Saat itu aku sedar, kau tidak berlawak seperti yang sering kau lakukan, tetapi itulah kenyataannya. Bahawa aku ini sudah kau hapuskan dari dalam hidupmu.
Selepas semua yang kita lalui dan segala janji yang terpatri, teganya kau Ratna meninggalkanku? Mungkinkah aku ada menyakiti hatimu?
Sebesar manakah dosaku padamu sehingga kau tidak dapat memaafkanku, Ratna? Apakah benar sudah tiada lagi ruang untukku di dalam hatimu yang pernah ku miliki?
Bagaimana aku harus melupakanmu apabila kau tinggal aku dengan kenangan indah yang amat pahit untuk kulupakan dari kotak memoriku. Aku tak berdaya, Ratna!
Saatku tatap bait demi bait ungkapan terakhirmu rasa tercabut tangkai jantungku, lemah terasa sendi-sendiku. Apa ini cuma gurauan atau kau memang mendugaku?
Tapi kutahu ia bukanlah gurauan atau dugaanmu sebaliknya hakikat. Hakikat yang perlu kuterima di saat menghitung hari demi hari untuk memilikimu, kau sudah berada di dalam genggaman tanganku namun tanpa ku sedar kerana ku lalai dek bahagia, kau terlepas jua dari peganganku.
Sudah sekian lama hidupku sepi tanpa kehadiranmu. Hatiku benar-benar
Terluka dan tiada seorang pun yang tahu. Adakah laakan ada pengganti dirimu yang sebaik dan sepertimu untuk menggantikan kau dalam hidupku?
365 hari yang lalu adalah kali pertama ku bertentang mata padamu etelah lama tidak bersua tanpa sebarang khabar berita.. Aku benar-benar tergamam saat melihat kau begitu mesra dan bahagia disamping suami dan anak-anakmu yang telah semakin membesar.
Aku hanya mampu menyapamu di dalam hati, memandangmu tanpa kelip seperti mana aku terpanah dan jatuh cinta pandang pertamu kepadamu.
Hari itu adalah antara hari di mana ku coretkan sebuah memori terindah yang telah ku bukukan di dalam coretan ini untukmu Ratna. Semoga kita meraih bahagia di akhir usia meski kita sudah tidak lagi bersama.
Share this novel