Dalam tenang hati ku ini aku cuma mampu menghadiahkan senyuman dan sesekali angguk tanda faham cukup untuk memaklumkan bahawa aku memahami bait kata-kata lelaki tua itu. Kulihat Juna tersenyum lebar seperti mentertawakan aku yang serba tak kena. Betul ke apa yang kudengar? Aku seperti bermimpi pula.
Benarkah aku adalah 'calon menantu' keluarga ini yang menerimaku dengan hati penuh terbuka? Kecil besar kecil besar mataku memandang Juna, Ini sudah lebih. Juna memang dah teruk pedajalkan aku.
Namun memori manis iyu hanya singgah buat sementara saja. Semuanya sirna
sekelip mata bagai rebut Tsunami yang sekelip mata saja menenggelamkan pulau yang cantik dan tenang.
Tanpa pengetahuanku, kau telah membeli sebentuk cincin pertunangan untukku dan telah memaklumkannya kepada pihak keluargaku. Namun niatmu itu tidak berlaku semudah yang kau impikan.
Tanpa ku duga, keluargaku menghalang pehubungn kita dan tidak bersetuju dengan hajatmu ingin melamarku menjadi isterimmu.
Aku telah diberi pilihan samaada meneruskan pelajaran atau akan berkahwin segera dengan kau.
Aku menjadi serba salah. Aku diberi tempoh untuk membuat keputusan.
Andai aku memilih cita-cita aku harus menamatkan kisah cinta ini dengan segera. Saat itu aku dibelenggu dilemma.
Aku merasa telah menerima natijah lantaran menerima undanganmu, kerana akhirnya ia membawa masalah yang berat buatku.
Linangan air mataku menitis membasahi dada lembaran terakhir ku karang untukmu.
Sudah tiada apa lagi yang boleh ku katakan kerana aku harus membuat keputusan yang muktamad dan nekad. Ini adalah keputusan masa depanku. Aku harus memikirkan tentang diri ku sendiri dan apa yang aku inginkn.
Kita bercakap tentang masa depan yang belum pasti, jauh dan samar.
Share this novel