan itu?

"Abang.., Aisya tahu abang nakkan anak. InshaAllah abang, akan ada rezeki kita untuk menimang anak. Kita sebagai hamba perlu terus berusaha dan berdoa padaNya, tanpa mengeluh dan tanpa berputus-asa". Pujukku dengan airmata yang mula membasahi pipi.

Naufal hanya mendiamkan diri, tiada sebarang pujukan yang keluar dari mulutnya. Aku berpaling ke arah Kamelia mengharapkan belas darinya, tetapi Kamelia hanya memandangku dengan pandangan sinis langsung tiada riak bersalah.

"Awak ada dua pilihan, samada bermadu atau diceraikan". Ujar Naufal setelah lama diam. Sakit hatiku bukan kepalang lagi, adakah ini pengakhiran kisah cinta kami yang telah disemai selama lima tahun ini.

"Abang, dah takde ke cinta untuk Aisya dalam hati abang? Kamelia kawan kita abang, kawan kita dari Universiti". Rayuku dan cuba mengenggam tangan Naufal.

"Kau Lia, sanggup kau rampas suami aku. Dah takde lelaki lain ke atas dunia ni hingga suami kawan baik sendiri kau tergamak rampas!". Aku memandang Kamelia dengan pandangan tajam.

"Aisya! Kamelia tak rampas saya dari awak. Saya yang sukakan dia, dan saya juga cintakan dia". Mereka berpegangan tangan.

Airmata aku sudah tak tertahan, luruh dengan laju membasahi pipi. Aku terduduk di lantai dengan esakan kuat, sungguh sakit hati ini bila dikhianati oleh dua insan yang aku amat bermakna dalam hidupku.

"Lia awak tunggu dalam kereta ye, saya nak kemas barang sikit". Arah Naufal kemudian menaiki tangga ke bilik tidur kami.

Seketika kemudian, Naufal turun sambil membimbit beg pakaian.

"Abang, abang nak pegi mane ni? Abang..". Aku bangun mendapatkan Naufal, aku peluk erat kakinya.

"Abang, tolong abang.. Jangan tinggalkan Aisya bang". Rayuku lagi.

"Buat masa sekarang saya akan keluar dari rumah ni, saya akan tinggal dirumah mummy daddy".

"Abang..., jangan buat Aisya macamni bang. Aisya tak boleh kehilangan abang, Aisya perlukan abang".

"Saya tegaskan disini Aisya, saya takkan sesekali tinggalkan Lia jadi awak buatlah keputusan mahu bermadu dengan Lia atau bercerai". Naufal menarik kakinya lalu melangkah keluar dari rumah meninggalkan aku yang teresak-esak dipintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience