BAB 2

Romance Completed 2401

Sungguh mudah kau melemparkan kata perpisahan yang mencarik-carikkan hatiku rayna?

Apa tidakkah kau mengerti betapa ungkapan itu cukup berbisa dan meracuni sekeping hatiku yang rapuh tanpa dirimu?

Umpama peluru mortar yang menembusi dadaku? Berilah aku sedikit waktu

dan izinkanlah aku untuk bernafas walau sesaat Ratna untuk memikirkan apa yang terbaik.

AKu pasti kau tahu Ratna bahawa selama ini aku telah mengukir impian untuk hidup bersamamu duhai gadis idamanku?

Setelah sekian lama kita menjalin persahabatan dan seterusnya bermadu kasih lantas tiada angin, tiada rebut iba-tiba sahaja kau mengubah haluan?

Jangan bermain soal hati Ratna.. Jangan cuba bergurau. Jangan permainkan hatiku yang suci dan cintaku yang tulus ikhlas ini padamu. Aku menggembara jauh semata-mata untuk masa depan kita.

Aku ingin membahagiakanmu apabila kita hidup bersama nanti, menyulam suka bersama anak-anak kita persis yang selalu kita impikan. Aku masih mampu membaca bait-bait berbisa yang kau ukir di dada lembaran biru ciptaanmu.

Bagaimanapun, air mata yang merembes tak mampu kutahan. Jiwa lelakiku tercalar jua. Aku tidak pernah menitiskan air mata semudah ini. Dan ia adalah terlalu mahal harganya bagiku.

Kau telah berjaya melakukannya, Ratna. Semakin kau mahu menjauh, semakin kuat rasa rindu dan airmata terus-terusan mencurah menyeksa jiwaku.

Bagaimana harus ku terima akhirnya kisah kita tanpa sebarang alasan kukuh yang kau berikan?

Demikianlah lembaran terakhir yang ku terima darinya,meskipun aku mengharapkan kehadirannya buat sekian lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience