BAB 9

Romance Completed 2401

Penantian yang tiada pasti dan tiada penghujungnya? Sampai bila harus ku menunggu?

Apakah aku pantas saja menjadi perosak hubungan yang baru kau bina sedangkan aku yakin yang kau sudah tidak mencintaiku.

Tiada ertinya sudah untukku mengharap kasih pada yang tak sudi?

Barulah aku sedar betapa lemah dan kerdilnya aku dalam menilai erti cinta dan kesetiaan.

Andai inilah takdir yang tertulis untukku dan untukmu, aku redha dengan ketentuan Illahi ini.

Aku takkan lupa untuk mengucapkan terima kasih Juna Arjunaidi kerana kau telah mengajarku erti kasih sayang dan cinta sejati manusia yang punya batas manakala cinta sejati yang sebenar-benarnya adalah cinta pada Allah, sebuah cinta yang hakiki.

Dalm kejauhan dan rindu yang sentiasa mengiringimu, aku akan selalu mendoakan kebahagiaan dan keselamatanmu bersama iringan airmata dan kasih penuh ikhlas, semoga kau bertemu kebahagiaan yang kau cari dan tak dapat ku berikan pada gadis pilihanmu itu.

Biarlah kenangan cinta tidak kesampaian kita ini akan sentiasa menajdi sebuah memori yang selalu dikenang hingga ke akhri hayat.

Akan ku jadikan ia sbeuah memoir di mana satu masa nanti jika diizinkan maka kau akan ketahui, memahami seterusnya memaafkan aku.

Semoga di pertemuan yang akan datang, sudah tiada lagi benci yang tersemi di hati walau kita sudah tak bisa bersama lagi di dunia ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience