BAB 7

Romance Completed 2401

Keputusanku hari ini akan menentukan masa depanku. Antara cita dan cinta, adalah dua perkara yang berbeza dan sama pentingnya bagiku jadi aku harus bijak membuat keputusan.

Cinta adalah soal hati dan jiwa nan halus dan cita-citadalah soal realiti hidup yang perlu diukir dan dirancang dengan bijak.

Namun apabila keduanya diberi batasan dan diseimbangkan maka ia akan

menjadi suatu kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup. Namun bila kau diberikan pilihan untuk memilih salah satu di antaranya apa yang harus kau lakukan?

Aku akui yang aku adalah insan lemah dan tak berdaya untuk memilih keduanya dalam masa yang sama.

Aku berada id dalam satu perangkap di mana aku harus membuat pilihan yang bijak untuk meloloskan diri demi keselamatan dan masa depanku.

Di tengah malam aku bermunajat ke hadrat Ilahi memohon petunjuk jalan yang harus pilih.

Saban malam bergenang airmata hingga pada sssatu ssaat ia sudah tidak membawa kesan kepadaku.

Hakikatnya aku harus nekad dan berani membuat keputusan sekalipunada hati yang terluka dek keputusanku ini.

Aku akan hadapinya dengan tabah meskipun ia bermakna hatiku juga akan terluka namu aku harus meneruskan pengajianku.

Akan kutunaikan janjiku kepada kedua orang tuaku untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Kerana aku terlebih dahulu berjanji pada mereka sebelum ku menemui dirimu.

Aku masih teringat akan kata-katamu padaku satu ketika dulu, kita harus memburu cita-cita, cinta boleh kemudian kerana kau percaya andai ada jodoh pasti takkan ke mana. Tapi akan dapatkah aku melupakanmu dengan sebegitu mudah Juna ? Cuba kau katakan padaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience